Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PP/07 - PROSEDUR TEMUJANJI

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 04-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengendalikan temujanji rawatan (jika ada) kepada pesakit luar dan kes temujanji yang hadir di Bilik Rawatan (BR), Klinik Khas (KK) dan Klinik Pakar Ortodontik (KPO).
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi semua pesakit yang datang ke Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) untuk mendapatkan rawatan.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Penetapan Temujanji

1.1 Bagi temujanji yang dibuat oleh Jururawat Pergigian Pelatih (Pelatih), catatkan nama pesakit pada tarikh dan masa di buku temujanji pelatih tersebut.

1.1.1 Pada masa yang sama, catatkan tarikh temujanji pada kad rawatan pesakit.

 

1.2 Bagi temujanji untuk Pegawai Pergigian (PP), Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) menyemak buku temujanji.

1.2.1 Setelah perbincangan dilakukan di antara PP, PPP dan pesakit, berikan masa dan tarikh yang sesuai bagi pesakit untuk datang ke klinik.

1.2.2 Apabila masa dan tarikh telah dipersetujui bersama, PPP mencatat nama pesakit dalam buku temujanji.

1.2.3 PPP hendaklah mencatatkan masa dan tarikh temujanji pada kad LP 1 dan kad rawatan pesakit sebagai peringatan untuk pesakit.

1.2.4 PPP hendaklah memastikan Kad LP 1 mengandungi nombor telefon Klinik masing-masing tercacat pada kad tersebut.

1.2.5 Selepas selesai, kad LP 1 diberikan oleh PPP kepada pesakit yang berkenaan.

 

2.0 Temujanji Melalui Pos/Telefon

2.1 Sekiranya temujanji dilakukan melalui pos atau telefon, PPP/Pelatih akan mengenalpasti kes yang perlu dipanggil.

2.2 Tarikh temujanji yang sesuai untuk PP/Pelatih ditetapkan mengikut buku temujanji masing-masing.

 

2.3 Maklumkan pesakit samaada melalui pos/telefon.

2.3.1 Jika melalui pos, poskad diisi mengikut butir-butir pesakit dan tarikh serta masa temujanji yang ditetapkan.

2.3.2 Bagi Pelatih, hendaklah mendapatkan tandatangan ringkas dari Pengajar/Jururawat Pergigian U29 (JP U29) pada poskad/buku temujanji sebelum diposkan.

2.3.3 Setelah poskad telah dilengkapi dan tandatangani, poskad diserahkan kepada Pembantu Am Pejabat (PAP) untuk urusan pos.

2.3.4 Jika melalui telefon, tarikh dan masa panggilan hendaklah dicatat ke dalam buku temujanji oleh pemanggil (PPP/JPP).

2.3.5 Setelah tarikh temujanji telah dipersetujui di antara pesakit dan pemanggil (PPP/Pelatih) melalui perbincangan dalam telefon, pemanggil (PPP/Pelatih) hendaklah mencatat nama pesakit dalam buku temujanji.

2.3.5.1 Bagi temujanji melalui telefon oleh Pelatih, Pelatih hendaklah mendapatkan tandatangan ringkas dari Pengajar/JP U29 di Buku Temujanji.

 

3.0 Pertukaran Temujanji Oleh Pihak Kolej

3.1 Sekiranya berlaku dalam keadaan tergempar, pihak kolej hendaklah membuat pertukaran temujanji mengikut prosedur berikut;

3.1.1 Pesakit yang terlibat pada tarikh tersebut dikenalpasti.

3.1.2 Jika pesakit dapat dihubungi melalui telefon, maklumkan pesakit sebab-sebab pertukaran temujanji dan berikan masa dan tarikh temujanji yang baru.

3.1.3 Setelah dipersetujui, tarikh dan masa temujanji yang baru hendaklah dicatat ke dalam buku temujanji oleh pemanggil (PPP/Pelatih).

 

3.2 Dalam keadaan biasa atau sebab-sebab pertukaran temujanji telah diketahui 3 hari lebih awal, pesakit yang terlibat hendaklah dikenalpasti.

3.2.1 Jika pesakit dapat dihubungi melalui telefon, maklumkan pesakit sebab pertukaran temujanji dan berikan masa dan tarikh temujanji yang baru.

3.2.1.1 Setelah dipersetujui, tarikh dan masa temujanji yang baru hendaklah dicatat ke dalam buku temujanji dan di kad rawatan pesakit oleh pemanggil (PPP/Pelatih).

3.2.2 Jika melalui pos, poskad diisi mengikut butir-butir pesakit dan tarikh serta masa temujanji yang ditetapkan.

3.2.2.1 Bagi pelatih, hendaklah mendapatkan tandatangan ringkas dari Pengajar / Jururawat Pergigian (JP) pada poskad/buku temujanji sebelum diposkan.

3.2.2.2 Poskad diserahkan kepada Pembantu Am Pejabat (PAP) untuk urusan pos.

 

3.3 Jika pesakit tidak dapat dihubungi dan pesakit hadir di klinik pada masa yang ditetapkan, PPP/Pelatih hendaklah menerangkan kepada pesakit sebab-sebab temujanji tidak dapat ditunaikan.

3.3.1 Jika rawatan yang dirancang boleh dilaksanakan oleh perawat lain, beri pilihan kepada pesakit samada ia bersetuju atau tidak menerima rawatan daripada perawat lain.

3.3.2 Jika tidak, PPP/Pelatih hendaklah memberikan masa dan tarikh temujanji yang baru dan catatkan di dalam buku temujanji, Kad LP 1 dan kad rawatan pesakit.

 

3.4 Selepas selesai, kad LP 1 diberikan oleh PPP/Pelatih kepada pesakit yang berkenaan.

 

4.0 Pertukaran Temujanji Oleh Pesakit

4.1 Sekiranya pertukaran temujanji dilakukan oleh pesakit melalui telefon (mengikut nombor telefon klinik/BR yang tercatat pada kad LP 1), PPP/Pelatih hendaklah mengenalpasti masa dan tarikh yang sesuai untuk temijanji yang baru.

4.1.1 Setelah dipersetujui, masa dan tarikh temujanji yang baru hendaklah dicatat oleh PPP/Pelatih pada kad rawatan pesakit dan buku temujanji jika pesakit meminta pertukaran temujanji.

4.2 Sekiranya pesakit datang untuk menukar temujanji, PPP/Pelatih hendaklah mencatat masa dan tarikh temijanji yang baru pada kad L.P 1.

4.2.1 PPP hendaklah mencatatkan tarikh, masa dan nama pesakit di dalam buku temujanji.

4.2.1.1 Bagi temujanji yang dibuat oleh Pelatih, catatkan nama pesakit pada ruangan tarikh dan masa di buku temujanji Pelatih tersebut.

4.2.2 Pada masa yang sama, PPP/Pelatih hendaklah mencatatkan tarikh temujanji akan datang pada kad rawatan L.P 8 pesakit.

 

Nota Pindaan:

1. Terminologi Jururawat Pergigian Pelatih (JPP) pada pindaan terdahulu diganti kepada Pelatih.

 

Disediakan oleh: Dr. Manisathana a/p Kasiappen; t/t:

Disemak oleh: Dr. Ahmad Termizi Bin Zamzuri; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah Binti Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drmanisa
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti