KKMOH-PK-SG2 - Prosedur Penyediaan dan Pengurusan Pameran (Pindaan 5)

TARIKH KUATKUASA 18-Nov-2016
TUJUAN PROSEDUR Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi mengurus penyediaan pameran supaya Hari Pameran dapat berjalan dengan lancar dan bersesuaian dengan tema yang ditetapkan.
SKOP Prosedur ini digunapakai di Bahagian Kesihatan Pergigian KKM.

PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Penyelia Jururawat Pergigian(PJP) ,Ketua Jururawat Pergigian (KJP)  Unit Penggalakan
Kesihatan Pergigian (PKP)
1.0 Bincang dengan Ketua Unit Penggalakan Kesihatan Pergigian mengenai perancangan dan penyusunan pameran dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:

1.1 Perbelanjaan
1.2 Kumpulan Sasar
1.3 Tema
1.4 Pameran
1.4.1 Tempat pameran
1.4.2 Jenis bahan yang dipamer berdasarkan katalog bahan pameran/bahan dari Bahagian atau agensi lain.
1.4.3 Pertunjukan
1.4.4 Tunjukajar (demonstrasi)
1.4.5 Pemeriksaan Pergigian
1.4.6 Bahan-bahan untuk edaran
1.4.7 Jadual Petugas pameran
1.4.8 Persediaan sebelum pameran dengan menggunakan KKMOH-SG1-SS1)
 PJP, KJP Unit PKP 2.0 Berhubung dengan pegawai yang berkenaan untuk melihat
lokasi dan memaklumkan peraturan penghantaran pergi dan
balik bahan pameran.
PJP, KJP Unit PKP 3.0

Kenalpasti lokasi dan saiz ruang pameran. 

PJP, KJP Unit PKP 4.0

Isikan borang senarai semak bahan dan peralatan yang perlu dibawa. (Rujuk borang KKMOH SG2-SS1)

 PJP, KJP Unit PKP 5.0

Sedia jadual petugas pameran dan maklumkan kepada pegawai yang menjaga. (Rujuk KKMOH-SG2-BK1)

 

 PJP, KJP Unit PKP 6.0

Beritahu Pegawai urusan pameran mengenai tarikh penghantaran pergi/balik dan juga ruang simpanan bahan dan peralatan.

 PJP, KJP, Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP)  Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)  Unit PKP 7.0

Pastikan perkara berikut pada Hari Pameran:
i) Semua peralatan yang menggunakan elektrik berfungsi.
ii) Para petugas berada di ruang pameran lebih awal dari masa yang ditentukan.
iii) Memberi taklimat kepada petugas apa yang perlu mereka lakukan.
iv) Memberi penerangan mengenai bahan yang dipamerkan kepada pengunjung pameran.

 KJP, PPP, PPK  Unit PKP 8.0 Sesudah selesai pameran bahan dan peralatan pameran
disemak  (Rujuk borang KKMOH SG2-SS1)
dan dibawa balik untuk simpanan di Unit.
 PJP, KJP Unit PKP 9.0 Sediakan laporan
 
     

 


REKOD KUALITI
Para 1.0 buang borang KKMOH-SG1-SS1

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • KKMOH-SG2-SS1 - Senarai Semak Bahan dan Peralatan Serta Penyediaan Pameran
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • drsharol
    drfaris

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 06/05/2009 1 Membuat pembetulan semula pada tanggungjawab 
3. 17/11/2012 2 Para 1.0 buang borang KKMOH-SG1-SS1 
4. 15/11/2013 3 Para 1.0 buang borang KKMOH-SG1-SS1 
5. 07/08/2014 4 Para 1.0 buang borang KKMOH-SG1-SS1 
6. 18/11/2016 5 Para 1.0 buang borang KKMOH-SG1-SS1