KKMOH-PK-AG08 - Prosedur Pewartaan Pakar Pergigian (Pindaan 9)

TARIKH KUATKUASA 01-Jun-2020
TUJUAN PROSEDUR

Prosedur ini disediakan bagi menggaris langkah-langkah untuk mewartakan seorang Pakar Pergigian Klinikal dan Pegawai Pergigian Kesihatan Awam supaya dapat diberi pengiktirafan penuh sebagai Pakar Pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia.

SKOP

Prosedur ini digunapakai oleh Program Kesihatan Pergigian bagi semua Pakar Pergigian Klinikal dan Pegawai Pergigian Kesihatan Awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf dan yang telah tamat tempoh pra-pewartaan yang ditetapkan.


PERKARA

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)/Ketua Penolong Pengarah (KPP) 1.0

Terima permohonan pewartaan Borang A1-(KKMOH-AG8-BK1)-Lampiran A berserta dokumen-dokumen lain daripada calon Pakar Klinikal Pergigian melalui Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) [TPKN(G)]. Catat tarikh terima di Senarai Semak (KKMOH-AG8-SS2) dan Jadual Pemantauan Pewartaan (KKMOH-AG8-BK3) 

KPPK/KPP 2.0

Semak dokumen mengikut Senarai Semak (KKMOH-AG8-SS2). 

    Jika lengkap diterima, teruskan langkah 3.0.
   

Jika tidak lengkap diterima, catatkan sebab di KKMOH-AG-SS2. Apabila dokumen lengkap diterima, teruskan ke langkah 3.0.

KPPK/KPP 3.0 Catat tarikh dokumen lengkap diterima di KKMOH-AG8-SS2 dan di KKMOH-AG8-BK3. 
KPPK/KPP/PEMBANTU TADBIR (PT) 4.0

Sediakan kenyataan ringkas Lampiran D (KKMOH-AG8-BK2) dalam 4 salinan.

KPPK/KPP/PT 5.0

Sediakan dan susun Lampiran A hingga F berikut dalam 4 salinan. Setiap salinan dimasukkan ke dalam satu sampul kecil.

    - Lampiran A: Dokumen permohonan Borang A1 (KKMOH-AG-BK1)
    - Lampiran B: Senarai ijazah lanjutan bidang pergigian yang diiktiraf
    - Lamprian C: Salinan ijazah lanjutan
    - Lampiran D: Kenyataan ringkas mengenai calon (KKMOH-AG-BK2)
    - Lampiran E: Laporan penilaian daripada Pakar Yang Menyelia
    -Lampiran F: Laporan penilaian daripada Pentadbir [TPKN(G)] atau Pengarah Hospital
KPPK/KPP/PT 6.0 Taip nama calon pakar klinikal dan bidang kepakarannya pada empat sampul kecil tersebut. Satu daripadanya diasingkan sebagai rekod sempanan sementara.
PKKP 7.0 Tandatangan di ruang syor di Borang A1 (KKMOH-AG-BK1)-Lampiran A bagi tiga sampul kecil yang disediakan untuk hantaran kepada Ahli Jawatankuasa Kepakaran Perubatan (AJKKP).
KPPK/KPP/PT 8.0 Hantar tiga sampul kecil tersebut kepada tiga AJKKP secara berasingan. Catat tarikh hantar di KKMOH-AG8-BK3.
KPPK/KPP 9.0 Terima semula sampul kecil daripada setiap AJKKP dengan perakuan ditandatangani di setiap Lampiran A. Catat tarikh setiap sampul kecil diterima dari setiap AJKKP di KKMOH-AG8-BK3.
KPPK/KPP 10.0 Sekiranya sampul kecil diterima dari AJKKP melebihi tempoh 25 hari bekerja, hubungi Pejabat AJKKP berkenaan untuk bertanya sebab dan memberi peringatan.
KPPK/KPP/PT 11.0 Sediakan Lampiran G (Kertas Lantikan Pakar Klinikal Pergigian) dan Lampiran H (Kertas Perlantikan Pegawai-Pegawai Pergigian sebagai Pakar Klinikal Pergigian).
KPPK/KPP/PT 12.0 Sediakan sampul kecil  untuk Ketua Pengarah Kesihatan (KPK). Masukkan ke dalamnya dokumen-dokumen berikut mengikut turutan:
    - Tiga Lampiran A yang dicabut dari sampul kecil yang diterima dari setiap AJKKP
    - Satu set Lampiran B hingga F 
    - Lampiran G dan H untuk ditandatangani oleh KPK.
KPPK/KPP/PT 13.0 Hantar sampul kecil kepada KPK. Catat tarikh dihantar di KKMOH-AG8-BK3.
KPPK/KPP 14.0 Terima semula sampul kecil dari KPK yang berisi Lampiran A-H. Pastikan Lampiran G dan H ditandatangan KPK. Catat tarikh terima di KKMOH-AG8-BK3.
KPPK/KPP/PT 15.0 Hantar satu salinan Lampiran H yang ditandatangani KPK kepada Percetakan Nasional. Catat tarikh dihantar di KKM0H-AG8-BK3.
KPPK/KPP 16.0 Selepas 2 minggu, hubungi Percetakan Nasional untuk mengetahui tarikh sebenar Pakar Klinikal berkenaan akan diwartakan.
PEMBANTU AM PEJABAT 17.0 Ambil warta dan inbois dan serahkan kepada Pembantu Tadbir untuk dicop tarikh penerimaannya.
KPPK/KPP 18.0 Catat tarikh terima warta di KKMOH-AG8-BK3. 
KPPK/KPP/PT 19.0 Hantar salinan warta kepada TPKN(G) dan Pakar Klinikal melalui surat rasmi.  Hantar sesalinan surat kepada Cawangan Naik Pangkat, Bahagian Sumber Manusia, KKM dan Unit Amalan Kesihatan Pergigian Profesional dan Auksiliari. Catat tarikh penghantaran warta di KKMOH-AG8-BK3.
PT 20.0 Simpan keratan warta ke dalam sampul kecil Pakar berkenaan. Pastikan sampul kecil tersebut mengandungi Lampiran A-H dandokumen lain berkaitan. Failkan.  
PT (FAIL) 21.0 Simpan fail di bilik fail khusus.


