KKMOH-PK-AG10 - Prosedur Pengiktirafan Ijazah Asas Pergigian Dalam Negara (Pindaan 2)

TARIKH KUATKUASA 19-Nov-2015
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi pengiktirafan ijazah asas pergigian supaya graduan yang mempunyai kelulusan dari universiti yang diiktiraf boleh mengamal di negara ini.

SKOP

Prosedur ini diguna pakai di Majlis Pergigian Malaysia bagi kelayakan ijazah asas pergigian daripada universiti dalam negara yang belum diiktiraf di dalam Jadual Kedua Akta Pergigian 1971.


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN

Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia (SMPM)

1.0

Terima permohonan permintaan dari

 

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam  atau Swasta atau Luar Negara.
  • Individu (jika berkenaan).
  •  

    SMPM 2.0

    Hantar surat maklumkan akuan penerimaan permohonan.

     

    SMPM 3.0

    Hantar permohonan kepada Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Akreditasi Pergigian  untuk tindakan selanjut dibawah Prosedur Kualiti KKMOH-PK-AG 14 Prosedur Kelulusan Program Ijazah bagi Institusi Pengajian Tinggi  

     

    SMPM 4.0

    Terima permohonan laporan  keputusan dan syor JKTAP yang telah menjalankan penilaian terhadap permohonan yang diterima.  

     

    SMPM 5.0

    Masukkan laporan ke dalam agenda mesyuarat MPM.

     

    Ahli-Ahli Mesyuarat  MPM 6.0

    Bincang tentang laporan dan buat keputusan mengenai laporan yang dikemukakan. 

     

    SMPM 7.0

    Maklumkan keputusan MPM kepada JKTAP.

     

    SMPM 8.0

    Sekiranya keputusan MPM ijazah adalah diiktiraf, sediakan notis pewartaan dan hantar kepada Penasihat Undang-Undang (PUU), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

     

    SMPM 9.0

    Maklumkan tarikh pewartaan kepada

    1. Agensi Kelayakan Malaysia[Malaysian Qualifications Agency (MQA)].
    2. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 
    3. Institusi Pengajian Tinggi Awam  atau Swasta atau Luar Negara. 
    SMPM 10.0

    Masukkan ijazah baru dalam senarai ijazah yang telah diiktirafkan.

     

    SMPM 11.0

     Failkan salinan notis pewartaan

     

     


    REKOD KUALITI
    -

    ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
    ARAHAN KERJA
    • - Tiada -
    BORANG KUALITI
    • - Tiada -
    SENARAI SEMAK
    • - Tiada -
    RUJUKAN
    • - Tiada -
    PEMILIK DOKUMEN
    • drakmal

    REKOD PINDAAN
    No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
    1. 01/08/2007 0
    2. 07/06/2010 1
    3. 19/11/2015 2