|
1.0 Menerima Arahan Daripada Pegawai Pergigian
1.1 Apabila PPP menerima arahan daripada PP melalui catatan di kad rawatan pesakit, PPP hendaklah mendaftarkan nama pesakit ke dalam Buku Daftar Sinar-X dan Buku Penggunaan Lencana ‘Thermoluminescent dosemeters’ (TLD).
1.2 Setelah mendaftar pesakit, PPP hendaklah membawa pesakit ke bilik sinar-X.
1.3 Kemudian PPP hendaklah memakai lencana TLD dan “ON”kan suis lampu amaran radiasi.
2.0 Menyediakan Pesakit Dan Mengambil Sinar-X
2.1 Bagi memulakan prosedur pengambilan sinar-X, PPP hendaklah mematuhi langkah kawalan jangkitan silang mengikut ‘Guidelines on Infection Control in Dental Practice’ (MOH/K/GIG/20.2007(GU)) dan Garis panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; Guideline on Radiation Safety in Dentistry, Ministry of Health, Malaysia 2006.
2.2 Setelah pesakit duduk di kerusi, PPP memakaikan pesakit apron berplumbum untuk menutup leher, abdomen dan dada.
2.3 Bagi mengambil dan memproses sinar-X rujuk Arahan Kerja Pengambilan sinar-X (AK/PP/04).
2.4 Radiograf pergigian yang telah siap diambil hendaklah diserahkan kepada PP.
2.4.1 Sekiranya radiograf pergigian tidak memuaskan, PP hendaklah mengarahkan PPP mengulangi pengambilan sinar-x.
2.4.2 PP hendaklah mencatat ulangan pengambilan sinar-x di kad rawatan pesakit LP.8
2.4.3 PPP hendaklah mencatat ulangan pengambilan sinar-x di Buku Daftar Sinar-x.
3.0 Penyimpanan Radiograf
3.1 Apabila selesai rawatan, PPP dan Jururawat Pergigian Pelatih (Pelatih) hendaklah memasukkan radiograf yang telah diambil ke dalam sampul berlabel nama pesakit, tarikh diambil, gigi, nombor pendaftaran pesakit, had masa dan operator.
3.2 Seterusnya, PPP/Pelatih hendaklah mengepilkan sampul radiograf pada kad rawatan pesakit.
4.0 Pengembalian Lencana TLD
4.1 Setelah lencana TLD digunakan selama sebulan, PPP yang bertanggungjawab hendaklah menyerahkan lencana TLD tersebut kepada Jururawat Pergigian U36 (JP U36).
4.2 JP U36 hendaklah mengembalikan lencana TLD kepada Makmal Standard Dosimetri (SSDL) Agensi Nuklear Malaysia dalam masa 30 hari dari tarikh terakhir bulan sebelumnya.
4.3 Semua laporan yang diterima dari SSDL hendaklah diserahkan kepada JP U36 untuk pemantauan dos terkumpul.
4.3.1 JP U36 hendaklah memastikan PPP tidak terdedah melebihi had dos tahunan bagi dedahan seluruh tubuh seseorang iaitu 50 millisievert (msv) mengikut Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.
4.3.2 Setiap laporan hendaklah difailkan oleh PPP yang bertanggungjawab dalam Fail TLD dan disimpan di Bilik JP U36.
Disediakan oleh: Noor Aswadi b. Ismail; t/t:
Disemak oleh 1: Dr.Adilatul Hasanah bt Musa; t/t:
Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi b. Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |