Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PT/06 - PROSEDUR PELUPUSAN ASET

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 15-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini membolehkan aset-aset yang rosak, aset yang tidak boleh dibaiki atau aset yang tidak diperlukan lagi dikeluarkan dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.
Skop : Prosedur ini terpakai untuk semua aset yang perlu dilupuskan atas sebab-sebab berikut di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia ( PPKK & KLPM ); a. Usang; b. Tiada alat ganti; c. Melebihi keperluan; d. Tidak ekonomi dibaiki; e. Perubahan teknologi; f. Luput tempoh penggunaan; g. Rosak dan tidak boleh digunakan; h. Tidak lagi diperlukan oleh jabatan; i. Disyorkan selepas pemeriksaan aset; j. Keupayaan aset tidak lagi diperingkat optimum; k. Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Penyediaan Jadual Pelupusan

1.1 Bagi menjalankan proses pelupusan, AJK Pelupusan hendaklah menyediakan Jadual Pelupusan (BK/PT/13) iaitu tarikh/jangkamasa bagi pegawai yang menjaga bilik (Peg. Y/M bilik) menyerahkan Borang Pelupusan (BK/PT/18) kepada PT Pelupusan pada bulan Januari tahun berkenaan.

 

2.0 Pengedaran Jadual Pelupusan

2.1 Setelah jadual disediakan, PT Pelupusan hendaklah menyediakan memo edaran Jadual Pelupusan (BK/PT/13) tersebut untuk diedarkan kepada semua pegawai yang menjaga bilik (peg. y/m bilik) mengikut senarai edaran.

2.2 Semasa Jadual Pelupusan (BK/PT/13) diedarkan, PT Pelupusan hendaklah memastikan kesemua peg. y/m bilik menandatangani memo penerimaan jadual tersebut.

 

3.0 Penerimaan Senarai Aset Yang Hendak Dilupuskan

3.1 Bagi aset yang hendak dilupuskan, peg. y/m bilik hendaklah melengkapkan Borang Pelupusan (BK/PT/18 ) dan diserahkan kepada PT Pelupusan.

3.2 Sekiranya AJK Pelupusan tidak menerima senarai aset untuk dilupuskan, memo peringatan akan dikeluarkan kepada peg. y/m bilik 2 minggu selepas tarikh di Jadual Pelupusan.

3.3 Sekiranya Borang Pelupusan (BK/PT/18) diterima, PT Pelupusan hendaklah mengumpulkan aset tersebut kepada jenis harta modal dan inventori di dalam borang KEW. PA-17.

 

4.0 Permohonan Mendapatkan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) KEW. PA- 16

4.1 Bagi aset harta modal, AJK Pelupusan hendaklah mendapatkan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) KEW. PA-16 daripada pegawai yang bertanggungjawab.

4.2 Setelah AJK Pelupusan kenalpasti pegawai yang bertanggungjawab mengeluarkan KEW. PA- 16, satu surat panggilan hendaklah dikeluarkan kepada pegawai berkenaan sepertimana mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan Garispanduan Pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan KEW. PA – 16 Khusus bagi Peralatan Pergigian dan Perkakasan Komputer di Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat KK/BKP 10/536/36 Jld.4 (sk.3)(3) bertarikh 11 Febuari 2009.

4.3 Sebelum pemeriksaan dijalankan, AJK Pelupusan hendaklah memastikan aset tersebut dikumpulkan (iaitu bagi aset kecil yang boleh dialihkan) di bilik pelupusan berserta dokumen-dokumen berikut disediakan bagi rujukan pegawai berkenaan:

a) Salinan kad KEW. PA 2/3 atau;

b) Salinan kad KEW. 312/313.

4.4 Semasa pemeriksaan dijalankan, AJK Pelupusan hendaklah membantu pegawai berkenaan mengenalpasti aset berkaitan berserta kad KEW.PA atau KEW. aset tersebut.

4.5 Setelah pemeriksaan selesai dijalankan, KEW. PA-16 hendaklah diterima dalam tempoh dua minggu daripada tarikh pemeriksaan sepertimana mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007.

4.6 Sekiranya KEW. PA-16 tidak diterima dalam jangkamasa yang ditetapkan , PT Pelupusan hendaklah mengeluarkan surat peringatan kepada pegawai yang bertanggungjawab mengeluarkan KEW. PA-16 tersebut.

4.7 Setelah KEW. PA-16 diterima, PT Pelupusan hendaklah melengkapkan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa Aset Alih Kerajaan (KEW. PA-17) dengan mengumpulkan maklumat aset tersebut mengikut kategori seperti kenderaan, perkakasan komputer, peralatan pergigian dan perabot.

 

5.0 Pemeriksaan Aset oleh Lembaga Pemeriksa

5.1 Apabila maklumat di dalam KEW. PA-17 telah dilengkapkan, PT Pelupusan hendaklah memaklumkan melalui surat kepada Lembaga Pemeriksa yang dilantik oleh Pegawai Pengawal untuk menjalankan pemeriksaan ke atas aset-aset yang hendak dilupuskan.

5.2 Semasa pemeriksaan dijalankan, AJK Pelupusan hendaklah membantu Lembaga Pemeriksa dengan menyediakan salinan kad KEW. PA-2/3 atau KEW 312/313 aset yang hendak dilupuskan serta KEW. PA-16 bagi aset yang berkaitan sebagai rujukan Lembaga Pemeriksa.

5.3 Setelah pemeriksaan selesai dijalankan, Lembaga Pemeriksa hendaklah mengesyorkan kaedah pelupusan bagi setiap aset yang hendak dilupuskan dan melengkapkan serta menandatangani KEW. PA-17.

 

6.0 Kelulusan Pelupusan oleh Kuasa Melulus

6.1 Setelah pemeriksaan selesai dijalankan, AJK Pelupusan hendaklah mengenalpasti Kuasa Melulus mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 sebelum mengemukakan KEW. PA-17 tersebut kepada Kuasa Melulus untuk mendapatkan kelulusan.

 

7.0 Tindakan Selepas Mendapat Keputusan Daripada Kuasa Melulus

7.1 Sekiranya permohonan diluluskan, AJK Pelupusan hendaklah hendaklah mengambil tindakan pelupusan sebagaimana yang disyorkan oleh Lembaga Pemeriksa dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan, mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007.

7.2 Jika permohonan tidak diluluskan, AJK Pelupusan hendaklah mendapatkan maklumat lanjut dan melengkapkan maklumat yang diperlukan oleh Kuasa Melulus.

7.3 Sekiranya tindakan pelupusan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan, rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 untuk tindakan perlanjutan tempoh pelupusan.

 

8.0 Kemaskini Rekod Daftar Aset

8.1 Setelah tindakan pelupusan selesai dijalankan, maklumat pelupusan hendaklah direkodkan oleh AJK Pelupusan ke dalam kad KEW. PA-2/3 atau KEW. 312/313 bagi aset yang dilupuskan dalam tempoh Empat Belas Hari (14) tindakan pelupusan diambil.

8.2 Setelah itu, satu salinan kad KEW. PA-2/3 atau KEW. 312/313 bagi aset yang dilupuskan hendaklah disimpan oleh peg. y/m bilik dan kad asal disimpan oleh PT Pelupusan.

 

 

Disediakan oleh: Dr. Adilatul Hasanah bt. Musa; t/t:

Disemak oleh : Dr.Ahmad Termizi b. Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BK/PT/13 - JADUAL PELUPUSAN
  BK/PT/18 - BORANG PELUPUSAN
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr.Adilatul Hasanah Musa
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti