KKMOH-PK-Q02 - Prosedur Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (Pindaan 9)

TARIKH KUATKUASA 23-Jan-2019
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini menggariskan pengendalian Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan bagi memastikan input / agenda mesyuarat meliputi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti.

SKOP

Prosedur ini hendaklah diguna pakai semasa mengendalikan mesyuarat kajian semula pengurusan Program Kesihatan Pergigian, KKM.


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP) 1.0  Adakan Kajian Semula Pengurusan
PKKP 2.0

Tentukan cara Kajian Semula Pengurusan sama ada secara:
* Mesyuarat (teruskan ke langkah 3.0) atau Penelitian laporan-laporan. (teruskan ke langkah 5.0)

Wakil Pengurusan (WP)  3.0

Kajian Semula Pengurusan melalui mesyuarat

3.1 Minta laporan-laporan daripada pegawai yang berkenaan  mengenai perkara-perkara berikut :

a. Tindakan susulan daripada kajian semula pengurusan yang lepas

b. Penemuan audit dalaman
c. Status Tindakan Pembetulan, penambahbaikan serta Pencegahan

d. Maklumbalas pelanggan

    i. Aduan Awam

    ii. Hasil Pemantauan Persepsi Pelanggan (dalaman dan luaran)
e. Prestasi proses dan pematuhan perkhidmatan.

    i. Pencapaian Unit

    ii. Laporan Latihan

    iii. Prestasi Pembekal-Pembekal
f.  Perubahan-perubahan yang boleh memberi kesan kepada sistem
    pengurusan kualiti.
g. Cadangan-cadangan untuk penambahbaikan.
h. Kesesuaian Dasar Kualiti kepada kehendak semasa.
i. Pencapaian dan kesesuaian Objektif Kualiti

Ketua Unit /
Wakil Pengurusan (WP)
Penolong WP (PWP)

  3.2 Sediakan laporan-laporan (soft copy dan hard copy) seperti di 3.1
PWP  

3.3 Kumpulkan  laporan-laporan.

PKKP   3.4 Tetapkan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat. (Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.)
PWP/ Pembantu Tadbir (PT)   3.5 Sedia dan edarkan surat panggilan mesyuarat bersama agenda. 
PKKP   3.6 Pengerusikan mesyuarat.
Mesyuarat hendaklah ditangguhkan sekiranya PKKP tidak dapat mempengerusikan mesyuarat.
 Ahli mesyuarat   3.7 Sahkan minit mesyuarat yang lepas serta bincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat yang lepas dan tindakan yang telah diambil oleh anggota yang terlibat.(jika ada)
WP / PWP   3.8 Bentangkan laporan-laporan  seperti pada  3.1
 PKKP/ahli mesyuarat   3.9 Bincangkan laporan-laporan yang dibentangkan oleh WP dan buat keputusan diatas  tindakan pembetulan, penambahbaikan serta pencegahan yang perlu dilaksanakan . Rujuk Prosedur Tindakan Pembetulan (KKMOH-PK-Q03), Prosedur Penambahbaikan dan Penambahbaikan Berterusan (KKMOH-PK-Q08) serta Prosedur Tindakan Pencegahan (KKMOH-PK-Q04).
   
3.10 Pantau pelaksanaan tindakan pembetulan/penambahbaikan/pencegahan. Rujuk prosedur berkaitan seperti para 3.9.
Setiausaha mesyuarat   3.11 Sediakan minit mesyuarat.
WP   3.12 Semak minit mesyuarat
PKKP   3.13 Luluskan Minit mesyuarat
Setiausaha mesyuarat  

3.14 Edarkan minit mesyuarat yang telah diluluskan untuk tindakan.

WP 4.0

Sediakan laporan MKSP

  5.0 Kajian Semula Pengurusan secara Penelitian laporan-laporan:
PKKP   5.1 Minta pegawai-pegawai yang berkenaan menyediakan laporan-laporan berkenaan untuk tujuan kajian semula pengurusan.
PKKP   5.2 Terima laporan-laporan.  
WP/PWP   5.3 Semak dan kaji laporan-laporan bersama WP dan buat keputusan diatas  tindakan pembetulan, penambahbaikan serta pencegahan yang perlu dilaksanakan . Rujuk Prosedur Tindakan Pembetulan (KKMOH-PK-Q03), Prosedur Penambahbaikan dan Penambahbaikan Berterusan (KKMOH-PK-Q08) serta Prosedur Tindakan Pencegahan (KKMOH-PK-Q04).
Pegawai
berkenaan
6.0 Ambil tindakan pembetulan/ penambahbaikan/pencegahan dan beri maklum balas kepada WP mengikut tarikh yang ditetapkan.
WP 7.0 Pantau pelaksanaan tindakan pembetulan/penambahbaikan/pencegahan. Rujuk prosedur berkaitan seperti para 5.3.
WP 8.0 Sediakan laporan status pelaksanaan tindakan untuk dilaporkan dalam Mesyuarat Bahagian Kesihatan Pergigian akan datang.
 WP  9.0  Sediakan laporan Kajian Semula Pengurusan

 


REKOD KUALITI
Kemaskini perubahan KKMOH-Q8-BK1

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • dryap
    drsheila

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 24/03/2008 1 Rujukan, Rekod Pindaan, Tanggungjawab 
3. 25/03/2008 2 Langkah 1, 2 Sasaran 
4. 02/05/2008 3 Kemaskini carta aliran 
5. 16/01/2009 4 Kemaskini dokumen 
6. 29/09/2009 5 Kemaskini perubahan KKMOH-Q8-BK1 
7. 05/09/2012 6 Kemaskini perubahan KKMOH-Q8-BK1 
8. 06/11/2017 7 Kemaskini perubahan KKMOH-Q8-BK1 
9. 15/01/2019 8 Kemaskini perubahan KKMOH-Q8-BK1 
10. 23/01/2019 9 Kemaskini perubahan KKMOH-Q8-BK1