|
1.0 Penerimaan Dentur/Aplians Yang Bermasalah
1.1 Setelah Pakar Ortodontik (PO)/Pegawai Pergigian (PP) menerima dentur/aplians yang bermasalah, pemeriksaan hendaklah dibuat bagi mengenalpasti punca masalah dentur/aplians tersebut.
1.2 Selepas punca masalah dikenalpasti oleh PO/PP, Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP)/Pembantu Perawat Kesihatan (PPK) hendaklah mendisinfeksi terlebih dahulu dentur/aplians yang bermasalah itu dengan merujuk ’Guidelines on Infection Control in Dental Practice’ (MOH/K/GIG/20.2007(GU)) sebelum di hantar kepada JTK di makmal pergigian bersama Kad Makmal LP 6-Pin 1/86 yang baru dan lengkap butiran pesakit.
1.2.1 Sekiranya Kad Makmal LP 6-Pin 1/86 yang diterima tidak lengkap, JTK hendaklah kembalikan kepada PPP/ PPK untuk dilengkapkan dengan butiran pesakit.
2.0 Daftar Kes
2.1 Setelah menerima dentur/aplians yang bermasalah untuk pembaikan, JTK hendaklah merekodkan semua kes yang diterima ke dalam Daftar Kerja Harian PG103 pin. 3/04.
3.0 Pembaikan Dentur/Aplians
3.1 Sebelum kerja-kerja pembaikan di lakukan, JTK hendaklah menyimpan dentur/aplians tersebut di tempat yang sesuai dan selamat.
3.2 Kerja-kerja pembaikan dentur/aplians dilakukan oleh JTK mengikut arahan Pakar Ortodontik(PO)/Pegawai Pergigian (PP) seperti yang dicatatkan dalam Kad Makmal LP 6-Pin 1/86 (rujuk AK Pembaikan Dentur/Aplians (AK/PP/18)).
3.2.1 Sekiranya dentur yang sedang dibaiki menjadi lebih rosak, JTK hendaklah berbincang dengan PO/PP untuk dimaklumkan kepada pesakit dan tindakan seterusnya hendaklah direkodkan dalam Kad Makmal LP 6-Pin 1/86.
4.0 Kes Yang Telah Dibaiki
4.1 Bagi dentur/aplians yang telah dibaiki, pemeriksaan terakhir akan dilakukan pada dentur/aplians tersebut bagi memastikan ianya memenuhi piawaian yang ditetapkan.
4.2 Pemeriksaan tersebut merangkumi;
a. Ketebalan dentur;
b. Kelicinan dentur;
c. Keliangan dentur;
d. Ketajaman dentur;
e. Bebas dari semua kotoran.
4.3 Setelah pemeriksaan terakhir dilakukan dan pembaikan telah memenuhi piawaian yang ditetapkan, Kad Makmal LP 6-Pin 1/86 bagi pembaikan dentur/aplians tersebut hendaklah dicop dengan perkataan Pemeriksaan Akhir Telah Dilakukan dan ditandatangani oleh JTK berkenaan.
4.4 Bagi dentur/aplians yang telah siap diproses dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan hendaklah diletak ke dalam bekas bertutup yang berisi air dan disimpan di tempat selamat sebelum dentur tersebut diambil dari makmal pergigian oleh PPP/PPK sebelum tarikh temujanji pengisuan dentur oleh PO/PP kepada pesakit.
4.5 Dentur/aplians yang telah siap dibaiki akan direkodkan dalam Daftar Kerja Harian PG103 pin. 3/04 oleh JTK.
5.0 Isu Dentur/ Aplians
5.1 Semasa dentur/aplians diisu, PO/PP hendaklah memeriksa dentur/aplians yang diterima dan menentukan kesesuaian penggunaan dan kefungsian dentur/aplians kepada pesakit dengan menurunkan tandatangan pengesahan pada Kad Makmal LP 6-Pin 1/86.
5.1.1 Bagi pembaikan dentur/aplians yang tidak memenuhi kreteria PO/PP perlu mengenal pasti bahagian yang bermasalah dan melakarkan pada Kad Makmal LP 6-Pin 1/86 berserta arahan yang perlu dibuat oleh JTK.
5.1.2 Setelah itu PPP atau PPK hendaklah mendisinfeksi semula dentur/aplians dengan merujuk ’Guidelines on Infection Control in Dental Practice’ (MOH/K/GIG/20.2007(GU)).
5.1.3 JTK hendaklah melakukan pembaikan semula pada dentur/aplians tersebut sebagaimana arahan yang tertulis pada Kad Makmal LP 6-Pin 1/86.
5.1.4 PPP hendaklah mengembalikan Kad Makmal LP 6-Pin 1/86 kepada JTK ke makmal selepas dentur/aplians diisu kepada pesakit selewat-lewatnya pada hujung bulan tersebut.
6.0 Pemantauan Dentur/ Aplians Yang Telah Diisu
6.1 Setelah dentur/aplians yang diproses telah diisu, PO/PP hendaklah menandatangani pada Kad Makmal LP 6-Pin 1/86 dan PPP hendaklah menyerahkan kad tersebut kepada JTK untuk direkod ke dalam Daftar Kerja Harian PG103 pin. 3/04.
Disediakan Oleh 1: Nor Azri Bin Ab. Rahim; t/t:
Disediakan oleh 2: Mohd Salehfuddin Bin Mat IL; t/t:
Disemak Oleh: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:
Diluluskan Oleh:Dr. Hasenah Bt. Mod Zaki, Pengarah; t/t: |