KKMOH-PK-S06 - Prosedur Pengurusan Pembayaran (Pindaan 5)

TARIKH KUATKUASA 16-Jan-2019
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini bertujuan memberi panduan proses kerja perolehan dan bayaran dengan pesanan kerajaan melalui sistem eperolehan dan berintegrasi dengan sistem IGFMAS serta menetapkan tatacara proses pembayaran bagi membolehkan pembayaran dijelaskan seperti kehendak Arahan Perbendaharaan.

SKOP

Prosedur urusan pembayaran ini digunapakai di Program Kesihatan Pergigian untuk semua urusan pembayaran kepada pegawai  dan pembekal merangkumi skop dibawah:-

Pesanan Kerajaan dan Inbois


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Penolong Pegawai Tadbir (PPT) 1.0

Terima bil atau mana-mana dokumen seperti di bawah:- 

- Pesanan Kerajaan dan invois
- Tuntutan Perjalanan
- Dokumen untuk rekupmen panjar wang runcit
- Dokumen tuntutan elaun-elaun

 PPT 2.0 Cop 'Terima' bagi setiap bil/tuntutan yang diterima dan rekodkan didaftar di Fail Excel  'Daftar Bil".
 PPT 3.0

Semak butiran berikut:
i) Bil disertai dokumen sokongan
ii) Jumlah perkiraan tepat

 

Jika lengkap terus ke langkah 4.

Jika tidak lengkap , perkara ini akan dirujuk kepada pemohon untuk mendapatkan dokumen yang lengkap menggunakan senarai semak KKMOH-S06-SS1.

 Pembantu Tadbir Kewangan PT(W) 4.0

Cop 'lengkap' semua tuntutan dan bil yang telah lengkap.

 

4.1 Lakukan proses pembayaran menggunakan eSPKB (Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan) – rujuk Panduan Pengguna eSPKB.

 PT (W) 5.0

Hantar dokumen yang telah diluluskan untuk ditandatangani oleh

- pengesah
- pelulus .

 PT (W) 6.0 Simpan dokumen dalam fail baucer
 PT (W) 7.0 Sekiranya bayaran ditolak oleh Pihak Akaun, ulangi proses 4.1
     

 


REKOD KUALITI
Menambah daftar bil dan senarai semak

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • KKMOH-S06-BK1 - Kuiri Unit Kewangan
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • azlan

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 26/03/2008 1 Singkatan Tanggungjawab, Para 4-Penambahan 4.1 
3. 25/03/2010 2 Menambah daftar bil dan senarai semak 
4. 30/07/2012 3 Menambah daftar bil dan senarai semak 
5. 15/12/2017 4 Menambah daftar bil dan senarai semak 
6. 16/01/2019 5 Menambah daftar bil dan senarai semak