|
1.0 Penempatan Klinikal di Bilik Rawatan/Makmal
1.1 Pengajar Penyelaras (PP) perlu merujuk Pelan Induk Pelaksanaan dan Kurikulum enam (6) minggu sebelum tarikh akhir setiap semester pelatih berada di institusi untuk mengenalpasti kumpulan pelatih, aktiviti latihan yang diperlukan serta jangka masa yang ditetapkan di dalam bidang praktikal/klinikal.
1.1.1 Selepas merujuk Pelan Induk Pelaksanaan dan Kurikulum serta berpandukan kepada Senarai nama dan bilangan pelatih, PP hendaklah mengenalpasti bilangan pelatih bagi penempatan klinikal/praktikal di setiap bilik rawatan dan Teknik Pergigian Operatif (TPO)mengikut seksyen/makmal pergigian mengikut island dan menyediakan senarai nama mengikut unit pergigian/island bagi melaksanakan tugas-tugas praktikal/klinikal yang telah ditetapkan.
1.2 Setelah menyediakan senarai nama pelatih mengikut unit pergigian/island di setiap bilik rawatan/makmal dalam tempoh masa seminggu, PP hendaklah menyerahkan kepada Ketua Program (KP) untuk pengesahan.
1.2.1 Sebaik sahaja menerima kembali senarai nama yang telah ditandatangani oleh KP, PP hendaklah membuat beberapa salinan dan mengedarkannya kepada Timbalan Pengarah Latihan(TPL), Ketua Penolong Pengarah Latihan (KPPL), KP, Pengajar-Pengajar yang menjaga Bilik Rawatan, TPO /Makmal dan juga memaklumkan kepada para pelatih yang berkaitan.
2.0 Memberi Taklimat Penempatan Klinikal
2.1 Berpandukan pada Jadual Waktu Mingguan (LAMPIRAN 4; BK-JADUAL-04-04), PP hendaklah memberi taklimat kepada para pelatih berkenaan penempatan pelatih di TPO, Bilik Rawatan/Makmal serta merangkumi aktiviti-aktiviti latihan dan pengisian Buku Rekod Harian/Buku Log yang berkaitan sebelum sesi praktikal bermula.
2.1.1 Bagi parapelatih yang layak ke Tahun 3 di mana latihan dilaksanakan di Pusat Latihan Amali (PLA), taklimat diberi pada minggu akhir Tahun 2 Semester 2 sebelum parapelatih bercuti akhir semester.
3.0 Mengawaselia Kerja Praktikal/Klinikal
3.1 Tenaga Pengajar (Pegawai Pergigian, Pengajar dan Jururawat/Juruteknologi Pergigian Klinikal) hendaklah melaksanakan sesi pengawaseliaan mengikut jadual pengawaseliaan dan prosedur-prosedur latihan yang ditetapkan.
3.1.1 Tenaga Pengajar yang bertugas hendaklah memastikan para pelatih menunjukkan setiap peringkat/prosedur kerja kepada mereka dan mendapatkan kelulusan/pemarkahan sebelum meneruskan ke peringkat/prosedur selanjutnya.
3.1.2 Tenaga Pengajar hendaklah memeriksa setiap peringkat/prosedur kerja yang dilaksanakan oleh para pelatih serta hendaklah memberi bimbingan yang sewajarnya untuk mendapatkan hasil kerja yang memuaskan.
3.1.2.1 Setiap peringkat/prosedur kerja yang telah diperiksa, tenaga pengajar hendaklah membuat penilaian dengan memberi pemarkahan atau menandatangani dalam Buku Rekod Harian/Buku Log para pelatih yang berkenaan.
3.1.2.2 Bagi memantau kemajuan pelatih (Teknologi Pergigian), Pengajar Penyelaras/Pengajar yang mengajar praktikal berkenaan hendaklah memeriksa buku log pelatih setiap bulanan.
4.0 Pengumpulan Kerja Klinikal/Praktikal (Kejururawatan Pergigian)
4.1 Apabila sampai tarikh akhir setiap bulan, para pelatih hendaklah menjumlahkan tugas-tugas yang dilaksanakan dalam Buku Rekod Harian/Buku Log dan Borang Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) PG301 serta melengkapkan maklumat-maklumat yang dikehendaki dalam Borang Laporan Kemajuan Bulanan Jururawat Pergigian Pelatih Tahun 1 (BK/BL/12)/ Borang Laporan Kemajuan Bulanan Jururawat Pergigian Pelatih Tahun II/III (BK/BL/13) dan HMIS PG 206/PG205 bagi sesi klinikal.
4.1.1 Borang Laporan Kemajuan Bulanan
4.1.1.1 Para pelatih hendaklah mengisi Borang Laporan Kemajuan Bulanan pada akhir setiap bulan berpandukan kepada Buku Rekod harian/Buku Log dan hendaklah menyerahkannya kepada Pengajar/Jururawat Pergigian Klinikal Seksyen bersama-sama dengan borang HMIS, Buku Rekod Harian/Buku Log dan buku temujanji pesakit.
4.1.1.2 Setelah menerima borang-borang dan dokumen-dokumen yang berkaitan, Pengajar/Jururawat Pergigian Klinikal hendaklah menyemak borang-borang tersebut untuk mempastikan ketepatan maklumat.
4.1.1.3 Setelah menyemak maklumat-maklumat dalam borang Laporan Kemajuan Bulanan, Pengajar/Jururawat Pergigian Klinikal hendaklah mengumpul dan menyimpan borang tersebut mengikut bilangan para pelatih di bawah jagaan untuk digunakan pada bulan berikutnya iaitu selama 3 bulan.
4.1.1.4 Pada setiap 3 bulan, borang Laporan Kemajuan Bulanan yang lengkap diisi dikumpul dan Pengajar Seksyen hendaklah membuat ulasan dan penilaian prestasi para pelatih di bawah jagaannya serta menyerahkan borang tersebut kepada Pengajar Penyelaras selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan berikutnya.
4.1.1.5 Setelah menerima borang Laporan Kemajuan Bulanan dari setiap Pengajar Seksyen, Pengajar Penyelaras hendaklah mengumpul dan mempastikan bilangannya mencukupi mengikut bilangan pelatih yang berkaitan dan menyerahkannya kepada Pembantu Tadbir Latihan (PTL) untuk dimasukkan ke dalam fail peribadi pelatih.
4.1.2 Borang HMIS
4.1.2.1 Setelah melengkapkan maklumat-maklumat dalam borang HMIS, Pengajar/Jururawat Pergigian Klinikal di setiap seksyen hendaklah menyemak borang-borang tersebut bersama-sama dengan buku rekod harian/buku log dan buku temujanji pesakit untuk mempastikan ketepatan maklumat.
4.1.2.2 Setelah menyemak semua borang-borang HMIS yang berkaitan mengikut jumlah pelatih, Pengajar/Jururawat Pergigian Klinikal hendaklah memaklumkan kepada pelatih yang bertanggungjawab untuk menjumlahkan semua maklumat-maklumat dalam borang-borang tersebut ke dalam satu borang sahaja.
4.1.2.3 Setelah borang tersebut lengkap diisi dan disemak, Pengajar/Jururawat Pergigian Klinikal hendaklah memberi arahan kepada pelatih yang bertanggungjawab untuk menyerahkan semua borang-borang HMIS yang berkaitan kepada Penyelia Jururawat Pergigian untuk urusan seterusnya.
5.0 Penempatan Klinikal Di PLA
5.1 PTL hendaklah menyediakan Borang Permohonan Latihan Amali (BK/BL/11), dua bulan sebelum penempatan untuk para pelatih dari Semenanjung Malaysia memilih negeri untuk melaksanakan latihan klinikal di PLA.
5.1.1 Setelah menyediakan Borang Permohonan Latihan Amali (BK/BL/11), PTL hendaklah menyerahkannya kepada PP untuk diedarkan kepada para pelatih yang kemudiannya hendaklah membuat dua pilihan negeri untuk penempatan klinikal.
5.1.2 Sebaik sahaja menerima Borang Permohonan Latihan Amali (BK/BL/11), PP hendaklah menyerahkan borang tersebut kepada wakil pelatih untuk diedarkan kepada semua pelatih yang terlibat serta memaklumkan bahawa borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada beliau dalam tempoh masa seminggu.
5.1.3 Apabila menerima kembali borang tersebut, PP hendaklah menyemak semua maklumat yang dikehendaki telah diisi dan menyerahkannya kepada PTL yang kemudiannya hendaklah memanjangkannya ke pihak Bahagian Pergigian untuk tindakan penempatan klinikal mengikut PLA yang telah ditetapkan di seluruh Semenanjung Malaysia.
5.1.4 Bagi para pelatih dari Sarawak dan Sabah, PTL hendaklah menghantar senarai nama ke TPKN(Pergigian) untuk urusan penempatan klinikal mengikut PLA yang telah ditetapkan.
6.0 Memberi Taklimat Penempatan Klinikal Di PLA Untuk Tahun 3 Semester I
6.1 Sebelum para pelatih melapor diri ke PLA iaitu pada minggu akhir Tahun 2 semester II, beberapa taklimat hendaklah diberi oleh TPL, KP, PP dan Pengajar Hal Ehwal Latihan sebagai penyediaan para pelatih agar dapat menyesuaikan diri dan menjalani latihan seperti yang ditetapkan.
6.1.1 Taklimat-taklimat yang hendak diberi dimasukkan dalam Jadual Waktu Mingguan (LAMPIRAN 4; BK-JADUAL-04-04) dan taklimat-taklimat tersebut adalah seperti berikut;
a. Objektif pembelajaran penempatan klinikal;
b. Liputan aktiviti-aktiviti penempatan klinikal;
c. Peranan dan tanggungjawab LP;
d. Peranan dan tanggungjawab pelatih;
e. Kaedah dan penilaian prestasi pelatih;
f. Kaedah melengkapkan dan pengesahan Buku Log;
g. Kerja Projek;
h. Peperiksaan Akhir Semester;
i. Peraturan-peraturan berkaitan tatakelakuan pelatih;
j. Cara melapor diri.
7.0 Menerima Keputusan Penempatan Klinikal di PLA
7.1 Setelah PTL menerima keputusan dari Bahagian Pergigian, TPKN Sarawak dan Sabah, PTL hendaklah menempah tiket kapal terbang untuk para pelatih dari Sarawak dan Sabah dan menyerahkan surat melapor diri para pelatih kepada PP seminggu sebelum pelatih bercuti akhir semester.
7.1.1 PP hendaklah menyerahkan surat melapor diri dan tiket kapal terbang kepada pelatih pada hari akhir pelatih berada di kolej.
Disediakan oleh: Pn Zaleha bt Hashim; t/t:
Disemak oleh 1: Dr.Naziah Ahmad Azli; t/t:
Disemak oleh 2: Dr. Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |