KKMOH-PK-AG14 - Prosedur Penilaian Akreditasi Program Ijazah Sarjana Muda Pengigian Pemberi Pendidikan Tinggi Tempatan (Pindaan 6)

TARIKH KUATKUASA 27-Apr-2020
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini bertujuan menilai kualiti program pengajian ijazah sarjana muda pergigian yang dijalankan oleh Pemberi PendidikanTinggi (PPT) tempatan berdasarkan standard dan kriteria akreditasi yang ditetapkan.

SKOP

Prosedur ini digunapakai bagi tujuan penilaian akreditasi program ijazah sarjana muda pergigian PPT tempatan yang meliputi penilaian:

·         Akreditasi Sementara

·         Pematuhan Pertama Akreditasi Sementara (Fasa Pra-klinikal)

·         Pematuhan Kedua Akreditasi Sementara (Fasa Klinikal)

·         Akreditasi Penuh/Pembaharuan Akreditasi


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP) / Pengerusi Jawatan Kuasa Teknikal Akreditasi Pergigian (PJKTAP) 1.0

Terima surat dari Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agency (MQA) berserta database Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk dibuat penilaian.

 

Setiausaha Jawatan Kuasa Teknikal Akreditasi Pergigian (SJKTAP) 2.0

Hantar  maklumbalas penerimaan database kepada MQA.

                                                                

PembantuTadbir (PT) 3.0

Buka fail.

JKTAP 4.0 Kenalpasti 3 ahli Panel Penilai Akreditasi (PPA) termasuk pengerusinya.
SJKTAP 5.0 Keluar surat lantikan oleh PJKTAP kepada setiap ahli PPA dan sesalinan kepada MQA.
SJKTAP 6.0 Terima surat perakuan penerimaan lantikan daripada PPA.
SJKTAP 7.0 Hantar secara rasmi database IPTS kepada PPA dan saran buat mesyuarat untuk semakan database dan penyediaan laporan awal berdasarkan database sahaja.
Panel Penilai Akreditasi (PPA) 8.0

Bermesyuarat: lantik setiausaha dan sediakan laporan penilaian awal.

(a) Semak database, jika perlu dapatkan maklumat tambahan daripada IPTS

(b) Sediakan laporan penilaian awal dengan merujuk dokumen berikut:

     (i)   Guidelines on criteria & standards for dental degree programme

     (ii)  Checklist for accreditation of a dental degree programme

(c) Sediakan laporan dalam format naratif dan format ringkasan. Rujuk:

     (i)   Guide to Writing an Accreditation Report (untuk laporan naratif)

     (ii)  Format ringkasan laporan (KKMOH-AG14-BK1)

     (iii) Brief report (KKMOH-AG-14-BK2

(d) Setiap PPA tandatangan laporan

PPA 9.0 Hantar laporan penilaian awal kepada SJKTAP 
SJKTAP 10.0 Panggil mesyuarat JKTAP
Pengerusi PPA/Wakil 11.0 Bentang laporan penilaian awal kepada JKTAP
JKTAP 12.0

Bincang  laporan penilaian awal. Buat keputusan.                                        

(a) Jika penilaian lengkap, cadang supaya PPA buat lawatan tapak.               

(b) Jika kurang lengkap, cadang dapatkan maklumat tambahan.

SJKTAP 13.0 Sediakan minit mesyuarat dan buat edaran.
SJKTAP 14.0 Maklumkan secara rasmi keputusan JKTAP kepada MQA berserta laporan penilaian awal.
Urusetia MQA 15.0 Aturkan lawatan tapak ke IPTS serta uruskan perjalanan dan penginapan PPA.
PPA 16.0 

Buat lawatan tapak untuk pengesahan maklumat database + maklumat tambahan (jika ada). Dalam pelaksanaan lawatan tapak, rujuk dokumen Guidelines for Conduct of an Accreditation Survey Visit

 PPA 17.0 

Buat laporan penilaian akhir berdasarkan laporan awal + maklumat tambahan (jika ada) + penemuan-penemuan semasa lawatan tapak.   

(a) Sediakan laporan akhir dalam format naratif

(b) Sediakan ringkasan laporan (berdasarkan laporan awal)

 PPA 18.0  Hantar laporan penilaian akhir (2 format) kepada SJKTAP. 
 SJKTAP 19.0 Panggil  mesyuarat JKTAP 
Pengerusi PPA/Wakil 20.0 Bentang laporan penilaian akhir kepada JKTAP
JKTAP 21.0 Bincang laporan penilaian akhir dan buat keputusan/syor.
SJKTAP 22.0 Maklumkan keputusan/syor JKTAP kepada Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia (MPM).
SJKTAP 23.0 Terima keputusan MPM
SJKTAP 24.0 Maklumkan secara rasmi kepada MQA.

 


REKOD KUALITI
-

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • KKMOH-PK-AG14-BK01 - Log Pemantauan Penerimaan Dokumen Akreditasi PPT
SENARAI SEMAK
  • - Tiada -
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • drakmalaida
    drnorinah

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 04/09/2009 1
3. 14/11/2012 2 Pindaan pada objektif dan skop dengan menambah program pengajian pergigian

Rujukan Terminologi dengan tambahan kriteria dan Standards untuk kursus degree untuk Juruteknologi Pergigian

Definisi: PPA Panel Penilai Akreditasi

Flow chart yang baru disediakan

Tambahan pada tanggungjawab dan tindakan para 19 dan 20 
4. 18/11/2012 3
5. 20/12/2017 4
6. 22/01/2019 5
7. 27/04/2020 6