KKMOH-PK-AG16 - Prosedur Menentusahkan Dokumen Permohonan Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta (Pindaan 7)

TARIKH KUATKUASA 22-Jan-2019
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini bertujuan menggariskan langkah-langkah memverifikasi dokumen untuk tujuan kelulusan pendaftaran klinik pergigian swasta (KPS), bagi memastikan kepatuhan kepada keperluan-keperluan di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan.

SKOP

Prosedur ini diguna pakai oleh Cawangan Perundangan dan Penguatkuasaan (CPP) yang bertempat di Program Kesihatan Pergigian (PKP), KKM dan meliputi pendaftaran bagi klinik pergigian swasta mengikut Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

 

TINDAKAN

Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP)/KPP/PPK/PP

1

Terima memo /  surat nama-nama klinik pergigian swasta  berkaitan permohonan baru Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan (CKAPS), Bahagian  Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

     

Pembantu Tadbir (Amalan) (PT)

2

Rekod nama-nama klinik dalam daftar komputer

 

 

 

Pembantu Tadbir (Amalan) (PT)

3

Periksa dokumen di CKAPS dan pastikan dokumen permohonan lengkap berpandukan kepada  Borang Senarai Semak Kelulusan (KKMOH-AG16-SS1) permohonan pendaftaran klinik. Hubungi pemohon melalui surat atau telefon untuk maklumat tambahan daripada pemohon sekiranya dokumen tidak lengkap 

     

KPP/PPK

 

4

Tentu sahkan dokumen sokongan pada fail permohonan dan bandingkan dengan  maklumat permohonan dalam laman web Medical Practice Control System (MedPCs) online, berpandukan kepada Arahan Kerja KKMOH-PK-AG16-AK1 (Langkah-langkah verifikasi permohonan pendaftaran klinik pergigian swasta menggunakan MEDPCS online). Buat catatan dalam   Borang Senarai Semak Kelulusan (KKMOH-AG16-SS1). Catat sama ada disokong untuk diluluskan atau tidak diluluskan dalam senarai semak. Cetak butiran permohonan dari (MedPCs) online.

     
     

PT

5

Buat salinan dokumen berikut untuk setiap klinik

  1. Borang Senarai Semak Kelulusan (KKMOH-AG16-SS1)
  2. Pelan Lantai
  3. Butiran permohonan dari MedPCs online
  4. Surat bagi mendapatkan maklumat tambahan (para 3) jika berkaitan
     

KPP/PPK/PP/PT

6

Kemas kini rekod dalam daftar komputer.

KPP/PPK/PP/PT

7

Hantar senarai nama klinik pergigian yang telah di tentu sahkan ke Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dibuat keputusan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Permohonan Lesen dan Pendaftaran Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta

     

PT

8

Failkan salinan dokumen-dokumen  di Langkah 5. Pastikan dokumen disimpan dalam tempat berkunci dan hanya pegawai berkaitan sahaja mempunyai akses dan kata kunci MedPCs bagi melindungi maklumat pemohon.


REKOD KUALITI
Pindaan kepada tugasan dan tanggungjawab

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • KKMOH-AG16-AK1 - Langkah-Langkah Verifikasi Permohonan Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta Menggunakan Medpcs Online
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • KKMOH-AG16-SS1 - Senarai Semak Bagi Kelulusan Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • drhaznita
    drakmarliza

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 29/10/2008 1
2. 22/12/2009 2 Tambahan pada tanggungjawab Ruang: 1 & 8, Arahan Kerja KKMOH-AG16-AK1 dan Senarai semak KKMOH-AG16-SS1 pindaan 01 
3. 21/06/2010 3 Pindaan kepada SS1 
4. 17/11/2012 4 Pindaan kepada tugasan dan tanggungjawab 
5. 10/06/2016 5 Pindaan kepada tugasan dan tanggungjawab 
6. 20/12/2017 6 Pindaan kepada tugasan dan tanggungjawab 
7. 22/01/2019 7 Pindaan kepada tugasan dan tanggungjawab