|
1.0 Mengenalpasti Aktiviti Penyelidikan
1.1 Pengarah / Timbalan Pengarah Perkhidmatan (TPP) / Timbalan Pengarah Latihan (TPL) PPKK &KLPM dan Ketua Unit Penyelidikan (KUP) hendaklah mengenalpasti aktiviti penyelidikan yang perlu dijalankan pada tahun semasa.
1.2 Setelah aktiviti penyelidikan dikenalpasti, KUP hendaklah mencadangkan nama pegawai yang dipertanggungjawabkan (PYDP) untuk menjalankan penyelidikan tersebut dan melengkapkan Borang OHR 1/2000.
2.0 Mendaftarkan Penyelidikan
2.1 Apabila Borang OHR 1 telah dilengkapkan, KUP hendaklah mendaftarkan tajuk penyelidikan di National Medical Research Register di laman web mengikut “National Institute of Health Guidelines for Conducting Research in the Ministry of Health Institutions and Facilities”(versi 2.1 ,27 Ogos 2007).
3.0 Menyediakan Proposal Atau Protokol Kajian
3.1 Selewat-lewatnya sebulan daripada tarikh kajian dimulakan, PYDP hendaklah menyediakan proposal atau protokol kajian.
3.1.1 Proposal atau protokol kajian tersebut hendaklah meliputi perkara-perkara berikut:
a. Tajuk;
b. Pengenalan;
c. “Literature Review”;
d. Objektif;
e. Kaedah;
f. Hasil kajian yang dijangkakan;
g. Tempoh masa kajian;
h. Anggaran kos; dan
i. Keperluan perisian statistik untuk analisis data.
3.2 Setelah proposal atau protokol kajian disediakan oleh PYDP, KUP bertanggungjawab mencatatkan tarikh proposal atau protokol kajian disiapkan di dalam Log Pemantauan Penyediaan Proposal/Protokol Kajian.
4.0 Menandatangani Borang Persetujuan Penyelidik, Pengesahan Ketua jabatan dan Institusi
4.1 Dalam tempoh dua minggu selepas proposal atau protokol kajian disiapkan, Pengarah, KUP dan PYDP yang terlibat dalam penyelidikan hendaklah menandatangani Borang Persetujuan Penyelidik, Pengesahan Ketua Jabatan dan Institusi seperti yang terkandung dalam “National Institute of Health Guidelines for Conducting Research in the Ministry of Health Institutions and Facilities”( versi 2.1, 27 Ogos 2007).
5.0 Perancangan Sebelum Pelaksanaan Penyelidikan
5.1 Setelah Borang Persetujuan Penyelidik, Pengesahan Ketua Jabatan dan Institusi ditandatangani, KUP bertanggungjawab mengadakan perbincangan dengan PYDP/anggota pasukan penyelidikan sekiranya diperlukan.
5.2 Sebelum penyelidikan dilaksanakan, PYDP hendaklah
a. Menyediakan borang soal-selidik atau borang pengumpulan data (sekiranya diperlukan);
b. Menyediakan Carta Gantt;
c. Mendapatkan kebenaran menjalankan penyelidikan daripada pihak yang berkenaan dan individu/ibu-bapa/penjaga yang terlibat sebagai sampel kajian;
d. Mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia sekiranya penyelidikan melibatkan pemeriksaan klinikal , soal-selidik dan data sulit pada sampel kajian seperti yang terkandung dalam “Code of Federal Regulations. Title 45-Department of Health and Human Services. Part 46- Protection of human subjects. Updated 1 Oct 1997.”
6.0 Melaksanakan Penyelidikan
6.1 Setelah perancangan diatur, KUP dan anggota pasukan penyelidikan bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan berdasarkan perancangan dan strategi yang ditetapkan mengikut tempoh masa kajian seperti yang tercatat dalam proposal/protokol kajian.
6.2 Apabila penyelidikan dimulakan , tarikh kajian dimulakan hendaklah dicatatkan oleh KUP ke dalam Log Pemantauan Perlaksanaan Aktiviti Penyelidikan dan Log Pemantauan Penyediaan Proposal /Protokol Kajian.
7.0 Mengumpulkan Data
7.1 Setelah diarahkan oleh KUP, anggota pasukan penyelidikan bertanggungjawab mengumpulkan data mengikut tempoh yang dirancang pada Carta Gantt.
8.0 Menganalisa Hasil Kajian
8.1 Selepas data dikumpulkan, KUP dan PYDP hendaklah membuat analisis data dan mendapatkan rumusan hasil kajian dalam tempoh dua bulan selepas data lengkap dikumpulkan.
9.0 Menjalankan Pemantauan Aktiviti Penyelidikan
9.1 Sepanjang aktiviti penyelidikan dilaksanakan, KUP dan Pengarah/TPP PPKK & KLPM hendaklah menjalankan pemantauan aktiviti penyelidikan yang melalui:
a. Log Pemantauan Pelaksanaan Penyelidikan;
b. Jadual Pemantauan Pelaksanaan Penyelidikan;
c. Log Pemantauan Penyediaan Proposal/Protokol Kajian;
d. Jadual Pemantauan Penyediaan Proposal/Protokol Kajian;
10.0 Menyedia Dan Menyerah Draf Awal Penulisan
10.1 Selepas 2 bulan hasil kajian dianalisa, PYDP hendaklah menyediakan draf awal penulisan dan menyerahkan draf awal penulisan kepada KUP untuk disemak mengikut tempoh masa pada Carta Gantt.
11.0 Menyedia Dan Menyerah Laporan Akhir Penyelidikan
11.1 Seterusnya PYDP hendaklah menyediakan dan kemudian menyerahkan laporan akhir penyelidikan kepada Pengarah atau TPP untuk semakan.
11.2 Jika diperlukan, PYDP hendaklah membuat pembetulan dan menghantar semula laporan kepada Pengarah/TPP /TPL PPKK & KLPM untuk semakan akhir.
11.3 Apabila laporan akhir penyelidikan disiapkan, KUP hendaklah mencatatkan tarikh laporan tersebut disiapkan pada Log Pemantauan Perlaksanaan Penyelidikan.
11.4 Sekiranya terdapat unsur-unsur negatif dan aduan daripada analisa hasil kajian, Prosedur Tindakan Pencegahan (PK/PT/22) dan Prosedur Penambahbaikan Berterusan (PK/PT/18) hendaklah dirujuk.
12.0 Merekod Aktiviti Penyelidikan
12.1 Sepanjang tempoh masa penyelidikan, PYDP hendaklah memfailkan rekod tentang penyelidikan di dalam Fail Penyelidikan.
12.1.1 Fail Penyelidikan hendaklah dilabel mengikut tajuk penyelidikan dan dikepil mengikut susunan berikut :
a. Borang OHR 1/2000
b. Protokol/ Proposal Kajian;
c. Borang Persetujuan Penyelidik, Pengesahan Ketua Jabatan dan Institusi;
d. Carta Gantt;
e. Laporan akhir kajian.
13.0 Menghantar Laporan Akhir Penyelidikan
13.1 Setelah laporan akhir disiapkan, KUP bertanggungjawab menghantar laporan penyelidikan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian dalam tempoh dua minggu dari tarikh laporan akhir.
14.0 Menerbit Dan Menyebar Hasil Kajian
14.1 Apabila mendapat kelulusan daripada “National Institute of Health” dan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM hasil kajian boleh diterbitkan seperti yang terkandungdalam Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 4 Tahun 1994. Permohonan Menerbit Hasil Penyelidikan dan “National Institute of Health Guidelines for Conducting Research in the Ministry of Health Institutions and Facilities” ( versi 2.1 ,27 Ogos 2007).
14.2 Apabila kelulusan penerbitan telah diperolehi, KUP dan PYDP hendaklah menyebarkan hasil kajian kepada pihak yang berkenaan seperti melalui pembentangan penyelidikan dan penerbitan di dalam jurnal.
Disediakan oleh : Dr. Azhani binti Ismail; t/t:
Disemak oleh : Dr Ahmad Termizi bin Zamzuri; t/t:
Diluluskan oleh: Dr Hasenah binti Mod Zaki, Pengarah; t/t: |