|
1.0 Menerima Kehadiran Pesakit
1.1 Apabila pesakit datang ke Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) untuk mendapatkan rawatan, pesakit dikenalpasti sama ada mempunyai temujanji/ulangan atau baru oleh petugas kaunter.
1.2 Bagi memulakan pendaftaran, pesakit dikehendaki menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada petugas kaunter.
1.2.1 Dokumen yang diperlukan adalah:
a. Kad LP1; atau
b. Kad Pengenalan/MyKad; atau
c. Kad Pesara; atau
d. Kad Tentera/Polis; atau
e. MyKid; atau
f. Sijil Kelahiran; atau
g. Pasport; atau
h. Surat majikan; atau
i. Surat sekolah.
2.0 Mengisi dan Mencari Kad Rawatan
2.1 Sekiranya pesakit baru, petugas kaunter hendaklah menyediakan kad rawatan berdasarkan kepada Buku Panduan Pengisian Kad Rawatan Pergigian Primer Bagi Pesakit Am LP8-2 Pin. 7/97 dan Murid Sekolah LP8-1 Pin. 7/97 Secara Manual.
2.1.1 Bagi pesakit baru Pra-Sekolah & kanak-kanak sekolah, dirawat di Bilik Rawatan (BR)/ Klinik Khas (KK)/ Klinik Pakar Ortodontik (KPO) dan setelah mendapat kebenaran rawatan daripada Ibu bapa/penjaga.
2.1.2 Manakala bagi pesakit baru dewasa, rawatan akan dijalankan di KK/KPO setelah menandatangani kebenaran rawatan.
2.2 Bagi pesakit temujanji/ulangan, petugas kaunter mengenalpasti kad rawatan pesakit melalui:
2.2.1 Bagi pesakit kanak-kanak, lokasi kad rawatan dikenalpasti melalui No. Chart (Kad) dan Garispanduan Kad Rekod Pesakit (’Pink Card’) (GP/PP/01).
2.2.2 Bagi pesakit dewasa warganegara Malaysia yang mempunyai kad LP1, rujuk nama Klinik Khas yang tercatat pada kad LP1.
2.2.2.1 Jika pesakit tidak membawa kad LP1, rujuk kepada Kad Rekod Pesakit dan 4 angka hujung kad pengenalan atau dokumen lain.
2.2.3 Sekiranya kad tidak dapat dikesan, sediakan kad baru mengikut Buku Panduan Pengisian Kad Rawatan Pergigian Primer Bagi Pesakit Am LP8-2 Pin. 7/97 dan Murid Sekolah LP8-1 Pin. 7/97 Secara Manual serta Garispanduan Kad Rekod Pesakit (’Pink Card’; GP/PP/01).
2.3 Setelah lokasi kad rawatan dikenalpasti, pendaftaran dilakukan pada buku pendaftaran PG 101 oleh petugas kaunter.
2.3.1 Bagi setiap kedatangan baru pada tahun semasa, No.Pendaftaran di PG101 hendaklah ditulis dengan dakwat merah, manakala bagi kedatangan ulangan ditulis dengan dakwat biru/hitam.
2.3.2 Bagi murid sekolah, pendaftaran hendaklah dilakukan berdasarkan kepada Borang Rawatan Pergigian Untuk Murid-Murid Sekolah (BK/PP/10).
2.3.3 Sekiranya temujanji pesakit luar diberi oleh Jururawat Pergigian Pelatih (Pelatih), pendaftaran hendaklah berdasarkan Borang Rawatan Pergigian Untuk Pesakit Luar (BK/PP/12).
2.3.3.1 Ruangan No.Daftar pada Borang Rawatan Pergigian Untuk Murid-Murid Sekolah (BK/PP/10) dan Borang Rawatan Pergigian Untuk Pesakit Luar (BK/PP/12) hendaklah ditulis dengan dakwat merah bagi No.Pendaftaran tahun semasa manakala dakwat biru/hitam untuk No.Pendaftaran tahun sebelumnya.
2.3.3.2 Sekiranya pesakit hadir untuk Pemeriksaan Pertama, di ruangan No.Daftar pada Borang Rawatan Pergigian Untuk Murid Sekolah (BK/PP/10) dan Borang Rawatan Pergigian Untuk Pesakit Luar (BK/PP/12) hendaklah ditulis perkataan ’INITIAL’ menggunakan dakwat merah.
Nota : Akta Fi 1951 tidak digunapakai untuk prosedur ini dan berdasarkan surat daripada ketua jabatan.
3.0. Kawalan Kad Rawatan
3.1. Setelah selesai rawatan, kumpulkan semua kad-kad pesakit hendaklah dikumpul dan dikawal selamat oleh Pelatih di BR dan Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) di KK/KPO.
3.1.1. Bagi kad rawatan warganegara Malaysia di KK/KPO, susun kad-kad pesakit mengikut turutan nombor pendaftaran iaitu 4 angka hujung kad pengenalan atau dokumen lain di rak tahun semasa.
3.1.2. Manakala bagi kad rawatan yang disimpan oleh Pelatih di BR, kad rawatan disusun mengikut kategori sekolah sebagaimana format susunan dalam Buku Senarai Nama Pesakit (BK/PP/23) dan Garispanduan Kad Rekod Pesakit ('Pink Card') (GP/PP/01)
3.1.3 Pelatih hendaklah menandatangani satu Surat Akujanji (BK/PP/13) bagi memastikan kerahsiaan pesakit terjamin.
3.1.3.1 Surat Akujanji hendaklah ditandatangani oleh JPP Tahun 1 Semester 2 apabila menerima kad rawatan daripada JPP Tahun 2 Semester 2.
3.1.3.2 Setelah ditandangani, Surat Akujanji (BK/PP/13) akan difail oleh Pengajar Seksyen di dalam Fail Surat Akujanji dan disimpan di BR dimana ia mudah diperolehi untuk tempoh 2 tahun/selama JPP masih menjalani latihan di Institusi ini.
3.1.3.3 Setelah selesai tempoh latihan di Institusi ini, Surat Akujanji (BK/PP/13) akan dilupuskan secara biasa oleh Pengajar Seksyen.
3.1.4 Pada masa yang sama, jika kad rawatan disimpan di KK dan KPO , Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) hendaklah menandatangani Surat Akujanji (BK/PP/13) bagi memastikan kerahsiaan pesakit terjamin.
3.1.4.1 Surat Akujanji (BK/PP/13) hendaklah ditandatangani oleh PPP bermula Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dan apabila melaporkan diri bertugas di Institusi ini.
3.1.4.2 Setelah ditandatangani, Surat Akujanji (BK/PP/13) akan difail oleh Pegawai Pergigian YM (PPYM) di dalam Fail Surat Akujanji dan disimpan di KK/KPO dimana ia mudah diperolehi.
3.1.4.3 Apabila PPP tidak bertugas di Institusi ini Surat Akujanji (BK/PP/13) ini serta merta akan terbatal dan hendaklah dilupuskan secara biasa oleh PPYM.
Disediakan oleh: Cik Sarojini a/p Sivagananam; t/t:
Disemak oleh : Dr. Ahmad Termizi Bin Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah Binti Mod Zaki, Pengarah; t/t: |