KKMOH-PK-AG02 - Prosedur Pengurusan Projek Kajian Kesihatan Pergigian (Pindaan 7)

TARIKH KUATKUASA 04-Feb-2020
TUJUAN PROSEDUR

Kajian epidemiologi kesihatan pergigian dikendalikan mengikut kepentingan Program Kesihatan Pergigian KKM serta kepentingan kesihatan pergigian negara.

Prosedur ini bertujuan menggariskan langkah-langkah pengurusan projek kajian epidemiologi Kesihatan Pergigian di peringkat kebangsaan. Langkah-langkah ini digariskan bertujuan membolehkan projek kajian epidemiologi Kesihatan Pergigian diperingkat kebangsaan dilaksanakan mengikut jadual dan peruntukan yang dimohon.

SKOP

Prosedur ini diguna pakai oleh Cawangan Epidemiologi dan Penyelidikan Kesihatan Pergigian, Program Kesihatan Pergigian, KKM dalam melaksanakan kajian epidemiologi kesihatan pergigian peringkat kebangsaan.


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP) / Pengarah Pembangunan dan Dasar (PKP1) 1.0 Terima arahan mengendalikan projek peringkat kebangsaan
PKKP / PKP1 2.0

Bentuk Jawatankuasa Kajian (JKK) di Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM.

(Lihat Arahan Kerja KKMOH-AG2-AK1)

JKK 3.0
Kenal pasti ketua Kumpulan Kerja (KK) mengikut keperluan, misalnya KK Protokol Kajian. (Ketua KK akan menentukan keahlian setiap KK). 
KK 4.0
Sediakan protokol merangkumi sekurang-sekurangnya:
·              Pengenalan
·              Objektif Kajian
·              Metodologi
·              Perancangan Analisis
Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian (Epidemiologi & Kajian) atau(TPKPE)/ Ketua Penolong Pengarah (Epidemiologi & Kajian) (KPPE) 5.0

Pohon peruntukan penyelidikan, jika perlu dari:
[1) Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Pergigian atau
2)  Peruntukan Penyelidikan Kementerian Kesihatan Malaysia (Lihat Arahan Kerja KKMOH-AG2-AK2)

TPKPE/KPPE 6.0
Kendalikan tindakan pra-uji, jika berkaitan.
TPKPE/KPPE 7.0
Kendalikan latihan pengumpul data, jika berkaitan.
 
TPKPE/KPPE 8.0 Uruskan pengumpulan data di lapangan dan buat pemantauan dengan menggunakan borang yang disediakan. (KKMOH-AG2-BK1)
TPKPE/KPPE 9.0 Uruskan analisis data.
TPKPE/KPPE 10.0 Uruskan penyediaan laporan kajian.
TPKPE/KPPE 11.0

Bentangkan penemuan dan syor kajian kepada pegawai-pegawai pergigian Bahagian dan Negeri.

TPKPE/KPPE 12.0
Uruskan cetakan laporan kajian. 
TPKPE/KPPE 13.0 Uruskan edaran laporan kajian.
TPKPE/KPPE 14.0 Uruskan perbincangan pengendalian kajian untuk kenalpasti penambahbaikan untuk projek kajian masa akan datang (jika perlu)

 


REKOD KUALITI
Pindaan pada terminologi, sasaran sub-proses pada para 3, tugas dan tanggungjawab

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • - Tiada -
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • drhabibah
    drasmak

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 10/07/2008 1 Flowchart, Tanggungjawab, AK2 
3. 10/09/2009 2
4. 04/12/2009 3 Tambahan tanggungjawab di kolum 8 dan Borang Kualiti KKMOH-AG2-BK1 
5. 17/11/2012 4 Pindaan pada terminologi, sasaran sub-proses pada para 3, tugas dan tanggungjawab 
6. 24/06/2015 5 Pindaan pada terminologi, sasaran sub-proses pada para 3, tugas dan tanggungjawab 
7. 14/11/2017 6 Pindaan pada terminologi, sasaran sub-proses pada para 3, tugas dan tanggungjawab 
8. 04/02/2020 7 Pindaan pada terminologi, sasaran sub-proses pada para 3, tugas dan tanggungjawab