Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PP/11 - PROSEDUR PENENTUKURAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 03-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini adalah untuk memastikan peralatan yang memerlukan penentukuran ditentukur dalam tempoh yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan aktiviti latihan dan perkhidmatan.
Skop : Prosedur ini meliputi peralatan-peralatan yang memerlukan penentukuran yang digunakan di Pusat Pergigian Kanak Kanak dan Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM).
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Menentukan Peralatan yang Perlu ditentukur

1.1 Apabila peralatan baru diterima, Juruteknologi Pergigian Klinikal U32 hendaklah menentukan samada peralatan tersebut perlu ditentukur atau tidak .

1.1.1 Asas untuk menentukan samada peralatan perlu ditentukur bergantung kepada ‘manual guide’ peralatan tersebut dan juga bergantung kepada penggunaannya samada ianya kritikal atau tidak.

1.1.2 JTK U32 hendaklah mendaftarkan peralatan tersebut di dalam Buku Senarai Induk Penentukuran dan mendokumentasikan perkara perkara berikut:

a) Nama Peralatan;

b) Model/ Nombor Siri;

c) No Pendaftaran;

d) Lokasi;

e) Kekerapan Penentukuran;

f) Kejituan Peralatan;

g) Julat Penggunaan Normal Alat;

h) Ditentukuran oleh – Pihak dalaman/luaran.

 

1.1.3 Setelah dikenal pasti peralatan yang memerlukan penentukuran Ianya hendaklah dilabelkan dengan perkataan PENENTUKURAN.

1.1.3.1 Peralatan yang dikenalpasti;

a. X-ray unit;

b. Dumb waiter;

c. Autoklaf;

d. Light Cure Unit.

 

2 Menentukan Kejituan Alatan

2.1 Sebelum sebarang peralatan yang hendak dibeli, pengguna hendaklah menentukan kejituan peralatan yang dikehendaki dan pegawai perolehan hendaklah menempah peralatan mengikut kejituan peralatan yang dikehendaki.

2.1.1 Kejituan peralatan hendaklah didokumenkan dalam Buku Senarai Induk Penentukuran.

3 Menentukan Kekerapan Penentukuran

3.1 Bagi kekerapan penentukuran pula hendaklah ditentukan melalui operating ‘manual guide’ peralatan tersebut dan didokumenkan dalam Buku Senarai Induk Penentukuran.

3.1.1 JTK U32 hendaklah menentukan kekerapan penentukuran peralatan yang dikenalpasti.

4 Membuat Penentukuran

4.1 Apabila dikenalpasti peralatan untuk ditentukur, JTK U32 hendaklah menguruskan penentukuran sama ada ianya ditentuukur oleh pihak dalaman/luaran.

4.1.1 Dalam masa yang sama JTK U32 hendaklah memastikan peralatan yang perlu ditentukur dibuat pada selaan masa yang telah ditetapkan, dibandingkan dengan peralatan bersijil diketahui mempunyai kesahihan kaitan dengan penentukuran kebangsaan atau antarabangsa.

4.1.2 Apabila tiada piawaian wujud, Unit JTK hendaklah memastikan asas untuk penentukuran didokumentasikan.

4.2 Apabila peralatan berkenaan ditentukur dalam organisasi, peralatan itu hendaklah ditentukur oleh unit JTK yang dipertanggungjawabkan berbanding dengan peralatan yang telag ditentukur atau yang mempunyai sijil penentukuran makmal luaran.

4.2.1 Sekiranya penentukuran perlu dibuat oleh pihak luaran, pihak syarikat perlu member sebutharga dan JTK U32 hendaklah mendapat kelulusan dari Pengarah sebelum Pesanan Tempatan dikeluarkan.

4.3 Setelah pesanan tempatan dikeluarkan, pihak syarikat hendaklah membuat penentukuran ke atas peralatan berkenaan di premis kolej dengan diwakili oleh seorang JTK semasa membuat kerja-kerja penentukuran.

4.3.1 Penentukuran berkenaan hendaklah mengikut arahan kerja yang ditetapkan oleh Badan Antarabangsa.

4.4 Setelah selesai penentukuran Unit JTK atau pihak syarikat hendaklah menandakan peralatan penentukuran dengan penanda atau label yang mempunyai maklumat berikut;

a. Tarikh dibuat penentukuran;

b. Tarikh tamat penentukuran;

c. Ditentukur oleh (Nama & Tandatangan).

 

4.5 Apabila penentukuran telah siap, Unit JTK atau pihak syarikat hendaklah mengisi laporan penentukuran dan diserahkan kepada JTK U32 untuk disemak.

5 Menyemak Laporan Penentukuran

5.1 Apabila menerima laporan dan sijil Penentukuran dari pihak yang menjalankan penentukuran, JTK U32 hendaklah mengira selisih atau factor pembetulan untuk setiap bacaan penentukuran dan membandingkan selisih setiap bacaan penentukuran dengan kejituan peralatan tersebut.

5.1.1 Jika didapati selisih bacaan keputusan penentukuran memenuhi kejituan peralatan berkenaan JTK U32 hendaklah menanda satu “tick” pada sisihan bacaan penentukuran sebagai bukti pemeriksaan dibuat dan mencopkan laporan tersebut dengan perkataan “Sisihan Kalibrasi disahkan Dalam Lingkungan Kejituan” dan menandatangani laporan tersebut.

5.1.2 Unit JTK hendaklah memastikan penentukuran yang dilaksanakan itu dicatit dalam KEW PA 14(Pekeliling Perbendaharaan bil 5 tahun 2007).

5.1.3 Pegawai menjaga bilik hendaklah menyerahkan Borang Kew PA 14 kepada Unit JTK bagi mencatitkan kerja kerja penentukuran yang telah dibuat.

6 Tindakan Apabila Alat Tidak Menepati Kehendak Penentukuran

6.1 Jika sisihan atau factor pembetulan peralatan yang ditentukuran melebihi kejituan yang ditetapkan, JTK U32 hendaklah menganggap peralatan berkenaan tidak menepati keperluan penentukuran.

6.1.1 JTK U32 hendaklah segera memberitahu kepada pengguna peralatan tersebut dengan menyatakan factor pembetulan untuk tindakan pengguna semasa menggunakan peralatan berkenaan.

6.2 Apabila peralatan tidak menepati keperluan penentukuran, JTK U32 hendaklah memaklumkan kepda Ketua Jabatan untuk menilai kesahihan pemeriksaan, pengukuran atau keputusan sebelumnya yang menggunakan peralatan berkenaan.

6.2.1 JTK U32 dan Ketua Jabatan hendaklah berbincang dan mengenalpasti bacaan meter yang berkenaan dari tarikh penentukuran sebelumnya sehingga penentukuran semasa.

6.2.2 Senarai bacaaan terbabit yang telah dikenalpasti hendaklah direkodkan dan diserahkan kepada Ketua Jabatan untuk dibuat keputusan sama ada dilepas dibawah konsesi atau perlu diambil tindakan berpatutan.

6.2.3 Apabila peralatan tidak boleh dilaraskan kepada ‘sisihan sifar’ atau diperbaiki maka peralatan tersebut hendaklah dilabelkan ROSAK dan perlu dihantar untuk pelarasan/pembaikan oleh Unit JTK.

7 Kawalan Selepas Penentukuran

7.1 Selepas Penentukuran dibuat, pegawai yang menjaga bilik hendaklah bertanggungjawab memastikan peralatan yang telah ditentukur, ketepatan dan kesesuian untuk penggunaannya dikekalkan semasa dalam simpanan, penggendalian atau penyelenggaraan.

7.2 Langkah-langkah berikut perlu dipertimbangkan oleh Unit JTK/Pegawai Yang Menjaga Bilik dan pengguna;

a. Mengguna dengan cermat;

b. Simpan peralatan di tempat yang betul selepas digunakan;

c. Tegakkan peralatan semasa menyimpan (Cth; Jangan senget/herot); d. Jangan guna/simpan peralatan yang telah ditentukur di tempat yang bergetar.

 

7.2.1 Bagi mengawal peralatan berkenaan dari kerosakan, pengguna hendaklah mengikuti setiap arahan kerja pengunaan peralatan tersebut dan lain –lain arahan yang diberikan oleh pembekal.

7.3 Bagi peralatan yang telah ditentukur ia hendaklah dihalang dari cubaan membuat penyelarasan yang boleh menyebabkan ketidak sahihan penentukuran.

7.3.1 Ini dapat dilakukan dengan melekatkan stiker dengan perkataan “Jangan Ubah”.

7.3.2 Pegawai yang menjaga bilik juga hendaklah melekatkan satu kenyataan bersebelahan peralatan tersebut supaya pengguna pengguna tidak membuka atau menyelaras sebarang alatan yang telah ditentukuran.

8 Penjagaan Rekod Penentukuran

8.1 Setelah selesai Penentukuran, JTK U32 hendaklah menyimpan sijil atau laporan didalam fail Penentukuran dan Buku Senarai Induk Penentukuran kesemuanya disimpan di unit JTK.

8.1.1 Rekod-rekod penentukuran hendaklah disimpan minimum 3 tahun dari tarikh luput penentukuran peralatan tersebut.

 

Disediakan Oleh: En. Mohan a/l M Bala; t/t:

Disemak Oleh 1: Dr.Asilatul Hana Abdullah Sani ; t/t:

Disemak Oleh 2: Dr. Siti Salwa binti Idris; t/t:

Diluluskan Oleh:Dr. Hasenah bt. Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Mohan A/L M.Bala
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti