|
TANGGUNGJAWAB
|
TINDAKAN |
| Wakil Pengurusan (WP) |
1.0 |
Pada awal tahun, rancang Audit Dalaman (AD) yang akan dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Program Audit Dalaman tahunan boleh didapati di homepage e-ISO QMS. Audit secara Ad Hoc adalah di atas permintaan pengurusan sekiranya ada masalah. Perancangan Program audit hendaklah mengambilkira status dan kepentingan proses/perkara/unit yang akan diaudit serta hasil audit yang lalu.
|
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP)
|
2.0 |
Luluskan Program Audit Dalaman. |
| PKKP |
3.0 |
Lantik Ketua dan Pasukan Audit Dalaman (PAD) dari anggota yang terlatih ( telah mengikuti kursus audit dalaman dan telah ditauliahkan sijil).
|
| WP |
4.0 |
Maklumkan semua pihak yang akan terlibat dengan Audit Dalaman agar mereka dapat memberi kerjasama kepada PAD. Pantau aktiviti AD melalui Log Pemantauan Proses Audit Dalaman (KKMOH-Q5-BK2)
|
| Ketua Pasukan Audit Dalaman (KPAD) |
5.0 |
Sediakan jadual AD (KKMOH-Q5-BK1) berdasarkan Program Audit Dalaman. Audit hendaklah dimulakan tidak melebihi satu bulan dari jadual audit di takwim.
|
| PAD/WP/pihak atasan/Auditee |
6.0 |
Adakan mesyuarat pembukaan AD bersama dengan pihak auditee, WP dan pihak atasan.Laksanakan Audit Dalaman berpandukan Arahan Kerja KKMOH-Q5-AK1: Menjalankan Audit Dalaman. |
| KPAD |
7.0 |
Adakan sesi perbincangan bersama dengan WP untuk membincangkan penemuan audit.
|
| KPAD |
8.0 |
Adakan mesyuarat penutup AD bersama dengan pihak auditee, WP dan pihak atasan. Mesyuarat penutup perlu diadakan tidak melebihi dari satu minggu tarikh tamat audit.
|
| PAD |
9.0 |
Keluarkan Laporan Ketakakuran (Borang KKMOH-Q3-BK1) dan Laporan Pemerhatian untuk Penambahbaikan (LPP), KKMOH-Q8-BK1 kepada auditee/Ketua Unit berkaitan.Rujuk Prosedur Tindakan Pembetulan (KKMOH-PK-Q03) dan Prosedur Tindakan Penambahbaikan dan Penambahbaikan Berterusan (KKMOH-PK-Q08). Kedua-dua Laporan ini perlu dikeluarkan tidak melebihi satu minggu dari tarikh Mesyuarat Penutup. |
| WP |
10.0 |
Teliti Laporan Ketakuran dan LPP untuk mempastikan pelan tindakan yang dicadangkan adalah bersesuaian.
|
| PAD |
11.0 |
Pastikan pembetulan (untuk menyingkir ketakakuran) dan tindakan pembetulan (untuk menyingkir punca ketakakuran) diambil terhadap Laporan ketakakuran mengikut Prosedur Tindakan Pembetulan KKMOH-PK-Q3, serta tindakan penambahbaikan terhadap permerhatian mengikut Prosedur Tindakan Penambahbaikan dan Penambahbaikan Berterusan (KKMOH-PK-Q08)
|
| PAD |
12.0 |
Jalankan kaji semula keberkesanan tindakan pembetulan (audit susulan) bagi mengesahkan tindakan pembetulan yang dipersetujui telah dilaksanakan oleh auditee. Rujuk kepada seksyen yang berkaitan di dalam Arahan Kerja Menjalankan Audit Dalaman (KKMOH-Q5-AK1).
|
| KPAD |
13.0 |
Kemukakan Laporan Ketakuran dan LPP kepada WP untuk pengesahan sebelum laporan tersebut ditutup.
|
KPAD
|
14.0 |
Sediakan Laporan Audit Dalaman dengan menggunakan Laporan KKMOH-Q5-BK4
|
| WP |
15.0 |
Audit Dalaman dipantau melalui Log Pemantauan Proses Audit Dalaman (KKMOH-Q5-BK5). Status Tindakan Pembetulan dan Tindakan Penambahbaikan yang telah diambil di Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
|
| |
|
|