KKMOH-PK-A1 - Prosedur Pembangunan/Kaji Semula Dasar Kesihatan Pergigian (Pindaan 14)

TARIKH KUATKUASA 22-Jan-2019
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk membangun / kaji semula dasar / garispanduan kesihatan pergigian.

SKOP

Prosedur ini digunakapakai bagi membangunkan dasar / garispanduan baru atau kaji semula dasar / garispanduan sedia ada berkaitan perkhidmatan kesihatan pergigian. 


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP)
 
1.0       

Kenalpasti dan bincang dengan pegawai berkenaan dasar/garispanduan yang perlu dibangunkan/kaji semula. Dasar/garispanduan perlu dikaji semula setiap 5 tahun. Walaubagaimapun, edisi baru hanya perlu diterbitkan dari 5-10 tahun. Rujuk Daftar Dasar Bahagian Kesihatan Pergigian KKMOH-A1-BK1

Dasar/garispanduan dibangunkan/dikaji semula  berasaskan:
a. Dasar-dasar /garispanduan berkaitan
b. Arahan pihak atasan/agensi pusat/KKM.
c. Kajian -kajian Kesihatan Pergigian.
d. Maklumbalas pelanggan dalaman/luaran (misalnya mesyuarat, seminar, bengkel). 

PKKP 
 2.0

2.1 Jika ada dasar/ garispanduantetapi tidak sesuai, arahkan pegawai berkenaan untuk ubahsuai dasar.  

2.2 Jika tiada dasar/garispanduan, arahkan pegawai berkenaan untuk wujud dasar baru.  Tempoh masa penggubalan dasar/garispanduan adalah 2 tahun.

 

PKKP/ TP/ KPPK/ KPP/ PP
Timbalan Pengarah(TP)
Ketua Penolong Pengarah Kanan(KPPK)
Ketua Penolong Pengarah (KPP)
Penolong Pengarah(PP)
 3.0
3.1 Pegawai perlu menubuhkan Jawatankuasa untuk merancang dan mengawal aktiviti membangunkan proses pemberian perkhidmatan kepada pelanggan seperti untuk mereka bentuk buku panduan/dasar/garispanduan dll. mengikut peringkat-peringkat, semakan semula dari pihak yang bertanggungjawab.
3.2 Input-input perlu di tentukan dan didokumenkan. Ianya hendaklah meliputi tujuan mewujudkan perkhidmatan, keperluan undang-undang dan peraturan, maklumat dasar /garispanduan yang telah ada sebelum-nya dll.  
PKKP/ TP/ KPPK/ KPP/ PP 4.0

Sediakan dasar/garispanduan mengikut rangka/format yang mengandungi maklumat sekurang-kurangnya seperti berikut:

a. Tujuan

b. Latar belakang

c. Asas-asas

d. Implikasi

e. Cadangan perubahan

f. Syor 

 

TP/ KPPK/ KPP/ PP 5.0

Serahkan draf dasar/garispanduan kepada PKKP yang berkaitan untuk verifikasi jika perlu.  

 

TP/ KPPK/ KPP/ PP 6.0
Bentang draf dasar/garispanduan kepada PKKP di Mesyuarat Teknikal, Bahagian Kesihatan Pergigian.  
 
TP/ KPPK/ KPP/ PP
 
 
 
7.0    

Serah draf dasar/garispanduan yang diluluskan kepada setiausaha Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kesihatan Pergigian (JDPKP ) untuk penyediaan pembentangan di Mesyuarat JDPKP.

PKKP/PKP/TP/KPPK/KPP 8.0

Bentang draf dasar/garispanduan kepada JDPKP untuk mendapat maklum balas (review);  Jika setuju terus ke 9.0  Jika tidak setuju pindaan dibuat dan dibentangkan semula untuk kelulusan jika perlu.  

 

PKKP 9.0      

Jika perlu, bentangkan draf dasar/garispanduan di Jawatankuasa yang berkaitan contohnya Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan (JDPKK) dan pihak atasan.

 

PKKP 10.0

Maklumkan untuk pelaksanaan melalui surat pemberitahuan/mesyuarat tidak melebihi 2 bulan selepas dasar/garispanduan diluluskan.

 

PKKP/ TP/ KPPK/ KPP/ PP 11.0

Catat dalam buku 'Daftar Dasar Kesihatan Pergigian' dalam tempoh 2 minggu selepas diluluskan oleh JDPKP.

 

Pegawai Berkaitan 
 
12.0

Nilai keberkesanan penerimaan / kegunaan Dasar/garispanduan dengan menjalankan validasi kepada output melalui semakan/pemantauan Laporan HMIS dan Annual Report Oral Health Division bagi mengenal-pasti masalah dan mencadangkan tindakan yang sesuai. Rekod aktiviti validasi dan tindakan pembetulan (jika ada) perlu disenggara.  

 

 

REKOD KUALITI
Tempoh penerbitan edisi baru, Muatnaik Daftar Dasar

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • drazilina
    drazliza

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 00/00/0000 1 Singkatan dan tanggungjawab 
3. 04/03/2008 2 Rujukan 
4. 25/03/2008 3 Langkah-langkah 
5. 26/03/2008 4 Flowchart 
6. 16/04/2008 5 Kemaskini sasaran 
7. 18/04/2008 6 Kemaskini carta aliran 
8. 02/05/2008 7 Kemaskini rekod pindaan 
9. 20/01/2009 8 Kemaskini bahagian tanggungjawab dan flow chart 
10. 28/04/2010 9 Tempoh penggubalan dasar 
11. 27/05/2010 10 Tempoh penerbitan edisi baru, Muatnaik Daftar Dasar 
12. 09/11/2012 11 Tempoh penerbitan edisi baru, Muatnaik Daftar Dasar 
13. 13/11/2014 12 Tempoh penerbitan edisi baru, Muatnaik Daftar Dasar 
14. 20/12/2017 13 Tempoh penerbitan edisi baru, Muatnaik Daftar Dasar 
15. 22/01/2019 14 Tempoh penerbitan edisi baru, Muatnaik Daftar Dasar