Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/11 - PROSEDUR PERLANTIKAN PENSYARAH JEMPUTAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 29-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagaimana urusan perlantikan pensyarah jemputan (PJ) dijalankan bagi memastikan pensyarah yang dilantik menepati keperluan pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk melantik PJ bagi kursus basik bermula dari mengenalpasti keperluan PJ sehingga proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Mengenalpasti Keperluan Pensyarah Jemputan

1.1 Ketua Program (KP) hendaklah menyemak jadual waktu mingguan dari masa ke semasa dan merujuk kepada Buku Panduan Pengajar bagi mengenalpasti kod kursus/atau topik syarahan yang memerlukan ‘input’ daripada PJ.

1.1.1 Jika terdapat keperluan untuk melantik PJ, KP hendaklah mengemukakan senarai kod kursus/tajuk syarahan kepada Timbalan Pengarah Latihan (TPL) dan mencadangkan nama PJ untuk disemak.

1.2 Sekiranya calon PJ dipersetujui oleh TPL, TPL hendaklah mendapatkan kelulusan Pengarah PPKK & KLPM.

 

2.0 Keluarkan Surat Perlantikan Pensyarah Jemputan

2.1 Apabila kelulusan diperolehi daripada Pengarah PPKK & KLPM, KP hendaklah menyediakan perkara-perkara berikut untuk dilampirkan bersama surat pelantikan;

a) Kod kursus/tajuk syarahan yang perlu diajar;

b) Objektif pembelajaran;

c) Jenis latihan dan semester pengajian pelatih;

d) Tarikh dan masa syarahan;

e) Tempat syarahan;

f) Format Borang Maklumat Pensyarah Jemputan (BK-PJ-02-01);

g) Contoh Pelan Mengajar (bagi PJ pertama kali).

 

2.2 Apabila menerima dokumen-dokumen untuk dilampirkan daripada KP, TPL akan menyediakan surat pelantikan kepada PJ melalui Ketua Jabatan (jika berkenaan) untuk ditandatangani oleh Pengarah PPKK & KLPM.

2.2.1 Surat perlantikan yang telah ditandatangani hendaklah dihantar oleh Pembantu Tadbir (PT) Unit Pentadbiran melalui pos biasa.

 

3.0 Dapatkan Pengesahan Persetujuan Pensyarah Jemputan

3.1 Apabila menerima persetujuan daripada PJ sama ada melalui pos atau dengan tangan, TPL hendaklah memaklumkan pengesahan persetujuan PJ kepada KP dengan merujuk kepada Format Borang Maklumat PJ dan seterusnya KP akan memaklumkan kepada Pengajar Penyelaras (PP).

3.2 Sekiranya tidak mendapat persetujuan daripada PJ, KP hendaklah mengemukakan cadangan nama PJ yang lain kepada TPL untuk melantik calon PJ yang lain.

 

4.0 Tindakan Sekiranya Terdapat Perubahan Tarikh dan Masa Syarahan

4.1 Jika terdapat sebarang perubahan tarikh dan masa,

4.1.1 PP/KP hendaklah memaklumkan kepada PJ melalui telefon dan jika perlu disusuli dengan surat, faks atau e-mel.

4.1.1.1 Pemakluman melalui telefon berkenaan hendaklah direkodkan di Buku Catatan Panggilan Telefon (tarikh, masa dan perkara).

4.1.2 Perubahan tarikh dan masa syarahan yang dilakukan hendaklah dibuat pindaan dalam Jadual Waktu Mingguan oleh PP.

 

5.0 Penilaian Syarahan

5.1 Bagi setiap sesi pengajaran pertama, PP hendaklah membuat penilaian syarahan bagi memastikan PJ memberi ‘input’ berdasarkan objektif pembelajaran dengan menggunakan Borang Penilaian Syarahan PJ (BK PJ-02-02).

5.2 Setelah itu, Borang Penilaian Syarahan PJ yang telah dilengkapkan bersama-sama dengan ulasan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah PPKK & KLPM/TPL dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pengajaran sesi pertama PJ untuk penilaian.

5.3 PP hendaklah juga mengedarkan Borang Penilaian Syarahan PJ kepada pelatih bagi mendapatkan maklumbalas pengajaran PJ pada sesi yang pertama.

5.3.1 Borang Penilaian Syarahan PJ oleh pelatih yang dikumpul pada penghujung sesi pertama hendaklah dibuat analisis oleh PP dan kemukakan kepada Pengarah PPKK & KLPM/TPL dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pengajaran sesi pertama PJ untuk penilaian.

5.4 Sekiranya penilaian pada sesi pertama tidak memuaskan, PP hendaklah membuat penilaian semula pada sesi yang berikutnya.

 

6.0 Mempertimbangkan Semula Lantikan Pensyarah Jemputan

6.1 Sekiranya skor purata daripada analisa maklumbalas pelatih kurang dari 3, PP hendaklah memaklumkan kepada Pengarah PPKK & KLPM/TPL supaya lantikan PJ tersebut dipertimbangkan semula.

6.1.1 Berasaskan kepada keputusan analisis, Pengarah PPKK & KLPM/TPL hendaklah menilai sama ada lantikan PJ perlu diteruskan atau PJ lain dilantik bagi memastikan penggantian PJ dilaksanakan.

 

7.0 Penilaian Berterusan

7.1 Bagi PJ yang memberi syarahan sepanjang semester, PP hendaklah membuat penilaian pada penghujung setiap semester melalui pemerhatian dengan melengkapkan Borang Penilaian Syarahan PJ (BK PJ-02-02).

7.2 Pengajar Penyelaras hendaklah juga mengedarkan Borang Penilaian Syarahan PJ (BK PJ-02-02) kepada pelatih bagi mendapatkan maklumbalas pengajaran PJ pada penghujung semester.

7.2.1 Borang Penilaian Syarahan PJ(BK PJ-02-02) oleh pelatih yang dikumpul pada penghujung semester hendaklah dibuat analisis oleh Pengajar Penyelaras dan kemukakan kepada Pengarah PPKK & KLPM/TPL dalam tempoh 7 hari bekerja untuk penilaian.

7.3 Sekiranya PJ skor purata daripada analisa maklumbalas pelatih kurang dari 3, PP hendaklah memaklumkan kepada Pengarah PPKK & KLPM/TPL supaya lantikan PJ tersebut dipertimbangkan semula.

7.3.1 Berasaskan kepada keputusan analisis, Pengarah PPKK & KLPM/TPL hendaklah menilai sama ada lantikan PJ perlu diteruskan atau PJ lain dilantik bagi memastikan penggantian PJ dilaksanakan.

 

Disediakan oleh: Dr.Naziah binti Ahmad Azli; t/t:

Disemak oleh : Dr Ahmad Termizi bin Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr.Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr.Naziah Ahmad Azli
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti