KKMOH-PK-AG17 - Prosedur Pengurusan Penemuan Kajian Kesihatan Pergigian (Pindaan 3)

TARIKH KUATKUASA 01-Apr-2010
TUJUAN PROSEDUR Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengurus penemuan kajian kesihatan pergigian.
SKOP Prosedur ini diguna pakai di Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM dan meliputi aktiviti-aktiviti pengurusan penemuan kajian kesihatan pergigian yang dikelolakan oleh Bahagian ini.

PERKARA

RUJUKAN/TERMINOLOGI
  
RUJUKAN
 
1.        Manual Kualiti Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM
2.        Laporan Tahunan SMKP
3.        Laporan Kajian Kesihatan Pergigian yang    lepas
4.        Maklumat kajian lain dari dalam dan luar Negara
5.    Rujuk laman web Institut Kesihatan Kebangsaan (National Institutes of Health) www.nmrr.gov.my
  
TERMINOLOGI
 
PKKP              -  Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian
PKP1              -  Pengarah Bahagian Pembangunan dan Dasar, Bhg. Kesihatan Pergigian, KKM
PKP2              -  Pengarah Bahagian Penggalakan,Kawalan dan Amalan Pergigian    
                            Bhg. Kes  Pergigian, KKM
TPKPE            - Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian (Epidemiologi & Kajian)
KPPE              -  Ketua Penolong Pengarah (Epidemiologi & Kajian)

SASARAN

SASARAN
  
SASARAN AM
Sasaran Proses Am :
Memastikan penemuan kajian kesihatan pergigian dikendalikan mengikut kepentingan program Kesihatan Pergigian KKM.
  
SUB PROSES
Sasaran Sub-Proses
1)     Untuk memastikan perkongsian penemuan kajian dengan pihak-pihak yang berkepentingan
2)    Untuk memastikan penerapan penemuan kajian dalam penambahbaikan perkhidmatan kesihatan pergigian

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian (Epidemiologi & Kajian) atau (TPKPE) / Ketua Penolong Pengarah (Epidemiologi & Kajian) (KPPE)

1.0

Buat syor dari kajian kesihatan pergigian diperingkat kebangsaan berdasarkan penemuan kajian susulan dari analisa data.

TPKPE/KKPE 2.0 Buat pemantauan penemuan kajian (KKMOH-AG17-BK1)

TPKPE/KKPE

3.0

Bentangkan penemuan dan syor kajian kepada pihak pengurusan tertinggi di Bahagian Kesihatan Pergigian iaitu Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, PKP 1, PKP 2 serta pegawai-pegawai di Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM di Mesyuarat Teknikal Bahagian Kesihatan Pergigian.

TPKPE

4.0

Dokumentasikan syor kajian yang diterima oleh pihak pengurusan tertinggi di Bahagian Kesihatan Pergigian.

TPKPE/KKPE

5.0

Bentangkan penemuan dan syor kajian yang telah diterima oleh pihak pengurusan tertinggi di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Dan Perkembangan Kesihatan Pergigian (Mesyuarat JDPKP KKM).

TPKPE

6.0

Sediakan laporan kajian untuk penerbitan dengan mengambil kira syor-syor yang telah diterima oleh pihak pengurusan tertinggi di Bahagian Kesihatan Pergigian.

TPKPE

7.0

Edarkan laporan kepada pihak berkenaan

REKOD KUALITI
Kemaskini langkah 7.0 dan buangkan langkah 8.0

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • dryaw
    drnatifah

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 10/09/2009 1 Prosedur baru 
2. 04/12/2009 2 Borang Kualiti (KKMOH-AG17-BK1) berkuatkuasa 1 Disember 2009 dilampirkan 
3. 01/04/2010 3 Kemaskini langkah 7.0 dan buangkan langkah 8.0