Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PK/BL/13 - PROSEDUR PENGENDALIAN DEMONSTRASI

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 29-11-2010
Objektif Prosedur : Prosedur ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pengendalian demonstrasi supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan selaras dengan kurikulum.
Skop : Prosedur ini digunapakai di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia dalam pengendalian demonstrasi.
 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

1.0 Menyediakan Senarai Semak

1.1 Setelah menerima jadual mingguan daripada Pengajar Penyelaras dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan aktiviti demonstrasi, Pengajar hendaklah menyediakan senarai semak mengikut topik yang telah ditetapkan dalam kurikulum.

 

2.0 Menyediakan Alat Perkakas/Bahan

2.1 Berpandukan kepada senarai semak, Pengajar hendaklah menyediakan alat perkakas dan bahan-bahan yang diperlukan untuk melaksanakan demonstrasi pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

 

3.0 Menerangkan Objektif Dan Perihal Demonstrasi

3.1 Sebelum sesi demonstrasi bermula, Pengajar hendaklah menerangkan objektif dan perihal demonstrasi kepada para pelatih supaya mereka dapat memberi tumpuan semasa prosedur demonstrasi dilakukan.

 

4.0 Menunjukkan Prosedur Kerja

4.1 Setelah penerangan diberi, Pengajar hendaklah menunjukkan prosedur verja berpandukan kepada senarai semak tanpa bercakap.

4.1.1 Semasa Pengajar menunjukkan prosedur kerja para pelatih hendaklah menumpukan perhatian pada prosedur yang dilaksanakan tanpa bercakap atau mengajukan soalan.

 

5.0 Mengulang Prosedur Kerja

5.1 Setelah menunjukkan prosedur kerja tanpa penerangan, Pengajar hendaklah mengulangi semula prosedur kerja sambil memberi penerangan yang rengkas semasa melakukan tugasan tersebut.

5.1.1 Parapelatih menumpukan perhatian terhadap prosedur kerja sambil mendengar penerangan yang diberi tanpa bercakap atau bertanya soalan.

 

6.0 Menilai Demonstrasi Semula

6.1 Sebaik sahaja Pengajar selesai menunjukkan prosedur kerja, para pelatih dikehendaki mendemonstrasi semula prosedur kerja tersebut dan Pengajar hendaklah membuat penilaian berpandukan senarai semak.

 

7.0 Mengendalikan Sesi Soaljawab Dan Perbincangan

7.1 Selepas pelatih mendemonstrasi semula prosedur kerja, Pengajar hendaklah mengadakan sesi soaljawab dan perbincangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekiranya ada.

 

Disediakan oleh: Pn. Zaleha Bt Hashim; t/t:

Disemak oleh: Dr.Naziah Bt Ahmad Azli ; t/t:

Diluluskan oleh: Dr Hasenah bt Mod Zaki, Pengarah; t/t:

 

REKOD KUALITI

 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Zaleha Hashim
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti