|
A. PENILAIAN TEORI
1.0 Penyediaan Item/Soalan
1.1 Setelah selesai pemurnian soalan oleh AJK pengeditan dan pemilihan soalan Setiausaha Peperiksaan (SUP) hendaklah menyerahkan salinan ke empat-empat set soalan MCQ kepada Ketua Penolong Pengarah Lantikan (KPPL)/Penyelaras Peperiksaan (PP) untuk memilih soalan bagi peperiksaan formatif mengikut format yang telah ditetapkan bagi kod kursus berkaitan.
1.2 Selepas soalan dipilih oleh KPPL/PP, SUP hendaklah menyediakan header/footer mengikut jenis kertas untuk kod kursus berkenaan berserta skema jawapan.
1.2.1 SUP hendaklah menfailkan sesalinan soalan dan skema jawapan.
1.3 Setelah master copy soalan disediakan, SUP berkaitan hendaklah menguruskan pencetakan kertas soalan mengikut jumlah calon/pelatih yang diperlukan mengikut program masing-masing.
1.3.1 Kertas soalan yang telah siap dicetak, SUP hendaklah membungkus dan sealkan soalan tersebut dan disimpan di bilik kebal sehingga hari penilaian.
2.0 Pelaksanaan Penilaian Formatif Teori
2.1 Pada hari penilaian, Pengajar Subjek (PS) yang dipilih hendaklah mendapatkan kertas soalan, borang OMR dan borang-borang yang berkaitan daripada SUP dan memastikan kertas soalan yang diterima adalah betul dan bahan-bahan lain lengkap dan mencukupi.
2.2 PS hendaklah melaksanakan penilaian formatif pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.
3.0 Pemeriksaan Penilaian Formatif Teori
3.1 Setelah selesai penilaian formatif, PS hendaklah menyerahkan kertas jawapan OMR kepada SUP untuk melakukan ‘scanning’ dengan mesin OMR. Apabila selesai ‘scanning’ , markah yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke mark sheet untuk tabulasi markah formatif teori bersama dengan markah ‘formatif exercises’ dan disiplin pelatih.
3.2 Setelah siap, SUP hendaklah mengemukakan keputusan keseluruhan Kod Kursus penilaian formatif kepada Timbalan Pengarah Latihan (TPL) untuk disemak dan disahkan. Jika tiada pindaan, satu salinan keputusan hendaklah diserahkan kepada Pengajar HEP untuk dimasukkan ke format Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan di peringkat Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPL,KKM) dan satu salinan difailkan.
3.2.1 Selepas keputusan Mesyuarat Kelayakan Menduduki peperiksaan di peringkat BPL,KKM, Timbalan Pengarah Latihan hendaklah menyerahkan satu salinan markah formatif kepada SUP untuk dipaparkan pada papan kenyataan.
3.2.1.1 Markah hendaklah juga dimasukkan ke dalam tabulasi penilaian sumatif yang membawa wajaran sebanyak 30%.
B. PENILAIAN KLINIKAL (KEJURURAWATAN PERGIGIAN)
1.0 Persediaan Penilaian Formatif Klinikal
1.1 SUP hendaklah merujuk kepada Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4-BK-JADUAL-04-04) untuk melihat tarikh penilaian formatif klinikal yang telah ditetapkan.
1.2 Setelah itu, SUP hendaklah menyampaikan taklimat kepada pelatih dalam tempoh 2 minggu sebelum tarikh penilaian dijalankan.
1.3 Selain itu, SUP juga hendaklah mengedarkan borang permarkahan penilaian formatif klinikal kepada Pengajar Seksyen dan memberi arahan untuk melaksanakan penilaian mengikut jadual yang telah ditetapkan.
1.3.1 SUP memberi taklimat kepada pemeriksa yang terdiri daripada Pegawai Pergigian dan Pengajar Seksyen (bagi Tahun 2) dan kepada Pengajar Seksyen (bagi Tahun 1) mengikut keperluan.
2.0 Pelaksanaan Penilaian Formatif Klinikal
2.1 Pelatih hendaklah menunjukkan kes gigi pesakit yang telah dikenalpasti kepada Pemeriksa untuk mendapatkan kelulusan.
2.2 Sekiranya sesuai, pelatih hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti penilaian berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan.
2.3 Pada masa yang sama, Pemeriksa hendaklah mencatatkan markah dalam borang permarkahan penilaian formatif klinikal.
2.4 Apabila selesai proses penilaian, Pemeriksa hendaklah menyerahkan borang permarkahan penilaian formatif klinikal yang telah lengkap diisi kepada Pengajar Seksyen untuk dikumpulkan.
2.5 Setelah semua kumpulan pelatih selesai melaksanakan penilaian, Pengajar Seksyen hendaklah mengemukakan semua borang permarkahan penilaian formatif klinikal yang lengkap kepada SUP.
2.6 SUP hendaklah masukkan markah yang diperolehi ke mark sheet untuk tabulasi bersama-sama dengan markah formatif teori seperti pada prosedur Pemeriksaan Penilaian Formatif Teori para 3.2
C. PENILAIAN PRAKTIKAL (TEKNOLOGI PERGIGIAN)
1.0 Penyediaan Soalan/Item Penilaian Formatif Praktikal
1.1 PS hendaklah merujuk kepada tarikh Peperiksaan Formatif Praktikal bagi subjek masing-masing di dalam Pelan Induk Pelaksanaan (PIP) dan Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4-BK-JADUAL-04-04)
1.2 Berpandukan kepada Panduan Mengajar dan Kurikulum, PS hendaklah menentukan jenis item/kaedah penilaian yang bersesuaian bagi subjek masing-masing.
1.3 Setelah ditentukan, PS hendaklah menyediakan soalan penilaian praktikal yang bersesuaian dengan latihan amali yang telah dipelajari oleh pelatih.
1.3.1 PS hendaklah menguruskan pencetakan kertas soalan mengikut jumlah pelatih/calon dan menyerahkan satu salinan soalan beserta kriteria permarkahan kepada SUP untuk difailkan.
2.0 Pelaksanaan Penilaian Formatif Praktikal
2.1 Sebelum penilaian dimulakan, PS hendaklah memastikan kesemua bahan atau peralatan mencukupi dan melaksanakan penilaian pada tarikh dan jangkamasa yang ditetapkan.
2.1.1 Calon hendaklah membuat kerja-kerja praktikal mengikut arahan soalan sehingga ke peringkat yang diperlukan.
3.0 Pemeriksaan Penilaian Formatif Praktikal
3.1 PS dan seorang Pengajar lain yang dipilih oleh PS sebagai pemeriksa hendaklah memeriksa hasil kerja pelatih mengikut kriteria yang disediakan.
3.1.1 Pemeriksa hendaklah mencatatkan markah ke dalam format penilaian formatif praktikal untuk diserahkan kepada SUP selewat-lewatnya seminggu dari tarikh penilaian dijalankan.
3.1.2 Setelah menerima markah dari pemeriksa, SUP hendaklah masukkan markah yang diperolehi ke mark sheet untuk tabulasi bersama-sama dengan markah formatif teori seperti pada prosedur Pemeriksaan Penilaian Formatif Teori para 3.2
Disediakan oleh 1: Puan Zaleha binti Hashim; t/t:
Disediakan oleh 2:En. Yee Khee Sin; t/t:
Disemak oleh 1: Dr. Naziah binti Ahmad Azli; t/t:
Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr. Hasenah binti Mod. Zaki, Pengarah; t/t: |