Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/PT/18 - PROSEDUR PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 04-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah dalam pelaksanaan penambahbaikan berterusan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dapat dilaksanakan dengan baik.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh Wakil Pengurusan di dalam mengenalpasti proses penambaikan berterusan terhadap semua bahagian dalam memastikan keperluan MS ISO 9001:2008 dipatuhi.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Mengusahakan Penambahbaikan Berterusan

1.1 Berdasarkan kepada analisa data mengikut Jadual A : Analisa Data atau lain-lain sumber maklumat yang diperolehi, Wakil Pengurusan hendaklah mengenalpasti ruang/ aspek yang masih lemah dan memerlukan tindakan penambahbaikan.

 

2.0 Program Bagi Pelan Penambahbaikan Berterusan

2.1 Apabila telah ditentukan keperluan untuk penambahbaikan berterusan, Ketua Unit yang bertanggungjawab hendaklah membincangkan cadangan penambahbaikan berterusan dengan Wakil Pengurusan (WP) dan/ Pengarah PPKK & KLPM

2.2 Sekiranya perlu, kumpulan penambahbaikan boleh/ mesti ditubuhkan/ diwujudkan untuk merancang dan menentukan perincian program penambahbaikan berterusan sepertimana berikut:

a) Tajuk Program Penambaikan Berterusan;

b) Penyataan masalah/ situasi semasa;

c) Target objektif penambahbaikan berterusan;

d) Analisa sebab dari akar umbi;

e) Pelan tindakan termasuk aktiviti-aktiviti, tempoh masa & tanggungjawab.

 

2.3 Sebelum dilaksanakan, Pelan Penambahbaikan Berterusan yang telah disediakan hendaklah dihantar kepada Pengarah PPKK & KLPM untuk diluluskan.

 

3.0 Melaksanakan Program Yang Dirancang

3.1 Apabila Pelan Penambahbaikan Berterusan berkenaan telah diluluskan, pegawai yang bertanggungjawab di dalam pelan tersebut hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

3.2 Selepas/ semasa menyiapkan setiap aktiviti yang dirancang, satu laporan perkembangan program mestilah ditulis oleh Ketua Unit sebagai bukti pelaksanaan kepada aktiviti.

3.3 Di penghujung proses penambahbaikan, Ketua Unit hendaklah menilai penambahbaikan yang telah dijalankan berbanding dengan keadaan sebelum penambahbaikan dilaksanakan.

3.3.1 Sekiranya objektif Penambahbaikan Berterusan tercapai, tindakan pelaksanaan atau kaedah-kaedah baru atau sumber-sumber yang difikirkan berkesan mestilah dinyatakan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti sedia ada oleh Wakil Pengurusan.

3.3.2 Sekiranya objektif Penambahbaikan Berterusan tidak tercapai, aktiviti-aktiviti yang dirancang mestilah disemak semula untuk pelaksanaan seterusnya.

 

Disediakan oleh: Dr Siti Nurqissa Bt Mustafa; t/t:

Disemak oleh: Dr Siti Salwa Bt Idris; t/t:

Disahkan oleh: Dr Hasenah Bt Mod Zaki, Pengarah; t/t

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drqissa
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti