Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PP/09 - PROSEDUR PENGENDALIAN KAD RAWATAN

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 03-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini diwujudkan untuk menjelaskan bagaimana rekod pergigian pesakit dikendalikan supaya ia mudah dikesan apabila diperlukan.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua pesakit yang dirawat di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM)
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Penyediaan Dan Penyimpanan Kad Rawatan Pesakit

1.1 Bagi pesakit baru/tiada rekod pesakit, Petugas Kaunter hendaklah menyediakan kad rawatan;

1.1.1 LP 8-1 untuk pesakit kanak-kanak/murid sekolah berumur bawah 18 tahun.

1.1.2 LP 8-2 untuk pesakit berumur 18 tahun dan ke atas.

1.2 Sekiranya pesakit telah mempunyai rekod pergigian, petugas kaunter hendaklah mengenalpasti lokasi kad rawatan.

1.2.1 Bagi kad pesakit kanak-kanak, kad rawatan difail mengikut Nombor Kad yang telah ditentukan dan disimpan oleh Jururawat Pergigian Pelatih (Pelatih) di Bilik Rawatan.

1.2.2 Sekiranya pesakit dirawat oleh Pegawai Pergigian (PP)/Pakar Pergigian kecuali kes rujukan pelatih, kad rawatan difail mengikut 4 angka terakhir Kad Pengenalan dan disimpan di Klinik Khas/Klinik Pakar.

2.0 Kemaskini Senarai Pesakit Dan Kad Rawatan

2.1 Pelatih/Pembantu Pembedahan Pergigian(PPP) di Bilik Rawatan/Klinik Khas/Klinik Pakar adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini Senarai Pesakit.

2.2 Apabila ada perubahan pada maklumat pesakit seperti pertukaran alamat atau sekolah, Pelatih/PPP hendaklah membuat pindaan mengikut Garispanduan Kad Rekod Pesakit ’Pink Card‘(GP/PP/01).

2.3 Sekiranya Ibu/Bapa/Penjaga pesakit menyatakan keengganan menerima rawatan, Pelatih/PPP hendaklah mendapatkan kenyataan secara bertulis dan mengepilkan surat tersebut di kad rawatan.

3.0 Memantau Senarai Pesakit Dan Kad Rekod Pesakit (Pink Card).

3.1 Bagi memastikan Senarai Pesakit diselenggara dan dikemaskini, Pegawai Yang Dipertanggungjawabkan (PYDP) hendaklah memantau Senarai Pesakit yang dikendalikan oleh Pelatih/PPP sekurang-kurangnya satu (1) kali setiap tahun.

3.2 Sekiranya Senarai Pesakit didapati tidak kemaskini, Pelatih/PPP hendaklah mengambil tindakan pembetulan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemantauan.

3.2.1 Rekod pemantauan hendaklah dibuat diruang catatan mana-mana helaian Senarai Nama Pesakit yang disemak.

4.0 Pelupusan Rekod Pesakit/Kad Rawatan

4.1 Sekiranya terdapat kad rawatan yang perlu dilupuskan, Pelatih/PPP hendaklah mengambil tindakan pelupusan mengikut Garispanduan Kad Rekod Pesakit ’Pink Card‘(GP/PP/01).

4.2 Setelah kad yang perlu dilupuskan diterima PYDP hendaklah menguruskan pelupusan Kad Rawatan Pesakit mengikut Peraturan Arkib Negara.

 

Disediakan oleh: Cik Mahani Bt Ahamad; t/t:

Disemak oleh 1: Dr.Siti Salwa Bt Idris; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Sarajoni a/p Sivagananam
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti