Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PP/04 - PROSEDUR PENGURUSAN PENGANGKUTAN MURID SEKOLAH

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 30-11-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini membolehkan pengurusan pengangkutan murid-murid sekolah ke institusi dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi semua Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP), pemandu dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) untuk membawa murid-murid sekolah bagi tujuan latihan klinikal Jururawat Pergigian Pelatih.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Menentu dan Merancang Pesakit Sekolah

1.1   Sebelum menyediakan Jadual Rawatan Pergigian Bagi Sekolah-sekolah di Bawah KLPM (BK/PP/09), Jururawat Pergigian U32 (JP U32) hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Takwim Persekolahan bagi memastikan pesakit sekolah tidak terlibat dengan sebarang aktiviti sekolah agar mereka boleh dibawa ke institusi.

         1.1.1   Bagi mengelakkan berlakunya pembatalan pesakit sekolah, setiap maklumat mengenai aktiviti sekolah yang diperolehi melalui takwim persekolahan akan dicatat di dalam Jadual Penggiliran Pesakit Sekolah. 

1.2 Setelah dipastikan tiada aktiviti sekolah, JP U32 hendaklah menyediakan jadual tersebut dan setelah siap, JP U32 hendaklah mengedarkannya kepada pelatih selewat-lewatnya minggu pertama bulan semasa bagi jadual bulan berikutnya.

 

2.0 Memaklumkan Kepada Pihak Sekolah

2.1   Setelah jumlah/bilangan pesakit sekolah diperolehi melalui Borang Rawatan Pergigian Untuk Murid-Murid Sekolah (BK/PP/10), JP U32 hendaklah memaklumkan kepada Guru Kesihatan Sekolah atau Guru Hal Ehwal Pelajar mengenai tarikh temujanji untuk membawa pesakit sekolah ke institusi melalui surat rasmi selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh temujanji yang akan dihantar melalui serahan tangan.

        2.1.1 Pembantu Pembedahan Pergigian(PPP) hendaklah menghantar surat ke sekolah selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh temujanjiBuku Serahan Tangan hendaklah di cop dan ditandatangan oleh penerima/wakil penerima setelah menyerahkan surat tersebut.

        2.1.2 Satu salinan surat hendaklah difail di dalam Fail Program Pesakit Sekolah

 

3.0 Menentu dan Merancang Keperluan Pengangkutan

3.1   JP U32 hendaklah merujuk kepada Jadual Rawatan Pergigian Bagi Sekolah-sekolah di Bawah KLPM (BK/PP/09) dan Borang Rawatan Pergigian Untuk Murid-Murid Sekolah (BK/PP/10) yang telah dihantar oleh pelatih Jururawat Pergigian selewat-lewatnya dua minggu lebih awal dari tarikh rawatan bagi menentukan dan merancang keperluan pengangkutan serta personel yang terlibat.

         3.1.1   Bagi penggunaan bas, bilangan pesakit yang hendak diambil adalah melebihi 40 orang.

                     3.1.1   Bagi sekolah yang tiada laluan untuk bas, 2 bas mini akan digunakan.

         3.1.2   Sekiranya bilangan pesakit melebihi 20 orang, kenderaan yang digunakan adalah bas mini.

         3.1.3   Van akan digunakan bagi bilangan pesakit di bawah 20 orang.

         3.1.4   JP U32 perlu menyemak borang berkaitan bagi memastikan Jadual Rawatan Pergigian Bagi Sekolah-sekolah di Bawah KLPM (BK/PP/09) diikuti.

 

4.0 Menyediakan Jadual Bertugas

4.1  Setelah dipastikan semua maklumat betul, JP U32 akan mengeluarkan Jadual Pemandu, PPP dan PPK Mengambil Murid Sekolah (BK/PP/11) kepada pemandu, PPP dan PPK seminggu lebih awal dari tarikh rawatan yang sebenar.

       4.1.1   Jadual bertugas yang telah ditandatangani oleh JP U32 dan disahkan oleh Penyelia Jururawat Pergigian U36 akan diagihkan kepada setiap personel yang terlibat.

 

5.0 Memantau Kelancaran Sistem Pengurusan Pengangkutan Murid Sekolah

5.1   JP U32 hendaklah memastikan pesakit sekolah yang dibawa ke institusi sampai sebelum pukul 9.00 pagi untuk sesi pagi dan sebelum pukul 2.00 petang bagi pesakit sesi petang.

         5.1.1   Pemantauan untuk memastikan kenderaan sampai ke institusi seperti yang ditetapkan hendaklah dilakukan oleh JP U32 pada setiap pagi dan petang dengan mencatatkan butiran yang diperlukan dalam Log Pemantauan Pencapaian Objektif Kualiti Pengurusan Pengangkutan Murid Sekolah.

 

5.2   JP U32 hendaklah menyemak jadual bertugas sama ada telah ditandatangani oleh personel yang diarahkan pada awal pagi dan petang bagi setiap pengambilan dan penghantaran murid sekolah sesi pagi dan petang bertujuan mendapatkan penggantinya, sekiranya perlu.

         5.2.1   Personel yang bertugas hendaklah memaklumkan kepada JP U32 selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh bertugas jika sekiranya tidak dapat bertugas pada hari berkenaan dan JP U32 hendaklah mendapatkan penggantinya.

 

5.3 Jadual bertugas yang telah ditandatangan akan dikumpul dan difailkan oleh JP U32 dalam fail Jadual Pengurusan Pengangkutan Murid Sekolah.

 

6.0 Penyemakan Semasa Pengambilan dan Penghantaran

6.1   Semasa pengambilan dan penghantaran murid sekolah, PPP dan PPK yang bertugas hendaklah menyemak butiran pesakit untuk memastikan pesakit yang diambil dan dihantar menepati senarai nama murid seperti dalam Borang Rawatan Pergigian Untuk Murid-Murid Sekolah (BK/PP/10).

 

Disediakan oleh: Cik Sarojini a/p Sivagananam; t/t:

Disemak oleh: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BK/PP/09 - JADUAL RAWATAN PERGIGIAN BAGI SEKOLAH DI BAWAH KLPM
  BK/PP/10 - BORANG RAWATAN PERGIGIAN UNTUK MURID SEKOLAH
  BK/PP/11 - JADUAL PK,PPP,PPK MENGAMBIL MURID SEKOLAH
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Sarajoni a/p Sivagananam
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti