Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PP/03 - PROSEDUR RAWATAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 30-06-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini untuk memastikan rawatan pergigian yang diberikan kepada pesakit yang hadir di Bilik Rawatan (BR) dan Klinik Khas (KK) dilaksanakan dengan berkesan.
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi semua pesakit yang datang ke BR dan KK untuk mendapatkan rawatan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Memberikan Rawatan

1.1 Berdasarkan hasil pemeriksaan dan diagnosis dari Prosedur Pemeriksaan dan Diagnosis (PK/PP/02), rawatan diberikan berdasarkan sungutan/keperluan pesakit yang telah ditentukan.

1.1.1 Rawatan yang diberikan hendaklah berdasarkan Prosedur dan Arahan Kerja (AK) berikut;

a. Prosedur Rekabentuk Dentur (PK/PP/14);

b. AK Penskaleran (AK/PP/06);

c. AK Tampalan (AK/PP/07);

d. AK Cabutan (AK/PP/08);

e. AK Rawatan Kanal Akar (AK/PP/09);

f. AK Korona dan Jambatan (AK/PP/10);

g. AK Pulpotomi dan Pulpektomi (AK/PP/11).

 

1.2 Bagi semua prosedur sebelum, semasa dan selepas rawatan, kawalan jangkitan silang hendaklah dipatuhi oleh perawat dan pembantu perawat mengikut ’Guidelines on Infection Control in Dental Practice’ (MOH/K/GIG/20.2007(GU)).

1.3 Jika tiada sungutan pada lawatan tersebut, rawatan yang diberikan hendaklah mengikut rancangan rawatan yang telah dicatat pada Kad Rawatan (L.P 8).

 

2.0 Preskripsi Ubat

2.1 Sekiranya pesakit perlu diberi ubat, Pegawai Pergigian (PP) hendaklah mengisi slip preskripsi ubat dengan lengkap dan tandatangan serta menyerahkannya kepada Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP).

2.2 Bagi Jururawat Pergigian Pelatih (Pelatih), kes dirujuk kepada PP sebelum ubat dipreskripsi.

2.2.1 Pelatih hendaklah melengkapkan butiran pesakit dalam slip preskripsi ubat. Nama pesakit hendaklah dicatat bersama dengan nombor 'Chart' (No.Simpanan Fail) untuk kemudahkesanan lokasi kad rawatan.

2.2.2. Apabila menerima slip preskipsi ubat, PPP hendaklah mendispensi ubat mengikut senarai yang tercatat dalam borang preskripsi ubat.

2.2.3. Sebelum ubat diserahkan kepada pesakit, PPP hendaklah mencatat pergerakan ubat menggunakan buku Rekod Pergerakan Ubat.

2.2.4 PPP hendaklah mengisi butiran pesakit, dos ubat-ubatan, cara pengambilan beserta nombor batch pada sampul/botol ubat.

2.2.5 Apabila menyerahkan ubat-ubatan kepada pesakit, PPP hendaklah memberi penerangan tentang pengambilan ubat yang teratur seperti arahan yang tercatat berdasarkan slip preskripsi ubat dan pada sampul/botol ubat.

2.2.6 PPP hendaklah merekodkan tarikh luput ubat-ubatan menggunakan Borang Senarai Stok Bertarikh Luput (KEW.PS-9) mengikut Tatacara Pengurusan Stor .

2.2.6.1 Ubat-ubat yang hampir tarikh luput hendaklah di’tag‘ dengan stiker berwarna seperti berikut;

2.2.6.1.1 Warna hijau bagi 3 bulan sebelum tarikh luput;

2.2.6.1.2 Warna merah bagi 1 bulan sebelum tarikh luput.

 

2.2.6.2 PPP hendaklah membuat pesanan ubat-ubatan dari Unit Stor apabila baki ubat-ubatan seperti berikut:

2.2.6.2.1 Baki ubat-ubatan berbentuk tablet atau kapsul kurang daripada 1000 biji;

2.2.6.2.2 Baki ubat-ubatan berbentuk cecair kurang daripada 50 botol; dan

2.2.5.2.3 Baki ubat-ubatan lain seperti sachet atau tube kurang daripada 20.

 

2.2.7 Setelah ubat diserah kepada pesakit, PPP hendaklah mencatatkan preskripsi ubat di Kad Rawatan (L.P.8).

 

3.0 Selesai Rawatan

3.1 Apabila selesai rawatan, pelatih/PP/PPP hendaklah memberikan khidmat nasihat diet dan tunjukajar penjagaan higin mulut kepada pesakit.

3.2 Perawat hendaklah mencatatkan butir-butir rawatan di dalam Kad Rawatan (L.P.8).

3.3 Sekiranya pesakit memerlukan rawatan susulan, tetapkan tarikh temujanji seterusnya mengikut Prosedur Temujanji (PK/PP/07).

3.4 Bagi pesakit yang memerlukan rawatan lanjut, perawat hendaklah merujuk kepada Pengajar/ Pegawai Pergigian/ Pegawai Perubatan/ Pakar Pergigian mengikut Prosedur Rujukan(PK/PP/08).

3.5 Bagi pesakit kes Ortodontik dan Dentur, pesakit hendaklah dimaklumkan untuk membuat pembayaran mengikut Prosedur Pembayaran Rawatan (PK/PT/01).

 

Disediakan oleh: Dr. Beatrice Bt Juanis; t/t:

Disemak oleh: Dr. Ahmad Termizi Bin Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr. Hasenah Binti Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  AK/PP/06 - ARAHAN KERJA PENSKALERAN
  AK/PP/07 - ARAHAN KERJA TAMPALAN
  AK/PP/08 - ARAHAN KERJA CABUTAN
  AK/PP/09 - ARAHAN KERJA RAWATAN KANAL AKAR
  AK/PP/10 - ARAHAN KERJA KORONA DAN JAMBATAN
  AK/PP/11 - ARAHAN KERJA PULPOTOMI DAN PULPEKTOMI
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drbeatrice
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti