|
1.0 Unit Perkhidmatan
a. Sub-unit Perkhidmatan Klinikal
1. Temujanji bagi pesakit yang hadir tetapi tidak dirawat maksimum 5% sebulan hanya meliputi Klinik Khas sahaja.
2. Peratusan bulanan jumlah X-ray intra-oral yang diambil memuaskan hendaklah minimum 90%.
b. Sub-unit Promosi Kesihatan Pergigian
1. Minimum 80% kanak-kanak tadika/prasekolah dibawah tanggungjawab institusi menerima Pendidikan Kesihatan Pergigian dan
Latihan Memberus Gigi sekurang-kurangnya sekali setahun.
2. Minimum 80% murid Sekolah Rendah menerima Pendidikan Kesihatan Pergigian dan Latihan Memberus Gigi sekurang-kurangnya
sekali setahun.
c. Sub-unit Perkhidmatan Sekolah
1. Minimum 80% tahunan pesakit baru bagi setiap Sekolah Rendah dibawah jagaan Institusi.
2. Minimum 80% tahunan pesakit baru bagi setiap Sekolah Menengah dibawah jagaan Institusi.
3. Minimum 80% murid sekolah dibawa ke institusi untuk latihan Kursus Diploma Kejururawatan Pergigian sebelum jam 9.00 pagi bagi
sekolah-sekolah dalam lingkungan jarak 10km daripada institusi setiap bulan.
4. Minimum 80% murid sekolah dibawa ke institusi untuk latihan Kursus Diploma Kejururawatan Pergigian sebelum jam 2.00 petang
bagi sekolah-sekolah dalam lingkungan jarak 10km daripada institusi setiap bulan.
d. Sub-unit Penyelidikan
1. Minimum 2 laporan akhir penyelidikan disiapkan dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh kajian dimulakan.
2. Minimum 75% protokol atau proposal kajian disiapkan dalam masa satu (1) bulan sebelum tarikh kajian dimulakan.
2.0 Unit Latihan
a. Sub-unit Akademik
1. Minimum 95% bulanan aktiviti syarahan dilaksanakan oleh Pengajar/Pensyarah mengikut tarikh yang ditetapkan di dalam jadual
mingguan setiap semester.
2. 100% setiap semester pencapaian sasaran jadual kerja praktikal/klinikal pelatih Jururawat Pergigian dan Juruteknologi Pergigian
dicapai sebelum tarikh cuti semester bermula.
b. Sub-unit Penilaian & Peperiksaan
1. 100% pemeriksa menghantar markah formatif bagi pelatih Jururawat Pergigian dan Juruteknologi Pergigian selewat-lewatnya
(1) minggu sebelum Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan di Peringkat Institusi.
c. Sub-unit HEP
1. 100% setiap pengambilan, dokumen-dokumen persediaan pendaftaran pelatih baru disediakan selewat-lewatnya (1) minggu
sebelum tarikh pendaftaran.
2. 100% kes setiap semester yang perlu dilaporkan ke BPL, KKM dikemukakan dalam tempoh seminggu dari tarikh Mesyuarat
Tatatertib Peringkat PPKK & KLPM.
3. 100% setiap semester dokumen kelayakan menduduki peperiksaan di peringkat institusi, disediakan selewat-lewatnya
(1) hari sebelum tarikh Mesyuarat Kelayakan peringkat IL.
3.0 Unit Pengurusan
a. Sub-unit Kepuasan Pelanggan/Pengguna
1. 100% setiap kes Aduan Pelanggan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kes disahkan benar/sahih setiap bulan.
b. Sub-unit Pengendalian Latihan (CPD)
1. Minimum 95% tahunan Pegawai Pergigian dan Pengajar mencapai sekurang-kurangnya 50 CPD-PTK kredit point.
2. Minimum 50% borang rekod latihan personel diterima oleh PT CPD setiap bulan pada 7hb bulan berikutnya.
c. Sub-unit Kewangan
1. 100% bilangan proses pembayaran dibuat dalam masa ( 14 ) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima bagi semua jenis perolehan
dan pelbagai tuntutan setiap bulan.
2. Minimum 95% bilangan LPO dikeluarkan dalam tempoh masa lima ( 5 ) hari bagi semua jenis perolehan dari tarikh permohonan
diterima setiap bulan.
d. Sub-unit Pentadbiran
1. Minimum 85% pemeriksaan berkala untuk kenderaan dibuat apabila mencapai 5000km perjalanan atau 6 bulan yang
mana terdahulu.
e. Sub - unit Aset
1. Minimum 95% membuat pendaftaran aset dalam tempoh dua minggu dari tarikh pengesahan penerimaan aset setiap 3 bulan.
2. Minimum 95% laporan suku tahun dihantar sebelum 15 haribulan April, Julai, Oktober dan Januari tahun berikutnya dan laporan
tahunan dihantar Januari tahun berikutnya.
3. 80% butiran pelupusan direkodkan ke dalam daftar kad harta modal (KEW. 312 / KEW. PA-2) dan inventori (KEW. 313 /
KEW. PA-3) dalam tempoh 14 hari dari tarikh tindakan pelupusan diambil dalam setahun.
f. Sub - unit ICT
1. Minimum 75% penyelenggaraan komputer di makmal komputer JP,JT & PPP dilaksanakan mengikut jadual penyelenggaraan
berkala peralatan ICT setiap tahun.
g. Sub - unit Stor
1. Minimum 75% setahun stok yang telah tamat tempoh penggunaan di stor dilupuskan. |