|
1.0 Mengenalpasti dan Mentakrifkan Data Spesifik Yang Bersesuaian
1.1 Data spesifik yang bersesuaian di PPKK & KLPM hendaklah mengikut empat kategori MS ISO 9001: 2008 hendaklah ditentukan, ditakrifkan dan didokumenkan oleh Pengarah dan Ketua Unit. Semasa mewujudkan Sistem Pengurusan Kualiti kekerapan analisis, tanggungjawab analisis dan kaedah analisis (contoh : graf linear, carta bar, carta jadual) hendaklah direkodkan di dalam Jadual Analisis Data. Ia hendaklah meliputi :
a. Kepuasan Pelanggan;
b. Keakuran Produk;
c. Gaya dan Ciri Proses dan Produk;
d. Pembekal dan Kontraktor.
1.1.1 Bagi data yang berguna, signifikan dan bersesuaian di dalam PPKK & KLPM hendaklah dikenalpasti dan dikesan oleh Pengarah atau Ketua Unit untuk ditambah di dalam Jadual Analisis Data dari masa ke semasa.
1.1.2 Data bersesuaian yang telah dikenalpasti termasuk kekerapan, tanggungjawab dan kaedah analisis hendaklah berpandukan kepada empat kategori data di dalam Sistem Pengurusan Kualiti yang telah dijelaskan dan didokumenkan di dalam Jadual Analisis Data (Apendiks 1).
2.0 Mengumpul dan Menganalisis Data
2.1 Personel yang bertanggungjawab untuk melakukan analisis data bersesuaian hendaklah mengumpul dan menganalisis data mengikut masa yang ditetapkan sama ada tahunan, separuh tahun seperti yang ditakrifkan di dalam ruangan Kekerapan Analisis Data di dalam Jadual Analisis Data.
2.1.1 Sekiranya masa antara analisis yang ditakrifkan di dalam Kekerapan Analisis Data adalah secara tahunan, maka data yang dikumpulkan hendaklah dikemaskini dan didokumenkan sekali setahun. Namun begitu data itu hendaklah ditakrifkan secara jelas termasuk data pada masa yang dicadangkan dalam Analisis Data.
2.1.2 Kaedah statistik seperti graf linear, carta bar atau jadual carta hendaklah digunakan untuk menganalisa setiap set data. Data-data ini hendaklah dianalisis secara konsisten mengikut kaedah yang telah dikenalpasti dan ditakrifkan di dalam ruangan Kaedah Analisis di dalam Jadual Analisis Data.
2.1.3 Jadual yang dilabel bagi setiap carta yang diplotkan hendaklah konsisten dengan Jadual Data yang ditakrifkan di dalam jadual análisis data dalam meningkatkan keberkesanan antara carta dan data yang ditakrifkan.
2.2 Setiap data yang dikumpulkan dan diplotkan, Personel yang berkenaan hendaklah menghantar carta tersebut kepada Pengarah atau Ketua Unit dan kesimpulan yang bersesuaian hendaklah diterjemahkan. Selain itu data yang normal atau tidak normal data tersebut hendaklah dianalisis secara spesifik.
2.3 Kesimpulan bagi analisis data hendaklah direkodkan di bawah carta atau di letakkan bersama-sama di dalam carta.
3.0 Keputusan Untuk Penambahbaikan Atau Tindakan Pencegahan
3.1 Berdasarkan analisis data dan carta, Pengarah dan Ketua Unit yang berkenaan hendaklah:
a. Menilai sama ada penambahbaikan berterusan hendak dibuat; atau
b. Mengenalpasti potensi ketakakuran awal di dalam Tindakan Pencegahan
3.1.1 Sekiranya di dalam graf atau carta menunjukkan keadaan pencapaian abnormal yang signifikan, keputusan awal untuk melaksanakan Tindakan Pencegahan harus diambil seperti yang terdapat di dalam Prosedur Tindakan Pencegahan (PK/PT/22).
3.1.2 Sekiranya di dalam graf atau carta menunjukkan situasi semasa yang boleh terus dibaiki, program penambbaikan berterusan hendaklah ditentukan dan dirancang berdasarkan Prosedur Kerja Penambahbaikan Berterusan(PK/PT/18).
Disediakan oleh: Dr Siti Salwa Binti Idris; t/t:
Disemak oleh 1 : Dr Siti Nurqissa Binti Mustafa; t/t:
Disemak oleh 2: Dr Ahmad Termizi Bin Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah Binti Mod Zaki, Pengarah; t/t |