KKMOH-PK-2 - Prosedur Kawalan Ke Atas Produk Yang Tidak Memenuhi Keperluan Yang Ditetapkan (Rendered OBSOLETE on 09/09/09) (Pindaan 3)

TARIKH KUATKUASA 09-Sep-2009
TUJUAN PROSEDUR Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk memastikan produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan dikenal pasti dan dikawal untuk mencegah ianya daripada digunakan dengan tidak sengaja atau dihantar keluar.
SKOP Prosedur ini merangkumi semua produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan di Bahagian Kesihatan Pergigian.

PERKARA

RUJUKAN
  
RUJUKAN

1.0 Manual Kualiti Bahagian Kesihatan Pergigian, KKMOH-MK-01

2.0 Standard MS ISO 9001:2008 klausa 8.3 - Control of nonconforming product dan lain-lain klausa yang berkaitan


TERMINOLOGI / DEFINISI
  
TERMINOLOGI / DEFINISI

Produk boleh dimaksudkan untuk perkara seperti berikut:-

  1. Sijil Perakuan Pengamal Tahunan (SPPT), sijil lantikan, sijil kursus dan lain-lain sijil
  2. Penerbitan buku: laporan-laporan:garispanduan poster dan phamplets
  3. Lain-lain produk.

SASARAN

SASARAN PROSES
  
SASARAN PROSES AM
Sasaran produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan akan dikenalpasti, diasingkan, ditandakan serta direkodkan dan dikawal penggunaan/pengeluarannya.
  
SASARAN SUB-PROSES
Semua produk yang tidak akur akan diambil tindakan pembetulan dan pencegahan.

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB
Wakil Pengurusan (WP)/ Pasukan Audit Kualiti Dalaman (PAKD) Semua Anggota 1.0  Kenal pasti produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.
WP/PAKD/Semua anggota 2.0

Asing dan tandakan produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.

 

WP/PAKD 3.0

Rekod ketakakuran dalam borang Laporan Ketakakuran KKMOH-Q3-BK1 dan isu kepada unit/anggota berkaitan.

 

WP/PAKD  4.0

Beritahu dan jika perlu kembalikan produk kepada anggota berkenaan yang berkehendakkan/menghasilkan produk tersebut untuk tindakan selanjutnya.

 

 Ketua dan anggota Unit 5.0

5.1 Siasat punca masalah dengan merujuk proses berkaitan untuk memastikan di peringkat mana punca masalah berlaku.


5.2 Rujuk kepada Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP) untuk keputusan tindakan selanjutnya, jika perlu.

 

5.3 Lakukan pembetulan (correction) dimana bersesuaian seperti berikut:

 

a. Jika ketakakuran melibatkan pembekal, produk dipulangkan untuk pembetulan atau gantian.

 

b. Hapus produk yang tidak memenuhi keperluan dengan cara yang bersesuaian dan buat semula mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

 

5.4 Ambil tindakan pembetulan/penambahbaikan (corrective action) untuk memastikan masalah ini tidak  berulang.

 

5.5 Ambil tindakan pencegahan  jika perlu, untuk memastikan masaalah yang serupa tidak akan berlaku. Rujuk Prosedur Tindakan Pencegahan KKMOH-PK-Q4.

 

 WP/PAKD 6.0 Buat pemeriksaan semula sebelum produk di kembalikan untuk kegunaan pelanggan.
     
     

 


REKOD KUALITI
Kemaskini Flowchart

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0 Versi Interactive ISO (baru) 
2. 24/03/2008 1 Rujukan, Singkatan di langkah 5.1c dan 5.2 
3. 21/05/2009 2 Tanggungjawab, langkah seperti di Borang Ketakakuran 
4. 09/09/2009 3 Kemaskini Flowchart