Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/09 - PROSEDUR PENYEDIAAN PELAN INDUK PELAKSANAAN DAN JADUAL WAKTU MINGGUAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 06-07-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini menjelaskan bagaimana Pelan Induk Pelaksanaan dan Jadual Waktu Mingguan pengajaran dan pembelajaran disediakan untuk memastikan ianya dilaksanakan selaras dengan Takwim Akademik Tahunan.
Skop : Prosedur ini diguna pakai oleh Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) untuk semua kategori kursus latihan basik.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Memberi Arahan Penyediaan Pelan Induk Pelaksanaan

1.1. Timbalan Pengarah Latihan (TPL) hendaklah mengarahkan Ketua Program (KP) untuk menyediakan Pelan Induk Pelaksanaan.

1.1.1. Pelan Induk Pelaksanaan hendaklah disediakan sekurang kurangnya satu (1) bulan sebelum sesi pengajaran bagi setiap semester.

 

2.0 Menyediakan Pelan Induk Pelaksanaan

2.1 KP hendaklah berbincang bersama TPL bagi merancang aktiviti latihan untuk setiap semester berdasarkan kepada setiap kategori latihan basik iaitu kursus Diploma Kejururawatan Pergigian dan Teknologi Pergigian seperti yang ditetapkan di dalam kurikulum.

2.2 Setelah aktiviti latihan dikenalpasti, KP hendaklah menyediakan Pelan Induk Pelaksanaan berpandukan Takwim Akademik Tahunan dan kurikulum kursus.

 

3.0 Menyemak Pelan Induk Pelaksanaan

3.1 Setelah Pelan Induk Pelaksanaan disediakan, KP hendaklah menyerahkannya kepada TPL untuk disemak.

 

4.0 Membuat Pembetulan

4.1 TPL hendaklah menyerahkan semula Pelan Induk Pelaksanaan yang telah disemak kepada KP untuk tujuan pembetulan.

 

5.0 Memperaku dan Meluluskan Pelan Induk Pelaksanaan

5.1 Setelah salinan Induk Pelan Induk Pelaksanaan siap KP hendaklah menyerahkannya kepada TPL untuk pengesahan dan seterusnya hendaklah diberi kepada Pengarah untuk mendapat kelulusan.

 

6.0 Mencetak, Mengedar dan Memfailkan Jadual Waktu Mingguan

6.1 Setelah diluluskan KP hendaklah mencetak dan mengedarkan Pelan Induk Pelaksanaan kepada semua Pengajar serta mempamerkannya di papan kenyataan untuk rujukan pelatih dan lain-lain tenaga akademik.

6.2 KP hendaklah menghantar sesalinan Pelan Induk Pelaksanaan ke Bahagian Pengurusan Latihan sebelum bermula sesi pengajian bagi setiap semester.

 

7.0 Menyediakan Jadual Waktu Mingguan

7.1 KP hendaklah mengarahkan Pengajar Penyelaras (PP) untuk menyediakan Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4-BK-JADUAL-04-04) berpandukan Pelan Induk Pelaksanaan.

7.2 PP hendaklah menyediakan Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4- BK-JADUAL-04-04) untuk tempoh seminggu mengikut topik-topik yang telah ditetapkan dalam Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran.

7.3 PP hendaklah menyediakan Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4- BK-JADUAL-04-04) sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sesi pengajaran dimulakan.

7.4 PP hendaklah mengisikan butiran berikut ke dalam Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4- BK-JADUAL-04-04) (sekiranya berkaitan);

      a. Cuti am, cuti semester;

      b. Penempatan klinikal dan latihan amali;

      c. Agihan bilik kuliah;

      d. Pengajar yang terlibat;

      e.Tajuk-tajuk syarahan;

      f. Peperiksaan formatif dan sumatif;

     g. Kokurikulum; dan

     h. Kursus Induksi.

 

8.0 Menyemak Jadual Waktu Mingguan

8.1 Setelah Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4- BK-JADUAL-04-04) disediakan, PP hendaklah menyerahkan kepada KP untuk disemak.

8.2 KP hendaklah meneliti Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4- BK-JADUAL-04-04) yang disediakan untuk memastikan ianya lengkap, Sekiranya tidak lengkap,KP hendaklah menyerahkannya semula kepada PP dibuat pembetulan.

 

 

9.0 Memperaku Dan Meluluskan Jadual Waktu Mingguan

9.1 Setelah Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4-BK-JADUAL-04-04) siap PP hendaklah menyerahkannya kepada KP untuk mendapatkan pengesahan.

 

10.0 Mencetak, Mengedar dan Memfailkan Jadual Waktu Mingguan

10.1 Setelah disahkan, PP hendaklah mencetak dan mengedarkan Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4-BK-JADUAL-04-04) kepada semua tenaga akademik serta mempamerkannya di papan kenyataan yang ditetapkan.

10.2  PP hendaklah menyimpan satu salinan Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4-BK-JADUAL-04-04) di dalam Fail Induk Jadual Waktu Mingguan.

 

Disediakan oleh: Puan Siti Hawa binti Sabri; t/t:

Disemak oleh 1 : Dr. Naziah binti Ahmad Azli; t/t:

Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Siti Hawa Sabri
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti