Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PP/13 - PROSEDUR PEMBUATAN DENTUR/APLIANS

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 30-06-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang diambil oleh Juruteknologi Pergigian Klinikal (JTK) semasa pembuatan dentur/aplians bagi memenuhi keperluan aktiviti latihan dan perkhidmatan.
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi pembuatan dentur/aplians di makmal pergigian Pusat Pergigian Kanak-kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM).
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Penerimaan Impresi Bersama Kad Makmal

1.1 Setelah impresi diambil oleh Pakar Ortodontik(PO) atau Pegawai Pergigian (PP), Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP)/Pembantu Perawat Kesihatan (PPK) hendaklah mendisinfeksi terlebih dahulu impresi tersebut dengan menggunakan bahan disinfeksi yang sesuai mengikut ’Guidelines on Infection Control in Dental Practice’ (MOH/K/GIG/20.2007(GU)).

1.1.1 Selepas itu impresi tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam pek steril dan ditutup dengan rapi dan dihantar segera ke makmal bersama Kad Makmal LP 6-Pin 1/86 (Kad Makmal LP 6) yang lengkap butiran pesakit kepada JTK di makmal pergigian.

1.1.2 Sekiranya kad makmal yang diterima tidak lengkap, ianya hendaklah dikembalikan kepada PPP/PPK untuk dilengkapkan.

 

2.0 Daftar Kes

2.1 Setelah itu JTK hendaklah merekodkan kes yang diterima ke dalam Daftar Kerja Harian PG103 pin. 3/04.

 

3.0 Pembuatan Dentur/Aplians

3.1 JTK hendaklah melakukan kerja-kerja makmal mengikut arahan PO/PP yang dicatatkan dalam Kad Makmal LP 6.

3.1.1 Bagi pembuatan dentur penuh, rujuk kepada AK/PP/12;

3.1.2 Bagi pembuatan dentur sebahagian, rujuk kepada AK/PP/14;

3.1.3 Bagi pembuatan aplians, rujuk kepada AK/PP/19.

 

4.0 Label Dentur Penuh

4.1 Semua dentur penuh atas dan bawah tidak termasuk aplians hendaklah dilabel dengan menggunakan keseluruhan nombor kad pengenalan pesakit dan diikuti dengan '.my' semasa dalam proses atau selepas proses pembuatan dentur penuh merujuk kepada AK Melabel Dentur (AK/PP/13).

 

5.0 Dentur/aplians Yang Telah Siap

5.1 Sebelum JTK merekodkan kesemua kes yang telah siap diproses ke dalam Daftar Kerja Harian PG103 pin. 3/04, pemeriksaan terakhir hendaklah dilakukan bagi memastikan dentur tersebut bebas daripada segala kecacatan.

5.2 Pemeriksaan tersebut merangkumi:

a) Ketebalan;

b) Ketajaman;

c) Kelicinan;

d) Keliangan;

e) Bebas dari segala kotoran.

 

5.3 Setelah itu Kad Makmal LP 6 bagi dentur/aplians yang telah dibuat pemeriksaan mestilah dicop oleh JTK dengan perkataan Pemeriksaan Akhir Telah Dilakukan dan ditandatangani oleh JTK berkenaan sebelum dentur tersebut diambil oleh PPP atau PPK untuk diisu oleh PO/PP kepada pesakit.

5.4 Sekiranya dentur/aplians tersebut mempunyai kecacatan,pembaikan perlu dilakukan (rujuk kepada Prosedur Pembaikan Dentur / Aplians; PK/PP/15).

5.5 Bagi dentur/aplians yang telah siap diproses dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan hendaklah disimpan ke dalam bekas tertutup yang berisi air serta berlabel dan diletak di tempat yang selamat sebelum dentur/aplians tersebut diambil dari makmal pergigian oleh PPP/PPK sebelum tarikh temujanji pengisuan dentur/aplians oleh PO/PP kepada pesakit.

 

6.0 Pemantauan Dentur / Aplians Yang Telah Diisu

6.1 Semasa dentur/aplians diisu, PO/PP hendaklah memeriksa dentur/aplians yang diterima dan menentukan kesesuaian penggunaan dan kefungsian dentur/aplians kepada pesakit dengan menurunkan tandatangan pengesahan pada Kad Makmal LP 6.

6.2 Setelah dentur/aplians yang diproses telah diisu, PO/PP hendaklah menandatangani ke dalam Kad Makmal LP6 dan PPP hendaklah menyerahkan kad tersebut kepada JTK untuk di rekod ke dalam Daftar Kerja Harian PG 103 Pin 3/04.

6.2.1 Sekiranya dentur/aplians yang telah siap dibuat tetapi tidak dituntut oleh pesakit dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh diisu, dentur/aplian tersebut akan dilupuskan.

 

7.0 Rawatan Selepas Dentur Diisu

7.1 Sekiranya terdapat masalah atau ketidakselesaan selepas pemakaian dentur/aplians, pembaikan dentur/aplians hendaklah dilakukan(rujuk kepada Prosedur Pembaikan Dentur / Aplians; PK/PP/15).

 

Disediakan oleh 1: Nor Azri Bin Ab. Rahim; t/t:

Disemak Oleh: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:

Diluluskan Oleh: Dr. Hasenah Bt. Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  AK/PP/12 - ARAHAN KERJA PEMBUATAN DENTUR PENUH
  AK/PP/13 - ARAHAN KERJA MELABEL DENTUR
  AK/PP/14 - ARAHAN KERJA PEMBUATAN DENTUR SEBAHAGIAN
  AK/PP/19 - ARAHAN KERJA PEMBUATAN APLIANS
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Nor Azri Abd Rahim
Mohd.Salehfuddin Mat Il
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti