|
1.0 Kenalpasti Kumpulan Sasaran
1.1 Bagi mengemaskini enrolmen murid Prasekolah/Tadika/Sekolah, data diperolehi dari pihak sekolah/Tadika pada setiap awal tahun oleh Jururawat Pergigian U32 selewat-lewatnya pada 15 Febuari melalui telefon atau surat.
1.1.1 Sekiranya permohonan diterima dari pihak TASKA atau Tadika lain, jumlah peserta hendaklah diperolehi dari pihak pemohon selewat-lewatnya dua(2) minggu sebelum tarikh pelaksanaan.
1.2 Sekiranya jumlah enrolmen tidak diperolehi, JP U32 hendaklah menggunakan data dari tahun sebelumnya.
1.3 Bagi aktiviti yang dibuat untuk kategori dewasa, dapatkan anggaran jumlah peserta dari pihak penganjur selewat-lewatnya dua (2) minggu dari tarikh aktiviti akan dilaksanakan.
2.0 Mengurus Permohonan Dan Pelaksanaan Aktiviti
2.1 Setelah data dikemaskini, JP U32 bertanggungjawab mengatur aktiviti yang hendak dijalankan serta memaklumkan kepada personel/pengajar/pelatih yang terlibat.
2.2 Bagi lawatan prasekolah/tadika dibawah tanggungjawab PPKK & KLPM, perbincangan diantara JP U32 dengan sekolah/Tadika hendaklah dibuat untuk menentukan tarikh aktiviti melalui telefon selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh pelaksanaan aktiviti.
2.2.1 Sekiranya aktiviti perlu dilaksanakan untuk Pelatih JP Tahun 2 Semester 1, pelaksanaan aktiviti dibuat selepas Pelatih selesai sesi kuliah PKP.
2.2.2 Bagi Pelatih JP Tahun 3 Semester 2, aktiviti akan dijalankan mengikut jadual latihan yang dikeluarkan oleh Pengajar Penyelaras.
2.3 Setelah tarikh ditetapkan, pihak sekolah/Tadika akan dimaklumkan melalui surat selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum tarikh aktiviti.
2.4 Sekiranya PPKK & KLPM menerima permohonan untuk lawatan ke institusi ini dari pihak tadika/TASKA selain dari tadika dibawah tanggungjawab, JP U32 hendaklah menyemak tarikh yang sesuai.
2.4.1 Sekiranya tarikh yang dipohon bertindih dengan aktiviti lain, maklumkan kepada pihak yang memohon untuk pertukaran tarikh lawatan yang sesuai melalui telefon.
2.4.1.1 Maklumat perbincangan akan dicatat pada surat permohonan dari Tadika/TASKA tersebut.
2.4.2 Setelah mendapat persetujuan tarikh dengan pihak yang memohon, JP U32 hendaklah menyediakan surat jawapan permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima surat dan ditandatangani oleh Pengarah PPKK & KLPM.
2.4.2.1 Bagi setiap surat yang dijawab, JP U32 hendaklah log dalam Log Pemantauan Permohonan Lawatan Tadika Luar.
2.4.2.2 Surat tersebut hendaklah dihantar melalui pos, serahan tangan atau Fax.
2.4.2.3 Salinan surat akan difailkan dalam fail Lawatan Tadika.
2.4.3 Bagi setiap permohonan lawatan tadika luar ke institusi ini yang diluluskan, personel Unit Promosi Kesihatan Pergigian (UPKP) hendaklah rekod dalam Log Pemantauan Lawatan Tadika Luar.
2.4.4 Apabila tarikh dan Tadika/TASKA telah dikenalpasti, JP U32 hendaklah berbincang dengan Pengajar/Penyelia Jururawat Pergigian bagi menentukan pelatih/personel yang terlibat.
2.4.5 Setelah pelatih/personel dikenalpasti, JP U32 hendaklah menyediakan Jadual Tugas dan diedarkan.
2.4.5.1 Sekiranya aktiviti akan dijalankan oleh Pelatih, Jadual Tugas akan diserahkan kepada Pengajar yang berkenaan untuk makluman Pelatih.
2.4.5.2 Bagi aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Jururawat Pergigian U29, jadual tugas akan diserahkan kepada personel yang terlibat.
2.5 Sekiranya aktiviti yang hendak dijalankan di sekolah, JP U32 hendaklah berbincang dengan Guru Kesihatan Sekolah berkenaan untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai.
2.5.1 Perbincangan dibuat melalui telefon selewat-lewatnya satu (1) minggu dari tarikh aktiviti akan dilaksana dan disusuli dengan surat rasmi melalui pos biasa atau serahan tangan.
2.5.2 Sesalinan surat akan diberi kepada personel yang akan menjalankan aktiviti tersebut.
2.6 Bagi aktiviti promosi untuk orang dewasa, perbincangan dibuat dengan pihak lain yang berkenaan bagi menentukan tarikh, masa dan tempat serta aktiviti yang akan dijalankan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum aktiviti dilaksanakan.
2.6.1 Sekiranya aktiviti melibatkan guru Tadika/prasekolah, perbincangan hendaklah dibuat dengan Pegawai/Penyelia KEMAS atau Pegawai Pelajaran Daerah.
2.6.2 Jika aktiviti melibatkan guru-guru TASKA, perbincangan hendaklah dibuat dengan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pengerusi TASKA.
3.0 Melaksanakan Aktiviti
3.1 Setelah program lawatan diatur, JP U32 hendaklah memastikan aktiviti dilaksanakan oleh JP U29/Pelatih.
3.1.1 Bagi Lawatan Tadika/Prasekolah/TASKA, aktiviti yang akan dijalankan ialah seperti berikut;
3.1.1.1 Ceramah/Pendidikan Kesihatan Pergigian (Rujuk Arahan Kerja Ceramah Kesihatan Pergigian: AK/PP/01)
3.1.1.2 Latihan Memberus Gigi (Rujuk Arahan Kerja Latihan Memberus Gigi: AK/PP/02)
3.1.1.3 ”Role play“ (Rujuk Arahan Kerja Role Play: AK/PP/03)
3.1.1.4 Pemeriksaan Mulut (Rujuk Prosedur Pemeriksaan & Diagnosis: PK/PP/02)
3.1.2 Sekiranya kanak-kanak Tadika/Prasekolah tidak mendapat kebenaran rawatan dari Ibu/Bapa/Penjaga melalui Kad Rawatan LP 8-1 Pin.2/97 , pemeriksaan tidak akan dijalankan keatas kanak-kanak tersebut.
3.1.3 Setelah aktiviti dilaksanakan, Personel UPKP hendaklah merekod jumlah kehadiran dalam Log Pemantauan Kanak-Kanak Menerima PKP & LMG.
3.2 Bagi Murid Sekolah, aktiviti akan dilaksanakan di sekolah berkenaan.
3.2.1 Bagi Murid Sekolah Rendah, aktiviti yang akan dilaksanakan oleh JP U29 adalah;
3.2.1.1 Ceramah/Pendidikan Kesihatan Pergigian (Rujuk Arahan Kerja Ceramah Kesihatan Pergigian: AK/PP/01)
3.2.1.2 Latihan Memberus Gigi (Rujuk Arahan Kerja Latihan Memberus Gigi: AK/PP/02)
3.2.1.3 Bilangan kehadiran murid sekolah yang menerima PKP dan LMG direkod dalam Log Pemantauan Murid Sekolah Menerima PKP & LMG.
3.2.2 Bagi Murid Sekolah Menengah, aktiviti akan dilaksanakan oleh Pegawai Pergigian di sekolah berkenaan.
3.2.2.1 Bagi Aktiviti Murid Sekolah Menengah hanya melibatkan murid Tingkatan 2 dan 4 sahaja.
3.2.2.2 Aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah Kesihatan Pergigian sahaja.
4.0 Memantau Dan Merekod Pelaksanaan Aktiviti
4.1 Setelah aktiviti dilaksanakan, personel UPKP adalah bertanggungjawab memastikan semua rekod aktiviti dihantar untuk dimasukkan dalam Sistem e-Reporting.
4.1.1 Bagi laporan bulanan, JP U29/Pelatih hendaklah menyediakan Borang PKP 201 diakhir bulan tersebut.
4.1.2 Apabila selesai setiap lawatan Tadika/Prasekolah dibawah tanggungjawab, JP U32 hendaklah merekodkan tarikh lawatan dan bilangan kehadiran yang menjalani aktiviti dalam Borang PKP 202.
4.1.3 Bagi memantau liputan Tadika/Prasekolah dibawah tanggungjawab, JP U32 hendaklah melengkapkan Borang PKP 203 setiap 6 bulan.
4.1.4 Bagi Tadika yang bukan dibawah tanggungjawab/TASKA yang telah membuat lawatan, aktiviti hanya direkod dalam Borang PKP 201 bulan tersebut.
4.2 Bagi aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian yang dijalankan untuk kategori dewasa, laporan bulanan PKP 201 hendaklah dihantar pada bulan tersebut oleh JP U29/Pegawai Pergigian yang berkenaan.
4.3 Apabila semua rekod-rekod PKP diterima, JP U36 hendaklah fail dalam Fail PKP 201 mengikut kategori seperti berikut;
4.3.1 PKP 201 Pegawai Pergigian;
4.3.2 PKP 201 Jururawat Pergigian/Pelatih.
Disediakan oleh: Cik Mahani Bt Ahamad; t/t:
Disemak oleh 1: Dr.Asilatul Hana Bt Abdullah Sani; t/t:
Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi B. Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |