|
1.0 Terima Kelulusan Panjar wang Runcit
1.1 Sebaik kelulusan diperolehi dari bahagian Akaun (KKM), Jabatan perlu menyediakan Buku Tunai Panjar Wang Runcit (Kew. 249A).
2.0 Buat Baucer Bayaran
2.1 Bagi mendapatkan cek seperti amaun yang telah diluluskan, baucer bayaran perlu dibuat oleh PT Kew. yang dibawah bidang kuasanya, melalui sistem eSPKB dibawah kod Amanah dan dihantar ke Pejabar Pembayar.
3.0 Terima Cek Panjar Wang Runcit
3.1 Setelah cek seperti amaun yang dipohon diterima dari Akauntan Negara, Cawangan Negeri Pulau Pinang, cek tersebut akan di tandatangani oleh Pegawai yang diberi kuasa untuk membolehkan cek tersebut ditunaikan di bank yang tersenarai sahaja iaitu CIMB.
3.2 Cek tersebut hanya boleh ditunaikan oleh salah seorang pegawai yang telah diberi kuasa selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu dari tarikh penerimaannya.
3.3 PTW akan merekodkan amaun berkenaan kedalam Buku Tunai Panjar Wang Runcit Wang Runcit (Kew. 249A) sebelum dibelanjakan.
4.0 Terima Dokumen Tuntutan Bayaran
4.1 Apabila menerima bil-bil tuntutan (Cash-Bil) melalui resit atau dokumen-dokumen sokongan yang sah dari pemohon, PTW akan melengkapkan borang Kew.50 Pin 1/80 untuk ditandatangani oleh pegawai yang meluluskan bayaran tersebut.
5.0 Lengkapkan Baucer kecil-borang Kew.50 Pin 1/80
5.1 Borang Kew.50 Pin. 1/80 yang telah lengkap perlu ditandatangani oleh PTW yang akan membuat pembayaran bagi jumlah tuntutan sebelum pemohon menandatangani borang tersebut dan menerima amaun yang dituntut.
6.0 Buat Rekupmen
6.1 PTW akan mengecopkan TelahBayar’ bersama borang(Kew.50 Pin.1/80) dan dokumen sokongan seperti bil-bil tuntutan.
6.2 Seterusnya PT kew akan menyusun borang (Kew.50 Pin. 1/80) mengikut tarikh dan merekodkan semua butiran pembayaran ke dalam Buku Tunai Panjar Wang Runcit (Kew.249A) sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.
6.3 Seterusnya PTW akan membuat rekupmen mengikut perbelanjaan yang telah dibayar iaitu tidak melebihi amaun kelulusan panjar wang runcit.
6.4 PTW akan membuat rekupmen mengikut pembayaran bagi kod objek berkaitan.
7.0 Baucer eSPKB
7.1 Setelah semua dokumen rekupmen lengkap PTW perlu menyedia baucer bayaran melalui sistem eSPKB
7.2 Seterusnya PTW perlu memastikan baucer tersebut diperaku oleh Peraku 1 dan Peraku 2.
7.3 PTW mencetak baucer bayaran untuk ditandatangani oleh Peraku 1 dan Peraku 2.
Disediakan oleh: Junaidah bt Ibrahim; t/t:
Disemak oleh 1 : Fauziah bt Fakurudin; t/t:
Disemak oleh 2 : Dr Asilatul Hana bt Abdullah Sani; t/t:
Diluluskan oleh : Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t: |