Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PP/10 - PROSEDUR PENGURUSAN RAWATAN TANPA TEMUJANJI

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 03-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini menerangkan langkah-langkah untuk mengendalikan pesakit yang hadir tanpa temujanji di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM)
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi pesakit yang hadir tanpa temujanji ke BR, KK dan KPO untuk mendapatkan rawatan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Pendaftaran Pesakit

1.1 Apabila pesakit sampai di Institusi, Petugas kaunter hendaklah menjalankan proses pendaftaran mengikut Prosedur Pendaftaran(PK/PP/01).

2.0 Pemberitahuan Kepada Perawat Yang Bertugas

2.1 Pada masa yang sama, Petugas kaunter hendaklah mengenalpasti Jururawat Pergigian Pelatih (Pelatih)/Jururawat Pergigian (JP)/Pegawai Pergigian (PP) yang bertugas mengikut jadual yang terdapat di kaunter.

2.2 Setelah mengenalpasti perawat yang bertugas, Petugas kaunter hendaklah memaklumkan kepada perawat yang bertugas.

2.2.1 Sekiranya pesakit dirawat oleh Pelatih, Petugas kaunter hendaklah memaklumkan kepada Personel (Pengajar / Jururawat Pergigian) yang bertugas di Bilik Rawatan tersebut.

2.3 Jika pesakit dirawat oleh Jururawat Pergigian/ Pegawai Pergigian, Perawat yang bertugas hendaklah memaklumkan kepada pihak klinik yang berkaitan untuk penyediaan peralatan dan bahan.

3.0 Pemeriksaan Dan Rawatan

3.1 Apabila pesakit telah tiba di BR/KK, Perawat yang bertugas hendaklah memastikan rekod pesakit adalah betul.

3.2 Perawat hendaklah melakukan pemeriksaan mengikut Prosedur Pemeriksaan dan Diagnosis (PK/PP/02).

3.3 Sekiranya pesakit memerlukan rawatan, perawat hendaklah memberikan rawatan mengikut Prosedur Rawatan (PK/PP/03).

3.3.1 Bagi kes yang memerlukan radiografi, PP hendaklah mengenalpasti kes yang memerlukan dan PPP hendaklah mengambil radiograf atas arahan PP mengikut Prosedur Radiograf (PK/PP/12).

3.3.2 Jika memerlukan ubat-ubatan, PP hendaklah mengeluarkan arahan preskripsi dan PPP melaksanakan arahan mengikut Prosedur Rawatan (PK/PP/03).

4.0 Rawatan Susulan

4.1 Sekiranya memerlukan rawatan susulan, rancang aturan rawatan melalui perbincangan dengan pesakit.

4.1.1 Perawat hendaklah memberikan masa dan tarikh temujanji mengikut Prosedur Temujanji (PK/PP/07).

5.0 Rujukan Kepada Pakar (Bedah mulut / Ortodontik / Periodontik / Paediatrik / Restoratif) Atau Agensi Lain

5.1 Sekiranya perlu, rujuk kepada pakar atau agensi lain yang berkenaan mengikut Prosedur Rujukan (PK/PP/08).

 

Disediakan oleh 1: Dr Siti Norhazlin Binti Mohd Said; t/t:

Disediakan oleh 2: Cik Mahani Binti Ahamad; t/t:

Disemak oleh I : Dr Ahmad Termizi Bin Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah Binti Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  mahani
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti