Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PT/14 - PROSEDUR PERANCANGAN SUMBER

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 04-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini diwujudkan bagi memastikan sumber-sumber bagi aktiviti Perkhidmatan, Latihan dan Pengurusan adalah mencukupi dan memenuhi kepuasan pelanggan.
Skop : Prosedur ini meliputi perancangan manusia dan sumber infrastruktur untuk digunapakai bagi semua unit di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM).
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Mengenalpasti Keperluan Infrastruktur/Peralatan Aset Perubatan & Bukan Perubatan

1.1 Semasa pembentangan anggaran belanja mengurus iaitu pada bulan Oktober, mengenalpasti infrastruktur/peralatan melalui Ketua Program di Unit Latihan, Unit Perkhidmatan dan Unit Pengurusan. Mengumpulkan laporan prestasi pencapaian program yang akan dikendalikan oleh Pengarah, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan) & Timbalan Pengarah (Latihan).

 

2.0 Mengedar Borang Permohonan Keperluan Aset & Bukan Aset

2.1 Apabila menerima arahan dari Pengarah, Penolong Pegawai Tadbir (PPT) akan mengedarkan Borang Permohonan Aset Perubatan & Bukan Perubatan kepada semua Ketua Program dan Ketua Unit dalam minggu 1 bulan Oktober untuk mereka memberi justifikasi infrastruktur/peralatan dan yang berkaitan dengan pengurusan dan aktiviti yang menyokong perjalanan di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia.

2.2 Borang Permohonan Aset Perubatan & Bukan Perubatan memerlukan maklumat-maklumat seperti berikut:

(a) Unit;

(b) Mengenalpasti jumlah pelatih yang akan menggunakan peralatan yang diperlukan(Kategori pelatih);

(c) Mengenalpasti peralatan/ aset yang diperlukan; (anggaran kos/budget, jumlah unit, kegunaan dan justifikasi);

(d) Keperluan sumber lain; dan

(e) Dicadangkan oleh dan tarikh.

 

3.0 Borang Yang Telah dilengkapkan

3.1 Apabila menerima Borang Permohonan Aset Perubatan & Bukan Perubatan yang lengkap, setiap Timbalan akan mengenalpasti permohonan, infrastruktur, peralatan yang diperlukan dan sumber-sumber lain yang ada kaitan dengan pengurusan di PPKK & KLPM untuk tahun akan datang dan mencatatkan butir-butir yang berkaitan di dalam borang tersebut mengikut kepentingannya.

3.1.1 Dengan memberi keutamaan peralatan dan sumber lain yang mustahak atau penting pada dasarnya untuk pengurusan Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia perlu dikenalpastikan dan dicadangkan dalam Borang Permohonan Aset Perubatan & Bukan Perubatan.

 

3.2 Borang Permohonan Aset Perubatan & Bukan Perubatan akan dibuat penilaian oleh Pengarah sebelum 31 Oktober.

 

4.0 Menyenarai Pendek Cadangan

4.1 Apabila menerima Borang Permohonan Aset Perubatan & Bukan Perubatan dari Timbalan Pengarah (Perkhdimatan) dan Timbalan Pengarah (Latihan), Ketua Unit Pengurusan akan mengumpulkan semua maklumat dan data dari Borang Permohonan Aset Perubatan & Bukan Perubatan dan menyenarai pendekkan dalam format ringkasan Keperluan Aset & Bukan Aset yang merangkumi perkara-perkara berikut:

(a) Senarai nama aset yang dipohon dan jumlah kuantiti;

(b) Peralatan mengikut Unit, jumlah dan anggaran kos;

(c) Sumber-Sumber lain.

 

5.0 Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

5.1 Pengarah akan membentangkan cadangan yang perlu diluluskan bergantung kepada keperluan mendesak pada kemampuan PPKK & KLPM.

5.1.1 Bagi cadangan yang telah diluluskan, pihak pentadbiran akan melengkapkan sumber-sumber tersebut berdasarkan senarai pendek dalam format Keperluan Aset Perubatan & Bukan Perubatan untuk dikemukakan kepada Pengarah untuk pengesahan dan untuk di mengemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pertimbangan dan kataputus pihak atasan.

 

6.0 Menyalurkan Sumber-Sumber

6.1 Apabila permohonan telah diluluskan, pihak pengurusan hendaklah memastikan sumber-sumber berikut diperolehi pada tahun yang akan datang berdasarkan pada waran yang diluluskan.

 

Disediakan oleh: Pn Fauziah Fakurudin; t/t:

Disemak oleh: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr.Hasenah Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  fauziah
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti