KKMOH-PK-S11 - Prosedur Pelupusan Aset (Pindaan 4)

TARIKH KUATKUASA 17-Nov-2012
TUJUAN PROSEDUR Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pelupusan aset kerajaan tidak boleh diperbaiki, dan jika diperbaiki melebihi harga yang dibeli mengikut tatacara pengurusan aset kerajaan yang ditetapkan.
SKOP Prosedur ini hanya digunakan untuk pengurusan aset kerajaan mengikut Arahan Perbendaharaan yang terkini.

PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

               

TANGGUNGJAWAB   TINDAKAN
Penolong Pegawai Tadbir (PPT) 1.0 Kenalpasti aset yang perlu dilupuskan
PPT, Pembantu Tadbir Kanan (PTK)  2.0

Semak kad harta modal dan inventori (KEW 312, 313, KEW-PA 2 dan KEW 3)untuk dimasukkan dalam senarai aset untuk dilupus dengan mengikut criteria:

  • Kekerapan berlaku kerosakan
  • Kekerapan memerlukan pembaikan
  • tidak boleh dibaiki
  • Jumlah Kos penyelenggaran terdahulu.
PPT, PTK  3.0 Sediakan senarai aset yang hendak dilupuskan.
PPT   4.0 Laporkan dalam mesyuarat Kewangan untuk kelulusan Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian.
 PPT,PTK  5.0

Sediakan KEW-PA 16 - Sijil Perakuan pelupusan bagi setiap aset dari  pihak yang berkaitan seperti:

  • Peralatan ICT - Bahagian Pengurusan Maklumat
  • Peralatan Elektronik, Elektrik, Mekanikal - Bahagian Khidmat Kejuruteraan

Jika lulus, terus ke proses 6

JIka tidak lulus, keluarkan dari senarai pelupusan

 PPT, PTK  6.0 Sediakan KEW-PA 17 - Kelulusan Lembaga Pemeriksa untuk kelulusan kaedah pelupusan setelah memperolehi KEW-PA 16.
 PPT,PTK  7.0

Setelah lulus, kemukakan KEW-PA 16 dan KEW-PA 17 ke Urusetia Pelupusan, Bahagian Perolehan dan Penswastaan untuk menentukan kuasa melulus sperti:

i)  Kementerian / Jabatan                                                                                                                    -Nilai perolehan asal kurang RM 50,000 setiap satu atau jumlah keseluruhan  kurang daripada RM 500,000

ii)   Perbendaharaan                                                                                                                               -Nilai perolehan asal melebihi RM 50,000 setiap satu atau jumlah keseluruhan     melebihi RM 500,000

-Syor kaedah pelupusan secara hadiah, pindah persekutuan ke negeri, tukar beli, tukar barang atau kaedah yang tidak dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan bil 5/2007 .    

 

-Pastikan semua ruang di KEW-PA 17 diisi dengan lengkap                                                                                                                   

PPT,PTK   8.0 Jika lulus, laksanakan pelupusan mengikut kaedah yang disyorkan oleh kuasa melulus.
PPT,PTK  9.0 Sediakan sijil Pelupusan KEW-PA 19.
 PPT,PTK  10.0

Kemukakan Sijil Pelupusan kepada Kuasa Melulus berserta

  • Salinan resit bagi pelupusan kaedah jualan
  • Salinan akuan terima bagi pelupusan kaedah pindaan/hadiah
  • Sijil Penyaksian Pemusnahan KEW-PA 18 bagi kaedah secara musnah.
PPT   11.0 Kemaskini rekod daftar aset (KEW 312, 313, KEW-PA 2  dan KEW-PA 3)

REKOD KUALITI
Kemaskini rujukan manual kualiti

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • KKMOH-S11-Kew PA-2 - Kew PA-2:Daftar Harta Modal
  • KKMOH-S11-Kew PA-3 - Kew PA-3:Daftar Inventori
  • KKMOH-S11-Kew PA-16 - Kew PA-16:Perakuan Pelupusan (PEP) Aset Alih Kerajaan
  • KKMOH-S11-Kew PA-17 - Kew PA-17:Laporan Lembaga Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan
  • KKMOH-S11-Kew PA-18 - Kew PA-18:Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih Kerajaan
  • KKMOH-S11-Kew PA-19 - Kew PA-19:Sijil Pelupusan Aset Alih Kerajaan
  • KKMOH-S10- Kew 312 - Kew 312 page1:Daftar Harta Modal
  • KKMOH-S10-Kew 312 page 2 - Kew 312 page2: Daftar Harta Modal
  • KKMOH-S10-Kew 313 - Kew 313 page 1: Daftar Inventori
  • KKMOH-S10-Kew 313 page 2 - Kew313 page 2: Daftar Inventori
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • hidzer

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 11/02/2008 0
2. 01/08/2007 1 Rujukan, flow chart 
3. 24/04/2009 2 Mengubah prosedur mengikut Pekeliling 
4. 07/06/2010 3 Tambah klausa di Tindakan No 7 
5. 17/11/2012 4 Kemaskini rujukan manual kualiti