KKMOH-PK-AG13 - Prosedur Pengiktirafan Ijazah Lanjutan Dalam Bidang Pergigian (Pindaan 3)

TARIKH KUATKUASA 18-Nov-2016
TUJUAN PROSEDUR Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi pengiktirafan ijazah lanjutan dalam bidang pergigian untuk memenuhi salah satu syarat untuk diwartakan sebagai pakar dan melayakkan penyandang diberi Elaun Pakar atau Elaun Galakan.
SKOP Prosedur ini digunapakai oleh Bahagian Kesihatan Pergigian untuk meliputi semua permohonan pengiktirafan ijazah lanjutan dalam bidang pergigian dari individu atau institusi latihan awam

PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN  
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP) 1.0

 

Terima permohonan dari :

 

a)  Individu

b)  Institusi awam atau lain-lain

 

 

 

Timbalan Pengarah (TP) / Ketua Penolong Pengarah (KPP) / Penolong Pengarah Kanan (PPK)

 

2.0

Rekodkan permohonan kedalam borang jadual pemantauan pencapaian objektif kualiti unit pembangunan profession kesihatan pergigian (KKMOH-AG13-BK1)

 

Pastikan dokumen lengkap dikemukakan oleh pemohon
seperti dalam senarai semak (KKMOH-AG13-SS1):

 

Sekiranya lengkap terus ke 3.0


Sekiranya tidak lengkap, kembalikan / maklumkan supaya maklumat
dikemaskini dan dokumen dilengkapkan.

 

 

TP/ KPP / PPK

 

3.0

 

Sediakan :


a) Kertas pertimbangan pengiktirafan ijazah lanjutan dalam bidang

    pergigian; dan


b) Kertas perbandingan di antara ijazah lanjutan berkenaan dengan

    ijazah yang setaraf.

 

 

TP / KPP / PPK

 

4.0

 

Kemukakan permohonan ke Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Pastikan permohonan dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima.

 

 

TP / KPP /PPK

 

5.0

 

Pastikan permohonan:


a) Dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perubatan (JKP);


b) Dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kelayakan Perubatan

    dan Separa Perubatan (JKKPSP); dan


c) Dibentang dalam Mesyuarat jawatankuasa Tetap Penilaian

    Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK).

 

 

TP / KPP / PPK

 

6.0

 

Terima keputusan dari Bahagian Pengurusan Latihan, KKM atau dari Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Pastikan urusan pengiktirafan Ijazah Lanjutan selesai dalam tempoh masa dua belas (12) bulan.

 

 

TP / KPP / PPK

 

 

7.0

 

Maklum kepada pemohon status permohonan.

 

TP / KPP / PPK

 

8.0

 

Kemas kini Senarai Ijazah Kepakaran Pergigian di KKM yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dan maklumkan kepada Majlis Pergigian Malaysia.

 

 


REKOD KUALITI
Pindaan pada SS! -AG13 No. 3 para 3.6

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • drazilina
    drsalwa

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 05/04/2010 1 Pindaan pada SS! -AG13 No. 3 para 3.6 
3. 24/06/2015 2 Pindaan pada SS! -AG13 No. 3 para 3.6 
4. 18/11/2016 3 Pindaan pada SS! -AG13 No. 3 para 3.6