Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PP/02 - PROSEDUR PEMERIKSAAN DAN DIAGNOSIS

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 08-07-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini mengariskan langkah-langkah untuk memastikan pemeriksaan dan diagnosis dilakukan dengan betul dan berkesan bagi pesakit luar dan kes temujanji yang hadir di Bilik Rawatan (BR), Klinik Khas (KK) dan Klinik Pakar Ortodontik (KPO).
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi semua pesakit yang datang ke BR, KK dan KPO untuk mendapatkan rawatan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Mengenalpasti Pesakit

1.1 Setelah pesakit masuk ke BR atau KK atau KPO, perawat/pembantu perawat hendaklah menyemak kad rawatan untuk memastikan pesakit yang betul.

1.2 Sebelum pemeriksaan dan diagnosis dilakukan, perawat/ pembantu perawat hendaklah memastikan kebenaran rawatan diperolehi terlebih dahulu daripada pesakit/ ibubapa/ penjaga sebelum rawatan dimulakan.

1.2.1 Jika kebenaran rawatan tidak diperolehi, rawatan tidak akan diberikan kecuali dalam keadaan kecemasan sahaja.

 

2.0 Menyemak Rujukan

2.1 Bagi KK, sekiranya terdapat kes rujukan, Pegawai Pergigian (PP) hendaklah menyemak surat rujukan untuk memastikan butiran rujukan adalah betul dan pembantu perawat perlu mengepilkan surat rujukan berkenaan pada kad rawatan.

2.1.1 Kriteria (4.1.(c) ISO 9001:2008) semakan surat rujukan adalah nama pesakit, no. Kad pengenalan/ MyKad/ MyKid, jantina, umur dan no. pendaftaran.

2.1.2. Bukti semakan adalah dengan menandakan ( / ) di sebelah setiap kriteria semakan yang telah disemak betul (7.1.(d), 7.5.3 2nd paragraph ISO 9001:2008)

2.2 Sekiranya rujukan daripada Jururawat Pergigian Pelatih (pelatih), butir-butir rujukan dicatatkan di dalam kad rawatan pesakit oleh pelatih.

 

3.0 Menentukan Keperluan Pesakit (7.2.1 ISO 9001:2008)

3.1 Setelah pesakit duduk di kerusi pergigian, perawat hendaklah bertanya dan menentukan keperluan pesakit serta merekodkannya pada kad rawatan pesakit mengikut Buku Panduan Pengisian Kad Rawatan Pergigian Primer Bagi Pesakit Am LP8-2 Pin. 7/97 dan Murid Sekolah LP8-1 Pin. 7/97 Secara Manual.

3.2 Pada masa yang sama, perawat hendaklah mendapatkan dan merekodkan latarbelakang perubatan dan pergigian pesakit pada kad rawatan.

 

4.0 Menjalankan Pemeriksaan dan Diagnosis

4.1 Perawat dan pembantu perawat hendaklah mematuhi Peraturan Kawalan Jangkitan Silang sebelum, semasa dan selepas menjalankan pemeriksaan dan diagnosis mengikut ’Guidelines on Infection Control in Dental Practice‘ (MOH/K/GIG/20.2007(GU)).

4.2 Setelah keperluan pesakit dikenalpasti dan latarbelakang diperolehi, perawat hendaklah melakukan pemeriksaan keseluruhan luar dan dalam mulut, dan pencartaan gigi dikemaskini sebagai kes baru tahun semasa oleh Pembantu Perawat.

4.2.1 Jika ada keperluan radiograf untuk PP membuat diagnosis, PPP perlu mengambil radiograf tersebut mengikut Prosedur Pengambilan Radiografi (PK/PP/12).

4.3 Berdasarkan hasil pemeriksaan dan diagnosis,

4.3.1 Sekiranya rawatan boleh dilakukan, rawatan hendaklah diberi mengikut Prosedur Rawatan (PK/PP/03).

4.3.2 Sekiranya pesakit perlu dirujuk selepas melakukan pemeriksaan dan diagnosis (rawatan di luar skop kemahiran) (7.2.2(c), 6.2.2(e) ISO 9001:2008), perawat hendaklah merujuk pesakit kepada Jururawat Pergigian/ Pengajar/ Pegawai Pergigian/ Pegawai Perubatan/ Pakar Pergigian mengikut Prosedur Rujukan (PK/PP/08).

4.4 Selesai prosedur Pemeriksaan dan diagnosis dan sekiranya tiada rawatan diberikan, peralatan dan bahan hendaklah dibersihkan mengikut ’Guidelines on Infection Control in Dental Practice‘ (MOH/K/GIG/20.2007(GU)) dan AK Pengendalian Sisa Klinikal (AK/PP/05).

 

Disediakan oleh: Dr. Siti Norhazlin Binti Mohd Said; t/t:

Disemak oleh 1: Dr. Asilatul Hana Binti Abdullah Sani; t/t:

Disemak oleh 2: Dr. Ahmad Termizi Bin Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr.Hasenah Binti Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  AK/PP/05 - ARAHAN KERJA PENGENDALIAN SISA KLINIKAL
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drbeatrice
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti