|
1.0 Menerima Borang Tempahan Kenderaan
1.1 Bagi personel yang hendak menggunakan kenderaan jabatan perlulah mengisi Borang Permohonan Menggunakan Kenderaan Jabatan (BK/PT/08) kemudian diserahkan kepada Pembantu Tadbir Y/M (PT) bagi mendapatkan kelulusan Ketua Unit (KU).
1.2 Bagi permohonan untuk menggunakan bas jabatan, borang permohonan mestilah dimajukan kepada Jururawat Pergigian (JPU32) untuk kelulusan.
1.3 PT/JPU32 yang menerima borang tempahan kenderaan hendaklah memastikannya adalah untuk penggunaan rasmi sahaja.
1.4 PT/JP U32 hendaklah menyemak jadual bertugas para pemandu supaya tiada pertindihan tugas berlaku pada tarikh dan waktu kegunaan tersebut.
2.0 Kelulusan Penggunaan Kenderaan Jabatan
2.1 Setelah semakan dibuat dan tiada pertindihan berlaku, PT akan memajukan permohonan tersebut kepada Pembantu Tadbir Kanan (PTK) / Penolong Pegawai Tadbir (PPT) untuk kelulusan.
2.2 Bagi permohonan menggunakan bas jabatan, JP U32 akan meluluskan sendiri dan menentukan pemandu serta bas jabatan tersebut.
2.3 Sekiranya permohonan itu diluluskan, PT akan menentukan jenis kenderaan beserta pemandu.
2.4 PT/JPU32 akan memastikan supaya pemandu menjalankan tugas pada masa dan waktu yang telah ditetapkan.
2.5 Pemandu akan menerima arahan daripada PT/JPU32 bersama-sama dengan salinan fotostat Borang Permohonan Menggunakan Kenderaan Jabatan (BK/PT/08) untuk tindakan dan makluman pemandu terbabit.
2.6 Salinan asal Borang Permohonan Menggunakan Kenderaan Jabatan (BK/PT/08) hendaklah difailkan oleh PT/JPU32.
3.0 Penggunaan Kenderaan Jabatan
3.1 Setelah mendapat arahan, pemandu hendaklah memastikan kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan baik seperti tiada kerosakan dan kandungan minyak yang mencukupi.
3.2 Sekiranya minyak tidak mencukupi pemandu hendaklah mengambil kad inden minyak daripada PT dan direkod dalam buku rekod inden minyak.
3.3 Setelah pengisian minyak dilakukan semasa atau sebelum kenderaan tersebut digunakan, pemandu mestilah menyerahkan resit minyak kepada PT untuk rekod simpanan dan ianya akan direkod ke dalam Buku Log kenderaan.
4.0 Kerosakan Kenderaan
4.1 Jika berlaku kerosakan pada kenderaan, pemandu mestilah mengisi Borang Laporan Kerosakan Kenderaan Jabatan(BK/PT/09) dan diserahkan kepada PT untuk tindakan selanjutnya.
4.2 Apabila menerima Borang Laporan Kerosakan Kenderaan Jabatan (BK/PT/09), PT akan memaklumkan kepada PTK/PPT untuk mendapatkan kelulusan bagi menghantar kenderaan tersebut ke bengkel swasta ataupun JKR bagi tujuan pembaikan/penyelenggaraan.
4.3 Setelah pembaikan/penyelenggaraan dibuat, pemandu akan memastikan kenderaan tersebut betul-betul dibaiki dan memuaskan tahap pembaikannya. Selepas itu pemandu akan menandatangani Borang Laporan Kerosakan Kenderaan Jabatan (BK/PT/09) bagi mengesahkan pembaikan telah dilakukan dengan sempurna.
5.0 Butiran Perjalanan
5.1 Apabila sesuatu perjalanan dilakukan oleh pemandu dengan kenderaan jabatan, pemandu hendaklah merekod butiran perjalanan kedalam Buku Log dan perlu ditandatangani oleh pengguna.
6.0 Laporan Bulanan
6.1 Setiap pemandu hendaklah menghantar Buku Log kepada PT dengan merekod jumlah perjalanan, jumlah pengisian minyak dan pembaikan pada setiap bulan untuk disemak.
6.2 Satu salinan didalam Buku Log tersebut akan difaikan oleh PT.
6.3 PT hendaklah menghantar Laporan Bulanan Kenderaan ke Bahagian Pengurusan Latihan (ILKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia pada setiap tiga (3) bulan sekali.
Disediakan oleh 1: En. Muhamad Amin Bin Ramlee; t/t:
Disediakan oleh 2: Pn. Naziah bt Md. Jasin; t/t:
Disemak oleh : Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |