Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/03 - PROSEDUR PENGENDALIAN DAN PENYAMPAIAN SYARAHAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 21-02-2012
Objektif Prosedur : Prosedur ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pengendalian dan penyampaian syarahan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan selaras dengan kurikulum.
Skop : Prosedur ini digunapakai di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) dalam pengendalian dan penyampaian syarahan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Menyediakan Pelan Mengajar

1.1 Sebelum menyedia Pelan Mengajar, Pegawai Pergigian (PP)/Pengajar (P)/Pensyarah Jemputan (PJ) hendaklah merujuk kepada Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4-BK-JADUAL-04-04) bagi memastikan kumpulan pelatih, tarikh dan masa yang ditetapkan.

1.1.1 Sebaik sahaja menerima Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4-BK-JADUAL-04-04, PP/P/PJ hendaklah merujuk Panduan Mengajar bagi memastikan tajuk, skop,  tempoh masa, objektif pembelajaran dan tahap pembelajaran sesuatu topik yang diajar.

1.1.1.1 Bagi memastikan kandungan pengajaran mencapai tahap yang diperlukan PP/P/PJ hendaklah merujuk kepada buku-buku rujukan yang relevan dan diterimapakai dalam bidang-bidang tertentu.

1.2 Semasa menyediakan pelan mengajar PP/P/PJ hendaklah menggunakan Borang Pelan Mengajar (Lampiran 1-BK–KULIAH/AMALI–08.1-01) mengikut kurikulum.

1.2.1 Setiap Borang Pelan Mengajar (Lampiran 1-BK–KULIAH/AMALI–08.1-01 hendaklah disertakan dengan isi kandungan/cetakan power point presentation dan dibuat sebanyak 2 salinan.

1.1.2.1 Sesalinan hendaklah difailkan di bilik Timbalan Pengarah Latihan (TPL)/ Ketua Program (KP) dan sesalinan hendaklah difailkan oleh PP/P/PJ yang terlibat.

1.3 Semua PP/P/PJ hendaklah menyerahkan Borang Pelan Mengajar (Lampiran 1-BK–KULIAH/AMALI–08.1-01) yang telah disediakan kepada TPL/KP untuk semakan dan kelulusan seminggu sebelum tarikh syarahan diadakan.

 

2.0 Menyemak Dan Meluluskan Pelan Mengajar

2.1 Setelah menerima Borang Pelan Mengajar (Lampiran 1-BK–KULIAH/AMALI–08.1-01) daripada PP/P/PJ, TPL/KP hendaklah menyemak berdasarkan kepada Panduan Mengajar dan keperluan kurikulum yang telah ditetapkan.

2.1.1 Sekiranya tidak menepati Panduan Mengajar, TPL/KP hendaklah mengembalikan Borang Pelan Mengajar (Lampiran 1-BK–KULIAH/AMALI–08.1-01) kepada Pegawai Pergigian/Pengajar yang berkenaan untuk penambahbaikan.

2.1.2 Sekiranya memenuhi keperluan, TPL/KP hendaklah meluluskan dan menandatangani Borang Pelan Mengajar (Lampiran 1-BK–KULIAH/AMALI–08.1-01) tersebut.

2.1.3 Setelah TPL/KP menyemak dan mengesahkan, sesalinan Borang Pelan Mengajar (Lampiran 1-BK–KULIAH/AMALI–08.1-01) hendaklah diserahkan kembali kepada PP/P/PJ berkaitan bagi tujuan implimentasi dan sesalinan difailkan di bilik TPL/KP.

 

3.0 Membuat Persediaan Sebelum Sesi Syarahan

3.1 Pengajar Penyelaras (PP) hendaklah merujuk Jadual Waktu Mingguan (Lampiran 4-BK-JADUAL-04-04) dan menempah bilik kuliah secara block booking.

3.2 Sebelum sesi syarahan, PP/P/PJ hendaklah menempah alat bantuan mengajar dengan menggunakan Borang Tempahan Bilik Dan Peralatan Pandang Dengar (BK/PP/19) dan menyediakan sumber/bahan yang bersesuaian.

 

4.0 Melaksanakan Sesi Syarahan

4.1 Sebelum memulakan sesi syarahan, PP/P/PJ hendaklah memastikan kehadiran pelatih dengan menggunakan Borang Kehadiran Kuliah/ Amali/ Tutorial (Lampiran D).

4.1.1 Semua alat bantuan mengajar yang disediakan, hendaklah dipastikan berfungsi dengan baik.

4.2 Setelah mengesahkan kehadiran pelatih dan keadaan alat bantuan mengajar, PP/P/PJ hendaklah melaksanakan syarahan mengikut pelan mengajar yang telah diluluskan.

 

5.0 Pengurusan Selepas Sesi Syarahan

5.1 Sebaik sahaja selesai sesi syarahan, PP/P/PJ hendaklah menyerahkan Borang Kehadiran Kuliah/Amali/Tutorial (Lampiran D) yang telah dilengkapkan bagi sesi/hari berkenaan kepada Pengajar Penyelaras.

5.2 Disamping itu, PP/P/PJ hendaklah melengkapkan dan menyerahkan Laporan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran 4 -BK-KULIAH/TUTORIAL-08.1-04) kepada Pengajar Penyelaras.

5.2.1 Setelah menerima Laporan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran 4 -BK-KULIAH/TUTORIAL-08.1-04), Pengajar Penyelaras hendaklah menyerahkan kepada KP untuk membuat ulasan.(Sekiranya ada aduan pada laporan)

5.2.2 Sebaik sahaja menerima laporan tersebut, KP hendaklah memberi ulasan dan kemudian menyerahkannya kepada Pengajar Penyelaras untuk difailkan dalam fail Laporan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

5.2.3 Sekiranya terdapat pelatih yang tidak hadir, KP hendaklah mengambil tindakan yang bersesuaian seperti berikut:

         a. Pelatih yang ada alasan munasabah seperti cuti sakit; atau 

         b. Jika sebab ketidakhadiran tidak diterima atau berulang, KP hendaklah memaklumkan kepada Pengajar Hal Ehwal Pelatih (HEP) untuk mengambil tindakan mengikut prosedur dalam BPL.KKM.PK (P) 01: Khidmat Nasihat dan/atau BPL.KKM.PK (P) 03: Pengurusan Tindakan Tatakelakuan.

5.3 Semua cuti sakit dan tindakan yang telah diambil, HEP hendaklah memastikan ianya direkodkan ke dalam fail peribadi pelatih bagi menentukan status kelayakan pelatih untuk menduduki peperiksaan akhir.

 

Disediakan oleh: En.Yee Khee Sin; t/t:

Disemak oleh 1: Dr.Naziah Ahmad Azli; t/t:

Disemak oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BK/PP/19 - BORANG TEMPAHAN BILIK DAN PERALATAN PANDANG DENGAR
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Yee Khee Sin
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti