KKMOH-PK-AG18 - Prosedur Mengenalpasti Keperluan Projek Kajian Kesihatan Pergigian (Pindaan 2)

TARIKH KUATKUASA 04-Dec-2009
TUJUAN PROSEDUR Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk menentukan halatuju bagi kajian kesihatan pergigian di Bahagian Kesihatan Pergigian
SKOP Prosedur ini diguna pakai di Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM dan meliputi aktiviti-aktiviti mengenalpasti kajian kesihatan pergigian yang dikelolakan oleh Bahagian ini kecuali kajian epidemiologi diperingkat kebangsaan. (Bagi kajian epidemiologi pergigian, sila rujuk Prosedur KKMOH-PK-AG02)

PERKARA

RUJUKAN
  
RUJUKAN
 
1.    Manual Kualiti Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM
2.    Laporan Tahunan SMKP
3.    Laporan Kajian Kesihatan Pergigian yang lepas
4.    Maklumat kajian lain dari dalam dan luar Negara
5.   Rujuk laman web Institut Kesihatan Kebangsaan (National Institutes of Health) www.nmrr.gov.my
6.    Prosedur KKMOH-PK-AG02 –Prosedur Pengurusan Projek Kajian Kesihatan Pergigian

SASARAN

SASARAN PROSES
  
SASARAN PROSES AM

Sasaran Proses Am : Projek kajian yang penting berdasarkan kepentingan program kesihatan pergigian dikenalpasti dan dilaksanakan.

  
SASARAN SUB-PROSES
Sasaran Sub-Proses
 
1)    Mengenalpasti projek kajian serta keutamaan projek berdasarkan keperluan dan  kepentingan perkhidmatan kesihatan pergigian
2).   Memberi halatuju kepada pihak negeri dalam kajian melalui penyebaran keutamaan projek

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian (Epidemiologi & Kajian) atau (TPKPE) / Ketua Penolong Pengarah (Epidemiologi & Kajian) (KPPE)

1.0

Dapatkan ‘input’ untuk keperluan projek peringkat kebangsaan melalui saluran-saluran seperti :

  • cadangan oleh pihak pengurusan tertinggi di Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM
  • cadangan dari Ketua-Ketua Unit di Bahagian Kesihatan Pergigian KKM
  • cadangan dari pihak negeri
  • analisa situasi misalnya analisa kajian yang telah dijalankan dan keadaan semasa
  • pelawaan penyertaan kajian secara kolaborasi bersama agensi luar

TPKPE

2.0

Buat syor projek/keutamaan projek kajian.

TPKPE

3.0

Kemukakan/bentangkan syor projek/keutamaan projek kajian kepada PKKP, PKP1 dan PKP2 untuk mendapat pertimbangan /persetujuan untuk projek kajian, jika perlu.

TPKPE

4.0

Bentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kesihatan Pergigian untuk memberitahu halatuju kajian kesihatan pergigian serta mendapat penyertaan daripada pihak negeri jika berkaitan.

TPKPE

5.0

Pantau kemajuan projek kajian.(Rujuk KKMOH-AG18-BK1)

TPKPE

6.0

Sebar penemuan kajian melalui penerbitan /pembentangan.


REKOD KUALITI
Penambahan Borang Kualiti KKMOH-AG18-BK1 berkuatkuasa 1 Disember 2009

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • dryaw
    drnatifah

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 10/09/2009 1
2. 04/12/2009 2 Penambahan Borang Kualiti KKMOH-AG18-BK1 berkuatkuasa 1 Disember 2009