TANGGUNGJAWAB
|
TINDAKAN
|
PKKP/KUA/PUA/PT
(Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian/Ketua Unit Amalan/Pegawai Unit Amalan/Pembantu Tadbir)
|
1.0
|
TERIMA MEMO
Bahagian Kesihatan Pergigian menerima memo dari Bahagian Sumber Manusia, KKM mengenai antara perkara berikut:
- Cadangan penempatan Pegawai Pergigian
- Permohonan pertukaran Pegawai Pergigian
- Cadangan pemangkuan/kenaikan pangkat Pegawai Pergigian
- Permohonan pelepasan dengan izin Pegawai Pergigian ke agensi lain
Rujuk Bahagian Sumber Manusia, KKM sekiranya maklumat tidak lengkap.
|
KUA/PUA/PT
|
2.0
2.1
|
SEMAK DOKUMEN
Rujuk status perjawatan Pegawai Pergigian berkaitan dengan memo yang diterima:
- Sekiranya cadangan penempatan Pegawai Pergigian; semak status pendaftaran dengan Majlis Pergigian Malaysia bagi lantikan pertama.
- Sekiranya permohonan pertukaran Pegawai Pergigian; semak status kekosongan perjawatan Pegawai Pergigian.
- Sekiranya cadangan pemangkuan/kenaikan pangkat; semak butiran kepegawaian.
- Sekiranya permohonan pelepasan dengan izin/peletakan jawatan; semak status khidmat wajib dengan Majlis Pergigian Malaysia.
Rujuk:
- KKMOH-S3-AK1-Pengendalian Penempatan Pegawai Pergigian
- KKMOH-S3-AK2-Pengendalian Pertukaran Pegawai Pergigian
- KKMOH-S3-AK3-Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Pegawai Pergigian
- KKMOH-S3-AK4-Urusan Pelepasan Dengan Izin Dan Peletakan Jawatan.
|
KUA/PUA/PT
|
3.0
|
MESYUARAT BERSAMA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, KKM
Adakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun bersama Bahagian Kesihatan Pergigian dan Bahagian Sumber Manusia, KKM.
Maklumat berkaitan penempatan, pertukaran dan pelepasan dengan izin/peletakan jawatan yang dibuat di luar mesyuarat akan dilaporkan di mesyuarat yang berikutnya.
|
3.1
|
Sediakan maklumat/dokumen perbincangan berkaitan antara urusan berikut:
3.1.1 Maklumat Perjawatan Semasa:
- Status Lapor Diri Pegawai Pergigian Tahun Pertama (FYDO)
- Rekod Khidmat Wajib Pegawai Pergigian
- Status Pelepasan Dengan Izin Pegawai Pergigian
- Status Pegawai Pergigian Yang Tamat Mengikuti Kursus Ijazah Lanjutan
- Status Pewartaan Pakar Pergigian
- Status Pegawai Pergigian Kontrak
- Status Penempatan Pegawai Pergigian Pelatih
- Status Permohonan Persaraan Pilihan Sendiri
- Maklumat Atrisi Pegawai Pergigian
- Pertukaran Di Luar Mesyuarat
3.1.2 Permohonan Pertukaran Pegawai Pergigian / Pakar
|
3.2
|
Sediakan memo panggilan mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa Mesyuarat.
|
3.3
|
Adakan mesyuarat seperti yang dirancang mengenai perkara 3.1 mengambil kira pengisian kekosongan jawatan Pegawai Pergigian / Pakar. Rujuk KKMOH-S03-AK5-Pengisian Kekosongan Jawatan Pegawai Pergigian / Pakar.
Data mengenai bilangan mesyuarat yang diadakan dalam setahun dikumpul untuk tujuan pemantauan.
|
KUA/PUA/PT
|
4.0
4.1
|
KEPUTUSAN MESYUARAT
Sediakan keputusan mesyuarat dalam masa 7 hari bekerja. Data penyediaan tersebut dikumpul untuk memastikan objektif kualiti dipatuhi.
|
4.2
|
Sediakan memo keputusan mesyuarat kepada Bahagian Sumber Manusia.
|
4.3 |
Dapatkan tandatangan PKKP untuk kelulusan.
|
4.4 |
Hantar memo keputusan mesyuarat kepada Bahagian Sumber Manusia.
|
KUA/PUA/PT |
5.0 |
KEMASKINI REKOD
Terima salinan surat pemberitahuan kepada Pegawai Pergigian yang berkaitan dari Bahagian Sumber Manusia mengenai antara perkara berikut; penempatan/ kelulusan pertukaran/ pemangkuan/ kenaikan pangkat dan pelepasan dengan izin Pegawai Pergigian yang telah diluluskan dalam mesyuarat.
|
5.1 |
Kemaskini rekod Pegawai Pergigian.
|
5.2 |
Salinan surat pemberitahuan berkaitan pemangkuan/kenaikan pangkat Pegawai Pergigian dari Bahagian Sumber Manusia disimpan di bilik KUA. |