|
1.0 Rujukan Kepada Jururawat Pergigian (JP) dan Pengajar Jururawat Pergigian (PJP)
1.1 Bagi kes-kes yang tidak dapat dikendalikan oleh Jururawat Pergigian Pelatih (Pelatih), kes dirujuk kepada JP/PJP berkenaan.
2.0 Rujukan Kepada Pegawai
2.1 Sekiranya Pelatih/JP/PJP merujuk kepada Pegawai Pergigian (PP), maklumat butir-butir rujukan dicatat oleh Pelatih/JP/PJP di dalam kad rawatan.
2.1.1 Bagi kes yang memerlukan rawatan susulan daripada PP, Pelatih/JP hendaklah memberi tarikh temujanji mengikut Prosedur Temujanji (PK/PP/07).
3.0 Rujukan Kepada Pakar (Bedah Mulut/ Ortodontik/ Periodontik/ Pedodontik/ Restoratif)
3.1 Apabila PP memerlukan kes dirujuk kepada kepakaran, PP hendaklah berbicang dengan pesakit dan memberikan tujuan rujukan dilakukan.
3.2 Setelah perbincangan dilakukan, PP hendaklah menentukan samada kes itu perlukan rujukan segera atau tidak.
3.2.1 Bagi pesakit yang perlukan rawatan segera, maklumkan Unit Pakar melalui telefon terlebih dahulu.
3.2.1.1 Panggilan telefon hendaklah dilakukan oleh PP.
3.2.1.2 PP hendaklah mencatat masa panggilan pada kad rawatan.
3.2.1.3 PP hendaklah mencatat masa dan tarikh temujanji pada surat rujukan.
3.2.1.4 PPP hendaklah menyerahkan surat rujukan dan meminta pesakit pergi ke Hospital/klinik dengan segera mengikut surat rujukan yang diberi.
3.2.2 Jika tidak segera, pesakit dimaklumkan oleh PP/PPP berkaitan tarikh temujanji rujukan.
3.2.2.1 Jika memerlukan rujukan melalui panggilan telefon, PP hendaklah mencatat masa panggilan pada kad rawatan.
3.2.2.2 PP hendaklah mencatat masa dan tarikh temujanji pada surat rujukan.
3.2.2.3 PPP hendaklah menyerahkan surat rujukan dan meminta pesakit pergi ke Hospital/klinik mengikut surat rujukan yang diberi.
3.3 Bagi membuat surat rujukan, PP hendaklah mengisi Borang Rujukan (BK/PP/16).
3.3.1 Bagi kes rujukan kepada Pakar Ortodontik, sekiranya pesakit tertakluk kepada senarai sekolah di bawah penyeliaan PPKK & KLPM, PP hendaklah mengisi Orthodontic Referral Form dan merujuk pesakit ke Klinik Pakar Ortodontik institusi.
3.3.2 Jika tidak, PP hendaklah mengisi Orthodontic Referral Form dan merujuk pesakit tersebut ke Klinik Pakar Ortodontik negeri.
3.4 Sekiranya memerlukan, PP hendaklah melampirkan bersama x-ray dan lain-lain dokumen yang berkaitan (jika ada).
3.5 Setelah selesai borang rujukan diisi, PPP hendaklah mengepilkan satu salinan surat rujukan pada kad rawatan pesakit.
4.0 Rujukan Kepada Jabatan Lain
4.1 Bagi pesakit yang mempunyai masalah perubatan yang lain akan dirujuk kepada jabatan berkenaan.
4.2 Bagi membuat surat rujukan, PP hendaklah mengisi Borang Rujukan (BK/PP/16).
4.3 Sekiranya memerlukan, PP hendaklah melampirkan bersama x-ray dan lain- lain dokumen yang berkaitan (jika ada).
4.4 Setelah selesai borang rujukan diisi, PPP hendaklah mengepilkan satu salinan surat rujukan pada kad rawatan pesakit.
4.5 PPP hendaklah menyerahkan surat rujukan dan meminta pesakit pergi ke Hospital/klinik mengikut surat rujukan yang diberi.
Nota Pindaan:
1. Pembatalan para 1.2 pada pindaan terdahulu kerana para 1.1 pindaan terkini meliputi kehendak proses.
Disediakan oleh: Dr.Manisathana a/p Kasiappen; t/t:
Disemak oleh : Dr Ahmad Termizi Bin Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah Binti Mod Zaki, Pengarah; t/t: |