KKMOH-PK-Q03 - Prosedur Tindakan Pembetulan (Pindaan 12)

TARIKH KUATKUASA 11-Feb-2020
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini bertujuan memastikan langkah-langkah penyiasatan yang betul/sesuai dijalankan apabila terdapat ketakakuran dilaporkan, serta pembetulan dan tindakan pembetulan dapat dikenalpasti dan diimplementasikan, dan kajian semula keberkesanan tindakan pembetulan dilakukan sebelum kes ketakakuran ditutup. 

SKOP

Prosedur ini digunapakai untuk membuat tindakan pembetulan terhadap ketakakuran dalam sistem pengurusan kualiti yang meliputi:

a. Laporan Audit Dalaman/Luaran

b. Aduan ketidakpuasan pelanggan ((terhadap Program Kesihatan Pergigian,KKM)

c. Ketakakuran Proses


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN

Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP) /
Wakil Pengurusan (WP) /
Penolong WP (PWP)
Pasukan Audit Dalaman (PAD)
Ketua Unit (KU)

1.0

1.1 Semak ketakakuran dari sumber-sumber berikut untuk menentukan kesahihan ketakakuran  yang dilaporkan.

a. Laporan Audit Dalaman/Luaran
b. Aduan ketidakpuasan pelanggan (terhadap BKP)

c.  Ketakakuran Proses.

d. Ketakakuran Major Perkhidmatan

 

WP/PAD 2.0 Keluarkan Laporan Ketakakuran/Laporan Tindakan Pembetulan (KKMOH-Q3-BK1) dan rekod dalam Log Laporan Ketakakuran/Laporan Tindakan Pembetulan(KKMOH-Q3-BK2) sebelum diserahkan kepada auditee/pemilik proses.
WP/PAD/KU 3.0

Kenalpasti punca  ketakakuran dan rekod dalam borang KKMOH-Q3-BK1.

 

WP/PAD/KU 4.0 Berdasarkan punca ketakakuran yang telah ditentukan, buat penilaian keperluan tindakan pembetulan untuk mencegah ketakakuran dari berulang.

WP/PAD/KU

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PAD/Pengawal Dokumen (PWD)

5.0

Tentukan dan cadangkan Pelan Pembetulan dan Pelan Tindakan Pembetulan  yang sesuai.

 

5.1 Borang KKMOH-Q3-BK1 yang telah lengkap (direkodkan dengan punca ketakakuran, pelan pembetulan dan pelan tindakan pembetulan) hendaklah dikembalikan kepada Wakil Pengurusan melalui Pengawal Dokumen sebelum atau tarikh respon pertama untuk mendapat persetujuan WP.

 

5.2 Memantau pemulangan borang KKMOH-Q3-BK1 menggunakan borang log KKMOH-Q3-BK2 oleh pegawai berikut:

 

     a. PAD  - untuk Audit dalaman

     b. PWD - untuk Audit luaran, Aduan Pelanggan, Ketakakuran Proses dan Ketakakuran Major 

        Perkhidmatan

 

5.2.1 Sekiranya borang KKMOH-Q3-BK1 tidak dipulangkan pada tarikh Respon Pertama, keluarkan memo peringatan No.1 dalam tempoh seminggu kepada pemilik proses.

 

5.2.2 Sekiranya borang KKMOH-Q3-BK1 masih tidak dipulangkan selepas peringatan No.1, keluarkan memo peringatan No. 2 dan salinan kepada PKKP.

 

KU

 

 

KU

 

 

 

 

 

PAD/PWD

6.0

Laksanakan pembetulan dan tindakan pembetulan mengikut tempoh yang dipersetujui dengan WP dan rekodkan pada borang KKMOH-Q3-BK1.

 

6.1 Borang KKMOH-Q3-BK1 yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Wakil Pengurusan melalui Pengawal Dokumen sebelum atau tarikh respon kedua.

 

6.2 Memantau pemulangan borang KKMOH-Q3-BK1 menggunakan borang log KKMOH-Q3-BK2 oleh pegawai berkenaan seperti para 5.2a dan b.

 

6.2.1 Sekiranya borang KKMOH-Q3-BK1 tidak dipulangkan pada tarikh Respon Kedua, keluarkan memo peringatan No. 1 dalam tempoh seminggu kepada pemilik proses.

 

6.2.2 Sekiranya borang KKMOH-Q3-BK1 masih tidak dipulangkan selepas peringatan No.1, keluarkan memo peringatan No.2 dan salinan kepada PKKP.

 

PAD/KU/WP 7.0

Kajisemula keberkesanan tindakan pembetulan yang telah diambil. 

 

7.1 Menentukan tarikh kajisemula  keberkesanan pembetulan dan tindakan pembetulan yang diambil dalam KKMOH-Q3-BK1 (seksyen E) dan memantau tarikh tersebut dengan menggunakan log KKMOH-Q3-BK2 oleh pegawai berikut:

 

     a. PAD  - untuk Audit dalaman

     b. PWD - untuk Audit luaran, Aduan Pelanggan, Ketakakuran Proses dan Ketakakuran Major 

        Perkhidmatan

 

7.2 Jika didapati pembetulan dan tindakan pembetulan adalah memuaskan, borang KKMOH-Q3-BK1 ditutup.

 

7.3 Jika pembetulan dan tindakan pembetulan tidak memuaskan, catatkan status "tidak tutup" pada KKMOH-Q3-BK1 dan keluarkan borang  baru. Nombor rujukan baru akan dikaitkan dengan nombor rujukan  terdahulu seperti contoh berikut: 1 - 1 bermakna laporan 1, diulang kali pertama.

 

 

 


REKOD KUALITI
Kemaskini BK1 (Pin05) dan BK2 (Pin 03)

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • KKMOH-Q03-BK2 - Log Laporan Ketakakuran / Laporan Tindakan Pembetulan
  • KKMOH-Q03-BK1 - Borang Laporan Ketakakuran / Laporan Tindakan Pembetulan
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • drsarah
    drsheila

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 24/03/2008 1 Tanggungjawab dan singkatan 
3. 16/04/2008 2 Kod BK 
4. 02/05/2008 3 Sasaran 
5. 20/01/2009 4 Kemaskini dokumen 
6. 14/07/2009 5 Version ISO 9001:2008 
7. 09/09/2009 6 Memisahkan prosedur penambahbaikan 
8. 29/09/2009 7 Kemaskini BK1 (pin 04) dan flowchart 
9. 26/05/2010 8 Kemaskini BK1 (Pin05) dan BK2 (Pin 03) 
10. 14/11/2017 9 Kemaskini BK1 (Pin05) dan BK2 (Pin 03) 
11. 06/07/2018 10 Kemaskini BK1 (Pin05) dan BK2 (Pin 03) 
12. 15/01/2019 11 Kemaskini BK1 (Pin05) dan BK2 (Pin 03) 
13. 11/02/2020 12 Kemaskini BK1 (Pin05) dan BK2 (Pin 03)