KKMOH-PK-AG01 - Prosedur Pelaksanaan Aktiviti-Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian (Pindaan 8)

TARIKH KUATKUASA 12-Feb-2020
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk merancang, mengurus pelaksanaan, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti promosi kesihatan pergigian supaya berjalan dengan lancar. 

SKOP

Prosedur ini digunapakai untuk merancang, mengurus, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti promosi kesihatan pergigian yang dijalankan di seluruh negeri.


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pegawai Unit Penggalakan Kesihatan 1.0      
 (a) Tentukan aktiviti penggalakan kesihatan pergigian yang perlu dilaksanakan bagi tahun yang berkenaan.    
        
(b) Terima permintaan dari pelbagai agensi, pihak industri dan swasta bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti penggalakan kesihatan pergigian.
Pegawai Unit Penggalakan Kesihatan 2.0
Hadir mesyuarat Jawatankuasa Induk/ Teknikal/ Kerja yang berkaitan seperti KKM, pihak industri, Malaysian Dental Association dan agensi lain bagi merancang aktiviti penggalakan kesihatan pergigian yang akan dilaksanakan.
 
Bertanggungjawab memberi input berkaitan kesihatan pergigian bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang.
Pegawai Unit Penggalakan Kesihatan 3.0 Bincang dengan Timbalan Pengarah (TP), Pengarah Kesihatan Pergigian (PKP) atau Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP)  mengenai input berkaitan kesihatan pergigian yang akan dimasukkan dalam pelaksanaan aktiviti.
Pegawai Unit Penggalakan Kesihatan 4.0
Ambil tindakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja dan bermesyuarat bagi merancang pelaksanaan aktiviti.
 
JKK terdiri daripada anggota:
 
·         Unit Penggalakan Kesihatan Pergigian, KKM

·         Jabatan Kesihatan Pergigian Negeri (sekira perlu) 

      - Hantar surat lantikan kepada pihak Timbalan  Pengarah Kesihatan   Negeri (Pergigian) bagi pemilihan ahli menyertai JKK.

     - Dapatkan input dari pegawai negeri berdasarkan pengalaman mengenai aktiviti yang dirancang.

Pegawai Unit Penggalakan Kesihatan 5.0
Tentukan dan beri maklumat bagi penyediaan bahan-bahan yang bersesuaian dengan skop aktiviti yang akan dilaksanakan.
 
Hadir mesyuarat J/Kuasa Induk/Teknikal untuk memberi maklum balas dan input selanjutnya bagi persiapan pelaksanaan aktiviti penggalakan kesihatan pergigian.
Pegawai Unit Penggalakan Kesihatan 6.0
Buat persediaan bagi pelaksanaan aktiviti.
            Rujuk kepada arahan kerja berkaitan.
·         Prosedur penyediaan pameran
(KKMOH-PK-SG2)
·         Prosedur penyiaran maklumat kesihatan pergigian melalui media massa   (KKMOH-AG1-AK1)
·         Penyediaan modul latihan                         (KKMOH-AG1-AK2)
·         Penyediaan artikel/advertorials                (KKMOH-AG1-AK3)
Pegawai Unit Penggalakan Kesihatan 7.0 Masukkan persediaan tentang input kesihatan pergigian di dalam persiapan aktiviti yang dirancang di peringkat J/Kuasa Induk.
Peg./ PJP Unit Penggalakan Kesihatan 8.0
(a) Catat di dalam rekod aktiviti penggalakan kesihatan pergigian yang merangkumi butiran tertentu.
(b) Sedia laporan ringkas mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan.

REKOD KUALITI
Kemaskini rujukan Manual Kualiti

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • drsalleh
    drdoryalisa

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 18/03/2008 1
3. 26/03/2008 2 Tanggungjawab - Pegawai Unit Penggalakan Kesihatan  
4. 17/11/2012 3 Kemaskini rujukan Manual Kualiti 
5. 15/11/2013 4 Kemaskini rujukan Manual Kualiti 
6. 28/04/2015 5 Kemaskini rujukan Manual Kualiti 
7. 16/01/2018 6 Kemaskini rujukan Manual Kualiti 
8. 20/02/2019 7 Kemaskini rujukan Manual Kualiti 
9. 12/02/2020 8 Kemaskini rujukan Manual Kualiti