 


REKOD KUALITI
Pindaan pada BK1, BK2, BK3 , SS2 dan Prosedur Kerja

ARAHAN KERJA / BORANG KUALITI / SENARAI SEMAK / RUJUKAN
ARAHAN KERJA
  • - Tiada -
BORANG KUALITI
  • KKMOH-AG08-BK1 - Application Form for Gazettement of Clinicak Dental Specialist
  • KKMOH-AG08-BK2 - Kenyataan Ringkas Mengenai Calon
  • KKMOH-AG08-BK3 - Jadual Pemantauan Objektif Kualiti Pewartaan Pakar Pergigian Klinikal
SENARAI SEMAK
  • KKMOH-AG08-SS1 - Senarai Semak Bagi Permohonan Pewartaan Pakar Klinikal Pergigian(Bagi Pemohon)
  • KKMOH-AG08-SS2 - Senarai Semak Bagi Permohonan Pewartaan Pakar Pergigian (Bagi Pegawai Penyemak)
RUJUKAN
  • - Tiada -
PEMILIK DOKUMEN
  • drazilina
    drsyakirin

REKOD PINDAAN
No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 00/00/0000 1 Para 1 hingga 6 dan para 12, 13. Kesemua perubahan di warnakan kuning 
3. 04/09/2009 2
4. 04/01/2010 3 Pindaan pada BK1, BK2, BK3 , SS2 dan Prosedur Kerja 
5. 17/11/2012 4 Pindaan pada borang KKMOH-AG08-BK3 adalah merujuk kepada mesyuarat MKSP AUG 2011 
6. 15/11/2013 5 Pindaan pada borang KKMOH-AG08-BK3 adalah merujuk kepada mesyuarat MKSP AUG 2011 
7. 13/07/2015 6 Pindaan pada borang KKMOH-AG08-BK3 adalah merujuk kepada mesyuarat MKSP AUG 2011 
8. 18/11/2016 7 Pindaan pada BK1, BK2, BK3 , SS2 dan Prosedur Kerja 
9. 20/11/2017 8 Pindaan pada BK1, BK2, BK3 , SS2 dan Prosedur Kerja 
10. 01/06/2020 9 Pindaan pada BK1, BK2, BK3 , SS2 dan Prosedur Kerja