Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PT/01 - PROSEDUR PEMBAYARAN RAWATAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 04-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini diwujudkan bagi pengendalian kutipan bayaran rawatan mengikut Arahan Perbendaharaan yang terkini untuk memastikan pengurusan kutipan hasil dilaksanakan dengan sistematik.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk pengendalian kutipan hasil dentur/aplians yang dihasilkan dari Klinik Khas(KK) dan Klinik Pakar Ortodontik (KPO) di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) yang diuruskan oleh pemungut kecil dan pemungut utama sehingga dibankkan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1. Perolehan Buku Hasil Secara Manual

1.1 Pembantu Tadbir Kewangan (PT W2) menerima buku-buku berkaitan dengan hasil dari Pembantu Tadbir Stor (PT S) seperti berikut;

a. Kew.38-Pin.2/86 (Buku Resit);

b. Kew.249 Pin.3/94 (Buku Tunai Runcit terimaan/serahan);

c. Kew.248 Pin.2/88 (Buku Tunai Cerakinan).

1.2 Setelah terima, PT W2 hendaklah memeriksa nombor siri dan helaian dalam keadaan sempurna.

1.2.1 Sekiranya buku hasil berkenaan didapati dalam keadaan sempurna, PT W2 akan mengecap di belakang helaian pertama salinan pejabat mengikut AP 66(a) dengan perkataan ”DIPERIKSA OLEH SAYA PADA HARI INI DAN DIDAPATI MENGANDUNGI ............. BORANG RESIT BERPENDUA/BERPENIAGA YANG BERNOMBOR DENGAN BETUL” dan tandatangan sebagai pengesahan.

1.2.2 Jika terdapat kesilapan, PT W2 perlu mengembalikan semula buku hasil berkenaan kepada PT S untuk tindakan selanjutnya.

1.3 Semua buku-buku hasil yang diterima dalam keadaan sempurna perlu direkodkan oleh PT W2 dalam Buku Kaunterfoil Kira-Kira Stok (Terimaan/Serahan) Kew.67 Pin.1/86 dan disimpan dalam kabinet berkunci.

2 Menerima Bayaran

2.1 Merujuk kepada Akta Fi bahagian rawatan pergigian, PT W2 yang diberi kuasa hendaklah mengeluarkan resit Kew.38 e-Terimaan/manual.

2.1.1 PT W2 akan mengeluarkan resit e-Terimaan/resit manual berdasarkan kad rawatan pesakit.

2.2 Sekiranya pesakit tidak mampu membayar, beliau perlu melengkapkan Borang Permohonan Pengecualian (Lampiran C) dan mendapatkan tandatangan daripada Pegawai yang diberikuasa.

2.2.1 Maklumat pengecualian/pengurangan bayaran hendaklah dicatat pada kad rawatan pesakit.

2.2.2 Borang Permohonan Pengecualian (Lampiran C) hendaklah difailkan dalam Fail Kutipan Hasil.

3 Penutupan Kira-Kira Hasil Sebelum Dibankkan

3.1 Amaun yang terkumpul setiap hari akan disimpan dalam peti besi jika tidak melebihi RM499.99.

3.2 Sekiranya amaun mencapai jumlah RM500.00 dan ke atas, penyata pemungut perlu disediakan dalam tiga (3) salinan dan disahkan oleh PPT.

3.3 Apabila tandatangan pegawai perakuan 1 telah diperolehi, PT W2 hendaklah melaksanakan urusan perbankkan.

3.4 Setelah urusan perbankkan selesai, PT W2 hendaklah mendapatkan tandatangan pengesahan daripada pegawai perakuan 2 di Borang Penyata Pemungut.

 

Disediakan oleh : Pn.Rosmawati bt Abd.Hamid; t/t:

Disemak oleh 1: Pn. Fauziah binti Fakurudin; t/t:

Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah Binti Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
 
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti