KKMOH-PK-S08 - Prosedur Pengendalian Panjar Wang Runcit (Pindaan 7)

TARIKH KUATKUASA 16-Jan-2019
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini adalah untuk menetapkan tatacara mengendalikan panjar wang runcit supaya dilaksanakan dengan teratur dan mengikut Pekeliling tatacara perakaunan yang berkuatkuasa

SKOP

Prosedur urusan pembayaran ini diguna pakai di Program Kesihatan Pergigian untuk urusan pembayaran Panjar Wang Runcit :.


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian / Penolong Pegawai Tadbir (PKKP/PPT) 1.0 Terima kelulusan Panjar Wang Runcit dengan amaun yang telah ditetapkan Bahagian Akaun
PPT/Pembantu Tadbir Kanan (PTK) 2.0 Hantar contoh tandatangan orang yang diturunkan kuasa oleh Pengarah untuk menunaikan cek Panjar Wang Runcit di bank
Pembantu Tadbir(Kewangan),PT (W) 3.0 Buat baucer bayaran untuk mendapatkan cek seperti amaun yang telah diluluskan
PTK/PT (W) 4.0 Terima cek Panjar Wang Runcit
   

4.1. Cek yang telah diterima hendaklah ditunaikan oleh pegawai yang telah diturunkan kuasa kepadanya untuk menunaikan cek

    4.2. Rekod amaun yang telah ditunaikan ke dalam Buku Wang Runcit dan catit semua urusniaga Panjar Wang Runcit mengikut tarikh urusniaga
PPT/PTK/PT (W) 5.0 Terima tuntutan bayaran tunai dari pemohon dengan menggunakan Borang Kew. 50 bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan mengenai tuntutan dan dokumen tersebut
hendaklah disahkan.
PPT 

6.0

Hantar tuntutan untuk kelulusan tuntutan seperti berikut:

6.1 Jika bekalan, kelulusan daripada PKP1/PKP2

6.2 Sekiranya tuntutan bayaran makanan, surat pengesahan tuntutan diperlukan

Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)/PPT/PTK 7.0 Lengkapkan Borang Kew.50 dengan dua tandatangan oleh dua orang yang telah turunkuasa kepadanya untuk mebenarkan bayaran dibuat.
PPT 8.0

Buat Bayaran Tunai seperti berikut:

8.1. Bayaran kepada pegawai yang menuntut bayaran dengan memastikan setiap bayaran dicop “SUDAH BAYAR” bersama tarikh bayaran diatas Borang Kew.50.

8.2. Rekodkan setiap bayaran hendaklah di dalam Buku Panjar Wang Runcit mengikut susunan tarikh bayaran

PT(W)  9.0 Buat Rekupmen seperti berikut:-

9.1. Buat rekupmen mengikut perbelanjaan yang telah dibayar untuk mengenapkan semua jumlah Panjar Wang Runcit yang
telah diluluskan.

9.2. Rekodkan semua amaun diterima dan dibayar mengikut susunan Baucer Kecil yang telah dinomborkan di dalam
Lampiran A

9.3. Rekodkan susunan perbelanjaan mengikut kod objek seperti di Baucer di dalam Lampiran B
 PT(W) 10.0 Buat Baucer melalui sitem e SPKB. (Rujuk Prosedur Urusan Pembayaran)
 PTK 11.0 Buat Sijil Perakuan Panjar pada setiap penghujung tahun.
     

 


REKOD KUALITI
kemaskini rujukan manual kualiti

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • KKMOH-S08-BK1 - Penyata Rekupmen
  • KKMOH-S08-KEW 50 - KEW 50- Panjar Wang Runcit
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • KKMOH-PK-S8/1 - Borang Kew. 50.Pin.1/80
PEMILIK DOKUMEN
  • azlan

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 10/07/2008 1 Penambahan proses 6, Pindaan Tanggungjawab 
3. 04/11/2008 2
4. 17/11/2012 3 kemaskini rujukan manual kualiti 
5. 16/11/2015 4 kemaskini rujukan manual kualiti 
6. 18/11/2016 5 kemaskini rujukan manual kualiti 
7. 22/12/2017 6 kemaskini rujukan manual kualiti 
8. 16/01/2019 7 kemaskini rujukan manual kualiti