|
1. Mengujudkan Jawatankuasa Prestasi Penilaian Pembekal
1.1 Pengarah hendaklah melantik jawatankuasa tetap untuk membuat penilaian prestasi pembekal/Kontraktor baru setiap 6 bulan sekali (Jun & Disember)
1.2 Penilaian hendaklah dilakukan sebanyak dua kali setahun iaitu Julai tahun semasa dan Januari tahun berikutnya.
2. Mengisi Markah Pada Borang Penilaian Prestasi Pembekal/Kontraktor
2.1 Apabila Pembantu Tadbir Stor (PTS)/Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM)/ Juruteknologi Pergigian Kanan (JTK), Penyelia Jururawat Pergigian (PJP) menerima barang dari pembekal/kontraktor, mereka masing-masing hendaklah memeriksa dan mengisi markah skor penilaian pembekal dengan sewajarnya.
2.2 Setiap kali Pesanan Kerajaan diterima PTS, PPTM, JTK dan PJP hendaklah sertakan Penilaian Prestasi Pembekal/kontraktor Bagi Bekalan/Perkhidmatan/Kerja (BK/PT/32) bersama-sama dan diserahkan ke Unit Kewangan.
2.3 Semasa proses bayaran dibuat PPT akan mengeluarkan Penilaian Prestasi Pembekal/kontraktor Bagi Bekalan/Perkhidmatan/Kerja (BK/PT/32) yang disertakan bersama Pesanan Kerajaan.
2.4 Pada bulan Jun tahun semasa semua Penilaian Prestasi Pembekal/kontraktor Bagi Bekalan/Perkhidmatan/Kerja (BK/PT/32) akan diberikan kepada Jawatankuasa Analisis Penilaian Pembekal (JAPP) untuk dibuat penilaian setengah tahun.
3. Menganalisis Borang Analisis Penilaian Prestasi Pembekal
3.1 Jika terdapat pembekal yang sama, Borang Penilaian Prestasi Pembekal/kontraktor tersebut akan disatukan untuk mendapat satu nilaian terbaik sebelum dimasukkan ke dalam Borang Analisis Penilaian Pembekal/Kontraktor Bagi Bekalan/Perkhidmatan/Kerja (BK/PT/28).
3.2 JAPP akan membuat penganalisis berpandukan pada markah skor seperti berikut;
• Skor 90 – 100% : Diterima untuk perkhidmatan seterusnya;
• Skor 60 – 89% : Dipertimbangkan untuk pembelian sekali sekala;
• Skor < 59% : Surat Peringatan diberi bagi tujuan membaiki Perkhidmatan.
3.3 Setelah keputusan pemilihan pembekal/kontraktor dibuat oleh JAPP, Pembantu Tadbir akan merekodkan dalam Buku Induk Daftar Kontraktor Bekalan / Perkhidmatan / Kerja) mengikut jumlah skor yang diperolehi oleh pembekal/kontraktor terlibat.
3.4 Urusetia mesyuarat JAPP akan mengeluarkan surat peringatan jika terdapat pembekal/kontraktor yang memperolehi markah dibawah 59% untuk dimaklumkan kepada pembekal/kontraktor.
4. Kawalan Rekod Pembekal
4.1 Semua rekod-rekod berkaitan perlu difailkan ke dalam fail Penilaian Pembekal dan disimpan dalam bilik fail dengan selamat.
PEMBATALAN:
1. Senarai Semak Penerimaan Barang Dan Penilaian Prestasi Pembekal (SS/PT/10) dan diganti dengan Borang Penilaian Prestasi Pembekal Bagi Bekalan/Perkhidmatan/Kerja (BK/PT/32).
2 Membatalkan para 3.1 pada pindaan terdahulu.
Disediakan oleh 1: En Mohan a/l M Bala; t/t:
Disediakan oleh 2: Pn. Fauziah bt Fakurudin; t/t:
Disemak Oleh: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:
Diluluskan Oleh: Dr.Hasenah Mod Zaki, Pengarah: t/t: |