|
1.0 Kenalpasti Dan Senaraikan Peralatan Yang Perlu Diselenggara.
1.1 Bagi semua Peralatan Pergigian, Juruteknologi Pergigian Klinikal (JTK) bertanggungjawab bagi mengenalpasti dan menyenaraikan peralatan yang perlu diselenggara berdasarkan kepada ‘Manual Guide’ peralatan tersebut.
1.1.1 Setelah itu JTK hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Yang Menjaga Bilik (Y/M Bilik) dan pengguna mengenai peralatan yang perlu diselenggara secara harian/mingguan semasa sesi demonstrasi dijalankan.
1.1.2 Semua peralatan yang perlu diselenggara hendaklah disenaraikan dalam Borang Senarai Aset Alih Kerajaan Yang Memerlukan Penyelenggaraan KEW.PA 13 oleh JTK Kanan.
1.2 Bagi peralatan ICT, senarai peralatan yang perlu diselenggara secara tahunan hendaklah disenaraikan oleh Personel Unit Teknologi Maklumat (UTM) dalam Borang KEW.PA 13.
1.3 Peralatan ICT yang memerlukan penyelenggaraan secara berkala hendaklah diselenggara mengikut jadual yang telah disediakan.
1.3.1 Penyelenggaraan berkala peralatan ICT hanya melibatkan semua laptop dan Komputer di institusi ini.
1.4 Bagi penyelenggaraan bangunan, Pembantu Tadbir Kanan (PTK) hendaklah mengenalpasti jadual penyelenggaraan bagi fasiliti di semua blok bangunan institusi ini.
2.0 Sediakan Jadual Penyelenggaraan
2.1 Setelah senarai peralatan pergigian dikenalpasti, Jadual Penyelenggaraan Tahunan Bagi Kelengkapan Dan Peralatan Pergigian (BK/PT/17) akan disediakan oleh JTK Kanan selewat-lewatnya akhir minggu kedua bulan Januari tahun semasa.
2.2 Bagi peralatan ICT, Jadual Penyelenggaraan Berkala Peralatan ICT (BK/PT/29) hendaklah disediakan oleh UTM selewat-lewatnya akhir bulan Januari tahun semasa.
2.2.1 Satu salinan jadual hendaklah diedarkan kepada personel yang menjaga bilik (Y/M Bilik).
2.3 Bagi bangunan, PTK hendaklah menyediakan Jadual Penyelenggaraan Bangunan (BK/PT/30) selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari setiap tahun.
2.4 Jika personel ingin memasuki premis atau terdapat kerja-kerja yang hendak dilaksanakan selepas waktu pejabat/hari minggu/kelepasan am, Borang Permohonan memasuki Premis Institusi Selepas Waktu Pejabat/Hari Minggu/ Hari Kelepasan Am (BK/PT/26) hendaklah diisi .
2.4.1 Sekiranya penyelenggaraan melibatkan pihak pembekal/swasta, personel yang bertanggungjawab hendaklah mengisi nama pekerja syarikat yang terbabit.
2.4.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengarah/ Pegawai Yang Dipertanggungjawabkan.
3.0 Lakukan Pelaksanaan Penyelenggaraan
3.1 Bagi Peralatan ICT, penyelenggaraan secara berkala hendaklah dilaksanakan dengan berpandukan kepada Senarai Semak Penyelenggaraan Tahunan Peralatan ICT (Komputer) (SS/PT/17) dan Senarai Semak Penyelenggaraan Tahunan Peralatan ICT (Laptop) (SS/PT/25).
3.1.1 Semua penggantian peralatan komputer hendaklah dilakukan sebagaimana Prosedur Pembaikan Kerosakan Peralatan Pergigian/ICT/Bangunan (PK/PT/03).
3.2 Penyelenggaraan harian/mingguan hendaklah dilaksanakan oleh pengguna dengan merujuk kepada Senarai Semak peralatan seperti berikut;
3.2.1 Penyelenggaraan Harian Autoklaf (SS/PT/03);
3.2.2 Penyelenggaraan Harian Unit Pergigian (SS/PT/04);
3.2.3 Penyelenggaraan Mingguan Autoklaf (SS/PT/05);
3.2.4 Penyelenggaraan Mingguan Unit Pergigian (SS/PT/06);
3.2.5 Penyelenggaraan Mingguan Paco Bath (SS/PT/12);
3.2.6 Penyelenggaraan Mingguan Mesin Pemangkas (SS/PT/13);
3.2.7 Penyelenggaraan Mingguan Mesin Pengilap (SS/PT/14);
3.3 Manakala bagi penyelenggaraan tahunan, JTK hendaklah melaksanakan penyelenggaraan mengikut jadual yang telah disediakan dengan merujuk kepada Senarai Semak berikut;
3.3.1 Penyelenggaraan Tahunan Autoklaf (SS/PT/08);
3.3.2 Penyelenggaraan Tahunan Unit Pergigian (SS/PT/09).
3.4 Semua kerja-kerja penyelenggaraan tahunan hendaklah direkodkan kedalam Buku Daftar Kerja Penyelenggaraan Dan Pembaikan PG104 pin.3/04.
3.5 Sekiranya peralatan yang perlu diselenggara masih dalam tempoh ‘warranty’, penyelenggaraan akan dilaksanakan oleh pihak pembekal.
4.0 Fail Rekod Penyelenggaraan
4.1 Bagi peralatan pergigian, Pengguna hendaklah merekod pelaksanaan penyelenggaraan peralatan harian/mingguan pada Senarai Semak, difail dan disimpan oleh pengguna di lokasi peralatan tersebut ditempatkan.
4.2 Semua rekod hendaklah di semak dan ditandatangan oleh Penyelia yang bertanggungjawab.
4.2.1 Pengajar/Jururawat Pergigian U29 adalah bertanggungjawab menyemak dan tandatangan rekod penyelenggaraan di Bilik Rawatan;
4.2.2 Pegawai Pergigian adalah bertanggungjawab menyemak dan tandatangan bagi rekod penyelenggaraan di Klinik Khas dimana pegawai tersebut bertugas.
4.2.3 Rekod penyelenggaraan di Makmal hendaklah disemak dan ditandatangan oleh Pengajar Juruteknologi Pergigian;
4.2.4 Bagi semua rekod penyelenggaraan tahunan yang dilaksanakan hendaklah disemak dan ditandatangan oleh Juruteknologi Pergigian Kanan.
4.3 Setelah semua penyelenggaraan selesai, JTK/UTM/PTK hendaklah menyimpan rekod penyelenggaraan di dalam fail Penyelenggaraan Berkala mengikut borang-borang yang digunakan seperti berikut:
4.3.1 JTK;
a. Borang Senarai Aset Alih Kerajaan Yang Memerlukan Penyelenggaraan KEW.PA 13;
b. Jadual Penyelenggaraan Tahunan Bagi Kelengkapan Dan Peralatan Pergigian (BK/PT/17);
c. Senarai Semak Penyelenggaraan Tahunan Autoklaf (SS/PT/08);
d. Senarai Semak Penyelenggaraan Tahunan Unit Pergigian (SS/PT/09);
4.3.2 UTM;
a. Borang Senarai Aset Alih Kerajaan Yang Memerlukan Penyelenggaraan KEW.PA 13;
b. Jadual Penyelenggaraan Berkala Peralatan ICT (BK/PT/29);
c. Senarai Semak Penyelenggaraan Tahunan Peralatan ICT (Komputer) (SS/PT/17);
d. Senarai Semak Penyelenggaraan Tahunan Peralatan ICT (Laptop) (SS/PT/25).
4.3.3 PTK;
a. Jadual Penyelenggaraan Bangunan (BK/PT/30);
b. Nota Kerja.
Disediakan Oleh 1: Mohd Salehfuddin B. Mat IL; t/t:
Disediakan Oleh 2: Siti Norazlina Mohd Saat; t/t:
Disemak Oleh 1: Cik Salinah Razman; t/t:
Disemak Oleh 2: Dr.Ahmad Termizi Zamzuri; t/t:
Diluluskan Oleh: Dr. Hasenah Bt. Mod Zaki, Pengarah; t/t: |