|
1.0 Perancangan Rekabentuk dan Pembuatan Dentur
1.1 Sebelum pembuatan dentur PP hendaklah mengenalpasti perancangan rekabentuk dentur pada Kad Makmal LP 6-Pin 1/86 (Kad Makmal LP 6).
1.1.1 Rancangkan tarikh disemua peringkat rekabentuk yang terlibat dalam pembuatan dentur pada Kad Makmal LP 6 sehingga tarikh siap pembuatan dentur.
1.1.2 Tanggungjawab dan kuasa juga perlu ditentukan untuk setiap peringkat rekabentuk dalam pembuatan dentur pada Kad Makmal LP 6.
1.2 Apabila terdapat perubahan tarikh semasa proses merekabentuk dentur pindaan hendaklah dicatit pada Kad Makmal LP6
2.0 Penentuan Ì€Input’ Rekabentuk Dentur
2.1 Sebelum rekabentuk dentur ditentukan PP hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut:
a. Keperluan fungsi pesakit;
b. Bilangan gigi yang diperlukan;
c. Keadaan gigi sedia ada;
d. Anatomi batas alveolar pesakit;
e. Dentur yang terdahulu jika ada;
f. Sekiranya ’clasp’ diperlukan atau tidak.
2.1.1 Semua perkara-perkara di atas yang berkaitan hendaklah direkodkan ke dalam Kad Rawatan Pesakit LP8 dan Kad Makmal LP6.
2.2 Selepas pengambilan impresi primer atau impresi sekunder rekabentuk dentur hendaklah ditetapkan oleh PP dengan merekodkannya dalam Kad Makmal LP6 sebelum diserahkan kepada JTK.
3.0 Hasil/’Output’ Rekabentuk Dentur
3.1 Setelah menerima Kad Makmal LP 6 JTK hendaklah menghasilkan reka bentuk dentur seperti yang diarahkan oleh PP dalam semua peringkat proses pembuatan dentur.
4.0 Semakan Ke Atas Rekabentuk Dentur
4.1 Semasa peringkat percubaan (try in) dentur di KK, PP hendaklah membuat semakan samada warna gigi dan reka bentuk dentur sama seperti arahan yang ditetapkan termasuk dengan hubungan oklusi dan penyusunan gigi.
4.1.1 PP hendaklah mencuba dentur dalam bentuk lilin kepada pesakit dan memaklumkan kepadanya mengenai apa-apa perubahan yang diingini dari segi warna gigi dan reka bentuk dentur.
4.2 Sekiranya terdapat sebarang masalah atau perubahan yang hendak dilakukan, PP hendaklah mencadangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil dengan mencatit arahan kepada JTK pada Kad Makmal LP 6.
5.0 Verifikasi Rekabentuk Dentur
5.1 Apabila dentur yang siap diproses di bawa ke KK untuk diisu, JTK hendaklah memastikan rekabentuk dan jenis gigi yang dikehendaki sama dengan lakaran dan pilihan gigi yang telah ditentukan.
5.1.1 Semasa di KK, PP hendaklah memastikan label dentur dan identiti pesakit adalah tepat.
5.2 Sebelum dentur diisu kepada pesakit, PP hendaklah memeriksa dentur dengan teliti dari segi keliangan, padanan dan gigitan serta kesesuaian dan keselesaan pada pesakit.
6.0 Validasi Rekabentuk Dentur
6.1 Dentur hendaklah diisu sekiranya tiada lagi perubahan yang hendak dibuat dan segala prosedur yang berkaitan telah dipatuhi serta pesakit berpuas hati dengan dentur tersebut.
6.2 Setelah itu PP hendaklah merekodkan maklumbalas pesakit dan resit pembayaran dalam Kad Pesakit LP 8 serta memberikan penerangan ringkas mengenai cara-cara pemakaian dan penjagaan dentur kepada pesakit.
6.3 Sekiranya terdapat masalah pemakaian dentur selepas diisu, pesakit hendaklah dinasihatkan untuk hadir semula ke KK bagi rawatan susulan.
7.0 Kawalan Ke Atas Pindaan Rekabentuk Dentur
7.1 Sekiranya dentur yang diisu tidak mematuhi keperluan/piawaian yang ditetapkan, ia hendaklah dibuat semula dan segala prosedur berkaitan hendaklah direkodkan dalam Kad Pesakit LP 8 dan Kad Makmal LP6 .
7.1.1 Perubahan yang hendak dibuat kepada dentur tersebut hendaklah direkod ke dalam Kad pesakit LP8 dan kad Makmal LP6 oleh PP.
Disediakan oleh 1: Nor Azri Bin Ab. Rahim; t/t:
Disediakan oleh 2: Mohd Salehfuddin Bin Mat IL; t/t:
Disemak Oleh: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:
Diluluskan Oleh:Dr. Hasenah Bt. Mod Zaki, Pengarah; t/t: |